-MY CRAZY BOY-
Lebam dipipinya dituam dengan ais.Kenapa lebam?Mestilah kena sebab berlawan dengan Carl masa tengahari tadi.Cadangan yang diberi oleh Carl diimbas kembali.
“Apa kata kau pergi jumpa keluarga dia terus masuk meminang tanpa dia tahu..”
“Maksud kau?”
Tanya Arthur yang berbaring di atas lantai bilik gym itu.Penat berlawan dengan Carl.
“Maksud aku kau pergi jumpa parents dia..Kau kalau niat kau memang nak kan dia kau perlu jumpa dengan keluarga dia dengan niat nak menghalalkan..”
“Jadi maksudnya tiada berpacaran lah..Macam mana nak tahu dia..Memanglah aku selalu datang cafe dia tapi tak bermakna aku kenal dia sepenuhnya..”
Carl mengeluh sebelum menjawab.
“Islam tidak mengajar berpacaran untuk mengenal satu sama lain..That's why didalam Islam adanya pertunangan..Kau boleh kenal dia di dalam masa kau bertunang dengan dia..Didalam Islam banyak cara untuk berkenalan.Antaranya kau boleh bertunang,taaruf ataupun khitbah..Islam itu mudah Arthur..”
Terang Carl panjang lebar.Arthur tersenyum kecil.Dia kagum dengan Carl.Dikala dia cetek ilmu agama tetapi Carl sentiasa bantu dia.
“Tapi aku taknak bertunang..Aku nak terus kahwin..”
“Gelojoh..”
“Kau pun sama..”
“Haah..Aku pun sama..Kita sama-sama gelojoh..Jom keluar..”
Ajak Carl.Arthur segera bangun dari baringan dan mengekori langkah Carl keluar dari gym markas mereka.
“Cannot wait to make you halal girl..”
Kata Arthur.
(❄️)
“Assalammualaikum ayah..Fia balik..”
Kata Aini sebelum masuk ke dalam rumahnya.Terlihat ayahnya duduk di ruang tamu bersama kedua abangnya.Encik Firdaus nama ayahnya,ibunya pula meninggal dunia semasa dia berumur 13 tahun.Abang sulungnya,Mohd Afiq Muiz dan abang keduanya pula Mohd Ariq Haikal.
“Afia kesini sekejap..”
Panggil ayahnya.Aini hanya menurut melangkah duduk di sofa kosong depan abangnya.
“Ye ayah..”
Tanya Aini.Kedua abangnya yang tadi fokus dengan televisyen terus fokus dengan ayahnya.
“Semalam..Masa kamu tidur rumah Hana..Ada seorang jejaka dengan keluarga dia datang ke rumah dengan satu niat..”
Mengerut dahi Aini.Tertanya siapa yang datang.
Naufal ke?Tapi dia kan taknak kahwin awal..
Tanya Aini didalam hati.
“Dia datang dengan niat nak menghalalkan kamu.Nama dia Ar.Nama penuh dia ayah tak tahu..”
Sambung ayahnya.
“Tapi ayah..Aini baru berumur 21..Tak awal sangat ke?Abang Fiq pun belum kahwin..”
Kata Aini.Matanya melihat mata ayahnya supaya ayahnya faham dengan perasaan dia sekarang.Dia tertanya macam mana dengan hubungan dia dengan Naufal kalau dia terima lamaran lelaki tersebut.
“Adik..Ayah ingat nak sekaligus..Abang kamu dengan kamu..Ayah pun dah berbincang dengan abang kamu..Dia dan keluarga tunang dia okay je..”
Kata Encik Firdaus melihat anak bongsunya dan permata keluarganya.
“Beri Aini masa dulu ye ayah..”
Kata Aini.Dalam hatinya tertanya siapakah yang datang melamar dia semasa dia tidur rumah Hana untuk temankan Hana sebab suami Hana ada urusan kerja.
“Ayah beri kamu masa..Dan ayah harap dapat lihat kamu kahwin sebelum ayah yang pergi..”
“Ayah jangan cakap macam tu..”
Kata Aini kepada ayahnya.Dia tak suka bila ayahnya berkata seperti ini.Dia takut.Dia sangat lemah bila dengan keluarganya.
“Kamu rehat dulu..Dan jangan lupa makan.Makanan ada dalam tudung saji..”
Kata ayahnya lalu berangkat pergi dari ruang tamu.Aini melihat kedua abangnya.Dia anak bongsu dalam keluarga dan dia jugalah satu-satunya permata di dalam keluarga.
“Adik..Fikir benar benar ye..Jangan sampai adik menyesal dengan keputusan nanti..”
Kata abangnya,Ariq sebelum terus menaiki tangga menuju ke bilik.
“Abang Fiq nak pergi mana?”
Tanya Aini melihat abang sulungnya mengambil kunci kereta.
“Nak jumpa tunang..”
“Kirim salam dengan kak Humaira..”
“Okay..Pergi rehat sana..”
Kata abangnya sebelum keluar dari rumahnya.Aini berjalan menuju ke biliknya.Dia buntu.Apa patut dia pilih terima.Lepastu macam mana dengan Naufal.
-ARTHUR LEE-
Enjoy..Sorry kalau karya saya banyak kesalahan.Jangan lupa vote..
YOU ARE READING
ACE2:HIS ORCHIDS FLOWER[Hold On]
ActionWritten by Itsfarraa [HOLD ON] Known as Ace Series, -ACE SERIES 2- ⚠️ DILARANG KERAS UNTUK PLAGIAT ⚠️ Happy reading and jangan lupa vote Arthur Lee-Lelaki yang mempunyai mata iris Amber.Sifat yang sporting namun di dalam masa sama dia ditakuti oleh...