-MY CRAZY BOY-
Aini melihat kearah luar pesawat.Hanya awan yang memenuhi diatas langit.Matanya melihat sekitar private jet itu.Hanya ada dia,Arthur dan beberapa orang bodyguard.Pandangannya terhenti kearah Arthur yang terlelap.Tangannya menyentuh muka Arthur.
“Siapa awak sebenarnya?”
Kata Aini sambil mengelus pipi Arthur.Tangannya ditahan oleh tangan besar Arthur yang sudah terjaga dari tidur.Aini memberi senyuman manis kepada Arthur.Arthur merapatkan mukanya dengan muka Aini.
“Promise me one thing..”
“What it is?”
“Stay with me until the end of time.. And just believe with me..Walaupun kau dah tahu siapa aku sebenarnya..”
“Sure..Saya sentiasa bersama awak and saya akan tetap percaya dengan awak kerana awak ialah suami saya..My husband..”
Arthur mencium dahi Aini.Sedikit lega dengan jawapan Aini.
“Want to know me?”
“Awak tak marah?”
“No..But one day just three question..”
“Okayy..”
Aini memikirkan pertanyaan yang patut dia tanya.Yang tak penting dia boleh tanya kemudian hari.
“First question..Apa kerja awak?”
Pertanyaan Aini membuat dia sedikit terkejut.Aini menunggu jawapan dari Arthur.Pertanyaan ini muncul semenjak dia dengar perbualan suaminya dengan Ryan.Dia yakin Arthur bukan hanyalah satu kerja tapi lebih dari satu.
“Of course lah aku kerja dengan Carl..”
Jawab Arthur.Aini mengeluh mendengar jawapan Arthur.Apa yang dijawab oleh Arthur itu ialah benar.Dia bekerja sebagai orang kanan Carl sama ada kerja di office ataupun di markas.
“Next question,sayang..”
Kata Arthur menghentikan tindakan Aini yang baru sahaja ingin menanyakan soalan.
“Awak..Mana family awak..Kenapa perlu Carl dengan Hana dan kawan awak yang perlu menggantikan tempat family awak masa kita akad nikah?”
Pertanyaan Aini membuat dia tersenyum kelat.
“Family aku kat Korea..Itu sebabnya Carl ganti tempat family aku..Mereka busy..”
Jawab Arthur.Aini hanya mengangguk kepalanya mendengar jawapan Arthur.
Sorry sayang..Aku masih tak ready for tell you..
Kata hati Arthur.
“Last question... Awak boleh tak bawa saya jumpa family awak..Nak sangat jumpa family a--”
Terhenti ayat Aini apabila pandangan Arthur kepadanya.Seakan-akan menyuruhnya untuk berhenti.Aini menelan air liurnya apabila Arthur merapat dengan dirinya.
“Honey...You can ask anything but sorry to say..I don't like it when you ask about my family..Naneun geudeul-eul jeongmal silh-eo..(Aku sangat bencikan mereka..)”
Kata Arthur.Bingung Aini mendengar ayat Arthur apatah lagi ayat terakhir Arthur.
Itulah kau..Taknak minat kpop apa semua kat korea tu..Sekarang kau dah dapat suami Korea so..Takleh lah kau nak faham kalau dia bercakap Korea..
Kata hati Aini.
“Tuan Arthur..”
Panggil salah seorang bodyguard mengacau perbualan serius mereka.
“Yes..”
“Siamo arrivati.. Il signor Carl ti sta aspettando qui sotto.(Kita sudah sampai..Tuan Cal sedang menunggu dibawah..)”
Dengar kata itu,Arthur berdiri lalu meninggalkan Aini yang masih duduk disitu.
“Madam..You can go right now..”
Aini berjalan keluar dari private jet.Dengan perlahan dia turun dari situ.Nasib ada tangga.Dia melihat kearah Arthur yang berbicara dengan Carl.
“Auntyyy Afiaaa!!!”
Aini melihat kearah jeritan itu.Adelia yang akan melangkah keumur 6 tahun beberapa hari lagi.
“Heyy..Mana mama?”
“Mama kat rumah dengan Haura,Gibran,Ariqa dan abang Adelio..Kita kat sini dengan abang Asher dan adik Aziz..”
Kata Adelia dengan lancar.Terlihat Asher Hanafi dan Haidar Aziz dibelakang Adelia iaitu anak angkat Carl Zafran dan Hana Abella.
“Boys and girl..Jom masuk kereta..”
Ajak Carl kepada mereka yang berdiri disitu.Aini masuk kedalam satu lagi kereta takkan dia nak masuk kereta yang ada lelaki berstatus suami.Masuk sahaja dalam kereta,terlihat Arthur yang memejam matanya.Tiga buah kereta itu segera meluncur untuk keluar dari private airport milik Carl Zafran.
Ternganga Aini melihat rumah agam depannya.
Ini istana ke mansion?
“Ni mansion..”
Kata Arthur seakan tahu apa yang didalam hatinya.
“Jom keluar..”
Ajak Arthur.Aini keluar dari kereta.Dia mengikut langkah Arthur.Dia melihat sekeliling mansion Carl.Kebanyakan bodyguard yang tinggi.
“Assalammualaikum..”
“Wa'alaikummussalam..”
Hana menyalami tangan Carl.Hana yang perasan dengannya lalu berjalan kearahnya.
“Selamat datang..Aini..”
“Thanks..”
“Kamu orang masuklah dulu dalam bilik...Aini ikutlah Arthur..Dia tahu dimana bilik..”
Aini hanya mengangguk kepalanya.Memandangkan jam diantara Malaysia dan Milan,Itali lewat 6 jam jadi mereka disini baru sahaja jam 1.04 petang.Aini masuk kedalam bilik.
“You can go shower first..And jangan keluar dulu takut kau sesat dalam rumah ni..Tunggu aku..Aku adda kerja nak buat..”
“Okayy..”
Jawab Aini.Dia melihat langkah Arthur yang keluar dari bilik.Dia duduk di birai katil.Kepalanya masih memikirkan ayat Arthur didalam jet tadi.
I don't like it when you ask about my family..Kenapa dia tak suka?Nampaknya aku perlu korek rahsia dia ni..
Kata hati Aini.Dia merenung ke luar jendela.Kakinya melangkah ke dalam bilik air.
Nanti-nantilah aku fikirkan..
-ARTHUR LEE-
Happy reading..Hope you all enjoy it..Jangan lupa vote..
YOU ARE READING
ACE2:HIS ORCHIDS FLOWER[Hold On]
ActionWritten by Itsfarraa [HOLD ON] Known as Ace Series, -ACE SERIES 2- ⚠️ DILARANG KERAS UNTUK PLAGIAT ⚠️ Happy reading and jangan lupa vote Arthur Lee-Lelaki yang mempunyai mata iris Amber.Sifat yang sporting namun di dalam masa sama dia ditakuti oleh...