Hanisah mengemas barang-barangnya sebelum bertolak pada pagi karang. Hanisah perasan lama Busyairi memerhati dirinya. Entah kenapa mengapa hatinya rasa tak sedap saja untuk pergi campign itu. Berat hati Hanisah hendak meninggalkan suami dan anak-anaknya.
"Abang kenapa ni?"
"Takde apa. saja nak tengok isteri sendiri. Tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh, tapi abang pandang Hanis semacam je. Abang izinkan ke tak Hanis pergi ni?"
"Abang izinkan. Sayang jangan risaulah. Cuma abang risau bagaimana kalau suatu hari nanti cinta sayang beralih arah daripada abang..." Hanisah mula berasa tidak sedap hati.
"Okay, kalau macam tu Hanisah tak jadi pergilah." Hanisah mengeluarkan semula pakaian yang sudah dimasukkan di dalam begnya.
Busyairi menghalang isterinya daripada mengeluarkan semula pakaiannya. Dia percaya pada Hanisah. Dia tahu Hanisah pandai menjaga dirinya sendiri apabila berada di sana buat beberapa hari. Busyairi teringatkan kembali mimpi malam tadi yang membuatkan dirinya bagai tidak tentu arah.
"Kenapa abang ni? Kan Hanis dah cakap, Hanis dengan dia takde apa-apa hubungan istimewa pun!"
"Hanis tipu abang! Kenapa dia cari Hanis sampai Whatsapp malam-malam macam ni? Abang tak percayalah dekat Hanis kalau macam tu!"
"Abang dah tak percayakan Hanis?"
"Camana abang nak percayakan Hanis kalau setiap malam dia Whatsapp Hanis!"
Hanisah membuka telefonnya. Dia menunjukkan mesej-mesej itu kepada Busyairi. Dia langsung tidak membalas mesej lelaki itu. Tapi Busyairi langsung tidak mempercayainya. Hanisah berasa terkilan kerana Busyairi mula meragui cintanya.
"Abang nampak ke Hanis balas mesej dia? Takkan?"
"Mana tahu Hanis dah padam mesej tu."
"Kalau Hanis nak padam mesej tu, Hanis akan padam la keseluruhannya! Tak perlu nak simpan secebis mesej pun dalam telefon Hanis ni!"
"Abang dah mula tak percaya dekat isteri sendiri ya? Sampai abang boleh rasa sangsi dengan Hanis sampai macam ni..."
Hanisah keluar dari bilik. Pintu bilik dihempas sebagai tanda protes dan kemarahan yang memuncak. Dia mahu menenangkan dirinya dengan menonton televisyen bersama anak-anaknya. Muka Busyairi yang sudah merah padam itu membuatkan dia berasa malas nak bertengkar dengan suaminya. Entah mengapa Busyairi yang mempercayainya selama ini mudah berubah hati sebegini.
"Abang..abang!" Hanisah melambai-lambai suaminya.
Hanisah mula berasa pelik dengan perubahan sikap suaminya pada hari ini. Hari ini Busyairi tidak seceria selalu. Langsung tiada segaris senyuman di wajahnya. Kalau tidak sebelum ini bila bangun pagi ada saja ucapan mahupun perlakuan romantis yang diterimanya. Tapi hari ini suaminya bagaikan berubah.
"Ya, sayang." Busyairi bagai kembali ke alam nyata.
"Termenung apa tu?" tanya Hanisah setelah melihat perubahan suaminya.
"Termenung masa depan." jawab Busyairi. Hanisah sudah berasa pelik.
"Ada apa dengan masa depan?"
"Abang bayangkan bagaimana kalau Hanis berubah hati nanti." balas Busyairi sayu.
"Dah mulalah tu! Nak rasa penyepit ketam lagi ke?" Cepat-cepat Busyairi menggenggam tangan Hanisah. Kalau tidak penyepit ketam tu memang mendaratlah ke badannya.
"Fuh, nasib baik abang sempat pegang penyepit ketam ni! Kalau tidak mahu lebam-lebam badan abang ni!" Busyairi sudah menghamburkan tawanya.
"Tahu takut!" Hanisah sudah menjeling suaminya.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
Genel KurguBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...