Lama Busyairi tenung Hanisah. Isterinya kelihatan serabut. Daripada balik tadi lagi dia asyik marah-marah saja sehingga dia tidak berani untuk menegur isterinya sendiri. Dia membiarkan Hanisah tenang dahulu baru dia akan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh Hanisah.
Hanisah masuk ke dalam bilik dan terus mencapai tuala mandi. Tanpa menghiraukan suaminya yang sedang memandang Hanisah terus meluru masuk ke dalam bilik air cepat-cepat. Pemikirannya betul-betul berserabut saat ini. K nialau boleh dia mahu tenangkan hati dahulu baru menemui suami dan anak-anaknya. Rasa bersalah mula hadir dalam diri apabila dia tidak menyahut panggilan anak-anaknya tadi.
"Serabutlah aku!" Hanisah menjerit sekuat hati.
Busyairi yang baru saja hendak keluar dari bilik terus meluru mendapatkan Hanisah semula. Perlakuan Hanisah hari ini benar-benar membimbangkan dirinya.
"Kenapa ni? Kenapa sayang jerit-jerit ni?" tanya Busyairi, resah.
Busyairi terus menarik tangan Hanisah untuk mengajaknya duduk. Hanisah benar-benar nampak marah saat ini.
"Mari duduk. Daripada tadi lagi abang nampak Hanis marah." Busyairi memaksa isterinya duduk. Hanisah hanya menurut.
"Tak tahanlah bang. Sakit hati, nak marah semua ada ni!"
"Kenapa? Cerita je lah dekat abang."
Hanisah mengeluh panjang sebelum memulakan cerita. Dia berharap bila dia bercerita perkara yang sebenarnya, dapatlah dia menenangkan hatinya kembali.
"Ada pensyarah gila dekat kolej tu. Tak habis-habis nak kacau Hanis."
Terkejut Busyairi dibuatnya. Tak sangka ada yang berani mengacau isterinya. Busyairi pula yang berasa panas hati namun dia sempat menyabarkan diri. Misinya sekarang adalah ingin menyelesaikan masalah Hanisah.
"Dia buat apa?" tanya Busyairi.
"Dia kacaulah. Abang faham tak? Hanis buat kerja dia kacau. Hanis tengah mengajar dia kacau. Hanis tertekan tahu tak!" Hanisah meluahkan segala isi hati. Busyairi sudah memeluk isterinya.
"Esok abang hantar Hanis boleh?" tanya Hanisah tiba-tiba.
"Untuk sayang, segalanya boleh." Busyairi tersenyum manis.
"Hanis nak kita berlakon depan dia kitalah pasangan suami isteri yang paling bahagia dekat dunia ni. Moga-moga dia berhenti kacau Hanis." Hanisah sudah memberikan idea.
Busyairi mengerutkan dahi. Kerja gila apa lagilah yang hendak dilakukan oleh isterinya itu.
"Boleh ke tak ni bang?"
"Boleh sayang. Everything for you." balas Busyairi ringkas.
"Apa plan sayang?"
"Plan biasa-biasa je. Kita just tunjuk kita bahagia. Tapi memang kita tengah bahagia pun kan? Abang bahagia ke dengan Hanis?" tanya Hanisah bertubi-tubi.
"Haish isteri abang ni. Ada je benda dia nak buat." Busyairi menepuk dahinya.
"Tapi sayang.." kata-kata Busyairi terhenti di situ.
"Tapi apa?" tanya Hanisah pelik.
"Kita ni kalau nak bekerja, kena baik dengan semua orang. Camana kalau ditakdirkan Hanis kena bekerjasama dengan dia? Ha, camana?"
"Hal kerja lainlah bang. Ni hal lain." balas Hanisah acuh tak acuh.
"Habis tu abang nak tolong Hanis ke tak sekarang ni? Kalau taknak tolong takpalah. Jangan nanti putih mata kalau tengok isteri sendiri dipikat lelaki lain." sinis kata-kata Hanisah kepada suaminya. Busyairi hanya diam.
![](https://img.wattpad.com/cover/305065847-288-k720171.jpg)
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
General FictionBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...