BAB 48

146 6 0
                                    

-MY CRAZY BOY-

3 Tahun berlalu,

"NAILA!!"

Jerit Aini sekuatnya apabila dapurnya sudah dipenuhi dengan tepung.Dia memejam matanya.Geram dengan perangai anak daranya.Anam kembar lelakinya hanya bertepuk tangan disitu melihat Aini kecuali Arif Harith.Mungkin kerana dia adalah abang.

"Assalammualaikum.."

Bunyi salam dari suara wanita yang dia kenal,laju dia kearah pintu utama.Kawannya Hana Abella dan anak-anaknya iaitu Adelia,Ariqa,Haura dan Gibran.Hanya mereka empat sahaja akan selalu dengan Hana berbeza dengan Adelio,Asher dan Haidar akan sentiasa ikut Carl latihan menembak.Sudah umur 7 tahun kembar itu.Dan ada masalah yang berlaku 5 bulan lalu ke atas Ariqa.Sudah banyak cara dilakukan untuk selesaikan masalah Ariqa namun satu pun tak berfungsi.

" Aini dah kenapa menjerit macam harimau.. "

Tanya Hana.Aini mengeluh sebelum dia menarik tangan Hana mengikut langkahnya.Ternganga Hana melihat dapur itu.

" Wahhh...Ni Naila mesti nak main masak-masak tu..Tapi Naila mana?"

Aini baru sedar.Terus dia mencari anak daranya.Apabila satu tingkat rumahnya dicari,tiada keberadaan anaknya terus kakinya pergi kearah tangga.Sampai sahaja tingkat 2, matanya lihat sesuatu di bawah meja.Menggeleng kepala dia melihat kaki Naila berada di bawah meja.

" NAILA "

Naila yang berada dibawah meja terkejut melihat muka ibunya dihadapannya.Dia keluar dari tempat persembunyiannya.Dia tersengih melihat muka ibunya.Menggeleng kepala Aini melihat anak perempuannya yang satu ini.

" Mari sini ..Kita ke bawah..Ada aunty Hana kat bawah.."

Suka Naila apabila mendengar nama aunty Hana.Laju kaki kecil itu menuruni tangga meninggalkan ibunya dibelakang.

" Auntyy!!! "

Naila segera memeluk tubuh badan Hana.Tangan didepa ingin didukung oleh Hana.Hana tertawa kecil melihat Naila.

" Girl buat apa dengan dapur mama tu? "

Senyum tidak bersalah ditunjuk oleh Naila.

" Nak main masak-masak..Naila selalu lihat mama masak-masak tu Naila nak buat juga.. "

Aini mengeluh kecil.Tahu itu bukan alasan benar dari anak perempuannya.

" Masak-masak ke atau salji hah? "

" Mama jangan marah ye.."

Tangan kecil itu menyentuh pipi Aini.Tertawa Aini melihat telatah anak perempuannya.Comel.Ikut siapa lah perangai tu..

" Mama tak marah but tolong mama bersih dapur ye..Nanti papa marah kalau papa lihat dapur ni.. "

Kata Aini sambil mengusap kepala anak perempuannya.Naila terus mengangguk kepalanya walaupun mukanya menunjuk dirinya malas.Mereka mula mengemas dapur itu dengan ditolong oleh Hana.Walaupun pada awalnya,dia sudah tolak pertolongan daripada Hana.Selesai sahaja,Aini terus buat air oren untuk Hana dengan anak-anaknya.

“Nah air oren dengan roti je ni..Takpe kan..”

Aini meletakkan air oren dan roti di meja,sebelum diserbu oleh Gibran.Hantu roti.

“ Takpelah Aini..Lagipula singgah ni pun sebab Ariqa cakap rindu Naila.. Alang-alang tu pun lalu sini..Singgah je lah..”

“ Ouh yeke..Hah borak pasal Ariqa ni,Iqa macam mana dah okay?”

Mengeluh kecil Hana mendengar pertanyaan dari Aini.Dia pun tak tahu.

“ Entah lah..Dia macam dah sebati dah dalam Iqa..

“ Takpe .. Asalkan kita dah cuba terbaik..Buat masa ni,kita elakkan Iqa dari buat benda gila je .. ”

Hana mengangguk setuju.Kalau sakit anaknya,Ariqa tak mampu sembuh biarlah sakit dia tidak semakin teruk.

“ Assalamualaikum.. ”

Hana dan Aini segera melihat depan pintu.Arthur dan Carl baru pulang dari kerja.Mereka semua merancang nak makan malam bersama.

“ Papa.. ”

Haura mengangkat kedua belah tangan meminta Carl untuk mendukungnya.Carl hanya turut permintaan anak perempuannya.

“ Sayang dah masak? ”

“ Awak ni.. Balik-balik cari makanan..Dahlah Naila dah sepahkan dapur tadi..Habis satu dapur bersepah dengan tepung..”

Arthur tersenyum serba salah. Baju blazer kerjanya diletakkan atas kerusi sebelum dia duduk sebelah Aini.

“ Sorry sayang..Mari abang bantu.. ”

“ Betul awak nak bantu? ”

Tanya Aini.Dia rasa serba salah pula nak Arthur tolong dia.Dahlah baru pulang kerja,takde rehat terus tolong.

Yes .. Tak bermaksud tanggungjawab isteri semua isteri buat ada masa si suami boleh tolong buat tanggungjawab isteri.. Dalam rumah tangga, kita bukan perlu faham erti tanggungjawab tapi dalam rumah tangga juga kita perlu kerjasama baru rumah tangga bahagia,sayang.. ”

Aini tersenyum kecil.Alhamdulillah dia tak salah memilih pemimpin.Salah memilih perempuan,masih boleh diubah dan diatur tapi bila kita salah memilih lelaki, bermaksud kita salah memilih pemimpin.

“ Kitorang pun nak tolong.. ”

“ Tak payah..Susah je..Tak manis tetamu bantu dapur.. ”

Kata Aini.Muka Hana sudah masam.

“ Tetamu? Bukan kita satu keluarga ke? ”

Aini terdiam.Dia mengeluh sebelum dia mengangguk kepalanya.Hana sudah tersenyum.

Asher dan Haidar melihat suasana itu, tersenyum.Mereka berdua melihat satu sama lain.

‘ Mom,dad tak perlu risau..Kitorang happy disini dan mereka jaga kitorang baik sangat.. Keluarga dorang baik sangat mom dad..’

Kata hati Asher.

ACE2:HIS ORCHIDS FLOWER[Hold On]Where stories live. Discover now