-MY CRAZY BOY-
Aini melihat telefonnya.Naufal langsung tidak membalas mesejnya.
Sepatutnya aku yang merajuk..Dia ni kan..
Getus hati Aini.Dia ingin membincangkan sesuatu dengan Naufal.Nampaknya dia sendiri yang perlu jumpa Naufal.Kakinya melangkah kearah meja.Beg tangan dan kunci kereta miliknya diambil.
“Nak pergi mana tu??”
Tanya abang kedua Aini,Ariq yang sedang duduk makan mee maggi diruang tamu itu.
“Nak jumpa kawan ke Naufal??”
Tanya Ariq.Sungguh dia tidak suka dengan hubungan adiknya dengan Naufal.
“Kejap je..”
“Okay.. Sebelum jam 4.30 aku nak kau dah pulang..Ingat sedikit kau tu dalam proses nak berkenalan dengan Ar..”
Kata Ariq sebelum sambung makan mee maggi itu.
“Okay..Aini pergi dulu...”
Aini melangkah keluar dari situ.Jam tangannya dilihat.Baru 3.30.Nasib jarak rumahnya dengan tempat kerja Naufal hanya 10-12 minit sahaja.Enjin kereta dihidupkan.Kereta Perodua Myvi milik Aini keluar dari rumah itu.
Keretanya diparking.Kakinya melangkah keluar dari kereta lalu menuju ke pintu masuk ke office itu.
“Eh Cik Aini..Buat apa ye disini?”
“Saya nak jumpa dengan Naufal boleh?”
“Boleh Cik Aini..”
Aini tersenyum manis dengan perempuan itu tadi.Kakinya melangkah kearah lift yang tidak jauh dari situ.Aras 18 ditekan.Memandangkan Naufal ialah CEO office itu mestilah diletak tempat atas sekali.Dia tersenyum bila sampai dihadapan pintu bilik kerja Naufal.Tombol pintu ditolak.
“Nau----”
Tergantung ayat Aini apabila melihat permandangan dihadapannya itu.
“Ke---”
Tergantung ayat Naufal.Naufal terus bangun dari menindih tubuh badan Fitriana.Aini menahan air matanya dari mengalir.
“Aini..Sorry..Aku dengan di---”
“Terima kasih..”
Potong Aini.Air matanya mengalir keluar.Sungguh sakit perasaan apabila melihat orang yang dia sudah cinta curang dengannya.
“Terima kasih untuk semuanya Naufal..Terima kasih..Kita putus!”
Kata Aini lalu keluar dari situ.Fitriana hanya tersenyum sinis.Naufal terus mengejar langkah Aini.Hatinya terasa dirobek-robek.Sakit sangat.Sungguh.Kakinya melangkah masuk didalam kereta.Dengan segera keretanya keluar dari office itu.Naufal yang melihat kereta milik Aini keluar menahan amarahnya.
“BODOH!!!”
Tengking Naufal.Tangannya menumbuk dinding yang ada disitu.Aini mengenggam stereng kereta sambil air mata yang deras mengalir.
Ariq dan Afiq diruang tamu terkejut apabila Aini masuk didalam rumah tanpa salam.Aini segera berlari menuju ke tangga lalu masuk ke biliknya.
“Kau perasan tak?”
Tanya Afiq pandang kearah adik lelakinya itu.
“Aku rasa aku tahu siapa buat dia menangis..”
Kata Ariq sambil menahan geramnya.Afiq yang sudah tangkap yang dikatakan oleh Ariq itu segera menuju ke tangga untuk pergi melihat adiknya itu.
TOK
TOK
TOK
“Adik,abang nak masuk boleh?”
Tanya Afiq.
“Ke-kejap”
Afiq tersenyum mendengar suara adiknya itu walaupun terdengar sedikit serak.Muncuk muka Aini dihadapan pintu.Nampak sedikt muka adiknya yang sembab itu.
“Meh..Luah dekat abang..”
Kata Afiq lalu duduk di sofa di ruang tamu kecil yang ada di tingkat 2 itu.Aini hanya mengikut langkah Afia.Aini terus memeluk tubuh badan abangnya lalu terlepaslah tangisan milik Aini.Afiq hanya mengelus kepala Aini mengharapkan dapat memberi ketenangan sedikit kepada Aini.
“Assalammualaikum wahai bakal adik ipar..”
Ariq memberi salam panjang lebar.
“Hm”
Jawab orang didalam talian pendek.
“Ada orang buat perempuan kau menangis..”
“Siapa??”
Tanya orang dihujung panggilan itu.Tangan milik jejaka itu telah membentuk penumbuk.
“Yang aku tahu nama dia Naufal...Kekasih Aini tapi mungkin dah jadi ex kot..”
“Okay..Kau lihat sedikit Aini tu..Aku nak rehat..”
Kata jejaka itu.
“Ok..”
Ariq terus mengakhiri panggilan.Jejaka itu melihat telefonnya.Kaki milik jejaka itu menuju ke balkoni biliknya.
Sesiapa sahaja yang membuat gadisku menangis takkan ku biarkan hidupnya aman..
Getus hati jejaka itu.Terukir senyuman sinis dibibirnya.
-ARTHUR LEE-
Hope chapter kali ini tak memboringkan para readers..Hope you all enjoy dan jangan lupa vote..
YOU ARE READING
ACE2:HIS ORCHIDS FLOWER[Hold On]
AksiyonWritten by Itsfarraa [HOLD ON] Known as Ace Series, -ACE SERIES 2- ⚠️ DILARANG KERAS UNTUK PLAGIAT ⚠️ Happy reading and jangan lupa vote Arthur Lee-Lelaki yang mempunyai mata iris Amber.Sifat yang sporting namun di dalam masa sama dia ditakuti oleh...