BAB 33

298 20 0
                                    

-MY CRAZY BOY-

Matanya dibuka dengan perlahan apabila dia terlelap selepas sahaja menangis kerana Arthur memarahinya petang tadi.

Badannya disandarkan di katil.Matanya melihat jam yang telah menunjukkan jam dah hampir angka 9.Kakinya dipijak di lantai bilik lalu berjalan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.Selepas sahaja mengambil wuduk dia terus menghamparkan tikar solat.Suara orang masuk membuat dirinya melihat kearah pintu.

“Awak..Jom solat..”

Tanya Aini.Tak kisah apapun yang berlaku.

“Aku dah solat tadi..Kau solat lah sorang..Aku ada kerja dengan Carl lepasni jadi aku pulang akhir sikit..”

Kata Arthur sebelum mengambil jaket hitamnya di sofa lalu dia keluar dari bilik tanpa melihat isterinya.Aini terasa dengan perlakuan dan kata suaminya.

Kenapa tak panggil aku solat sekali..

Aini mengeluh.Dia pun mengambil telekung lalu memakainya.Dia pun memulakan solatnya.

Lepas sahaja solat terus dia mengemas telekung dengan sejadah tadi sebelum turun pergi ke dapur.Tangannya membuka peti sejuk lalu mengeluarkan bahan ingin makan malam.Walaupun dia masih dalam keadaan bergaduh dengan Arthur tidak bermakna tanggungjawab perlu dilepaskan ya kan..

Selesai sahaja masak,matanya melihat makanan yang terhidang di atas meja.Lengkap.Sayur dengan ayam goreng.Tersenyum dirinya melihat makanan yang terhidang.

TOK

TOK

“Kejap!!”

Laung Aini.Dengan segera tangannya mencapai tudung sarung yang sudah tersedia di dapur.Kakinya laju membuka pintu.Matanya melihat sekeliling.Kosong.Tiada sesiapa diluar rumah lepas tu siapalah yang ketuk pintu?Meremang bulu roma Aini.Takut.

“Si-siapa tu??”

Aini keluar dari pintu walaupun dirinya sekarang rasa takut.Kedua-dua bahunya diangkat lepas sahaja pertanyaannya tadi tidak terjawab.Baru sahaja dia ingin masuk kedalam rumah,ada seseorang menutup mulut dengan hidung.Meronta-ronta Aini ingin dilepaskan namun dia tidak berjaya dan kemudiannya dia pengsan akibat bau ubat yang ada pada kain itu.

“Tuan,saya dah buat apa yang disuruh oleh Tuan..Dimana saya patut bawa isteri dia?”

Kata lelaki yang bertopeng hitam sambil melihat kearah Aini yang pengsan.

“Bawa ke rumah lama saya..”

“Baik tuan..”

Lelaki itu menutup panggilan lalu dibawa Aini bersamanya.

(❄️)


Arthur memarkir keretanya didalam garaj kereta yang mempunyai banyak jenis kereta.Lamborghini?Ada.Itupun hadiah dari Carl.Audi?Ada juga.Mercedes?Pun ada.Lengkap.
Arthur keluar lalu berjalan menuju kearah pintu utama namun ada sesuatu yang menarik perhatian dirinya.Pintu utama terbiar terbuka.Kakinya berjalan dengan perlahan tanpa ada bunyi.

“Aini??”

“Dear?”

Panggil Arthur kali kedua.Mengerut dahinya apabila panggilannya tidak terjawab.Kakinya laju masuk kedalam rumah.Ruang tamunya kosong.Kakinya menuju kearah ruang dapur.Tiada tubuh milik Aini disitu kecuali makanan yang sudah terhidang diatas meja.

Kakinya melangkah laju naik tangga menuju kearah biliknya.Biliknya dibuka.Tiada dan kosong

Tangannya laju membuka telefonnya.

“He--”

“Ryan..Kau hack CCTV rumah aku..NOW!!”

Ryan dihujung panggilan hairan.Jarang untuk Arthur menyuruh dirinya hack namun tangannya tetap bergerak di papan keyboard komputernya.

“Ok..Kalau kau nak rakaman CCTV rumah kau sekarang datang je markas..Aku kat markas..”

Ryan mengakhiri panggilan telefon.Arthur menahan geramnya.
Siapa?Dia tahu ini bukan rancangan musuhnya iaitu Randy.

“SH*T”

PRANG

Tangannya yang berdarah kerana cermin tadi dilihat tanpa ada perasaan.
Jujur dia takkan maafkan orang yang sentuh Aini.

NEVER AND NO WAY!!

Kakinya pergi kebilik.Pakaian ditukar dengan shirt hitam dan seluar hitam.Simple.Tangannya mengambil kunci kereta lalu berjalan menuju ke garaj.Sempat juga dia menelefon beberapa orang anak buah Carl untuk menjaga rumahnya sebelum dia jalan

-ARTHUR LEE-

Jangan lupa vote..

ACE2:HIS ORCHIDS FLOWER[Hold On]Where stories live. Discover now