BAB 14

394 23 1
                                    

-MY CRAZY BOY-

Aini melihat pantulan dirinya di cermin.Siapa sangka bahawa hari ini dia akan berjumpa dengan lelaki yang melamarnya.Dan siapa sangka juga selepas 4 hari yang lalu dimana dia telah kena curang oleh kekasihnya.

Tapi..Kenapa Naufal tak kacau pula ye?Ke dia memang tawar hati dengan aku?

Tanya hati Aini.Dan yes selama 4 hari tersebut jugalah Naufal langsung tidak menemuinya apatah lagi bersua muka dengannya.

“Adik dah siap ke??”

Aini menoleh melihat abangnya,Ariq.Kepala hanya mengangguk kepalanya.Tangannya mengambil beg tangannya lalu disangkut dibahunya.

“Jomm..”

Aini melangkah mendekati abangnya.Mereka berdua turun ke ruang tamu.Terlihat ayah Aini disitu.

“Ayahh..”

“Nak jalan ke??”

“Haah..Jumpa orang tu..”

Kata Aini.

“Yelah..Hati-hati ye..Ariq jaga adik kamu tu..”

“Okay ayah..”

Jawab Ariq.Mereka berdua keluar dari rumah lalu masuk kedalam kereta.

(❄️)

“Adik pergi dulu meja 12..Abang nak pergi tandas dulu..”

Kata Ariq selepas sahaja mereka berdua masuk ke dalam restoran itu.

“Okayy..”

Jawab Aini.Dia hanya melihat langkah abangnya yang ingin ke tandas.Kakinya mencari nombor meja yang disebut oleh abangnya tadi.

10,11 dan..

Aini melihat tubuh lelaki yang duduk membelakangi dirinya.

Ini ke Ar yang dikatakan oleh ayah..Kenapa macam kenal je??

Kata hati Aini yang masih melihat tubuh belakang lelaki itu.Dengan perlahan dia mendekati tubuh jejaka yang bernama Ar tersebut.

“Ini --”

“Hai,Aini Nur Afia..How are you,girl?”

Tanya jejaka itu.Aini terkejut melihat jejaka itu.Jejaka itu hanya tersenyum manis melihat Aini.Hatinya merasa gembira melihat muka jejaka itu namun dia cuba kawal perasaannya dari diketahui oleh jejaka itu.

“Kau buat apa dekat sini??Aku rasa kau salah meja ni..Shuh shuh..”

Kata Aini dengan sedikit menghalau jejaka itu.Jejaka itu ketawa kecil.

“Aku lah Ar tu..Ar yang melamar kau tu..Tak percaya ke??”

Kata Arthur melihat muka Aini.Aini merasa jantungnya berdegup laju apabila mendengar kata Arthur.

“Elehh..Cakap jelah kau tipu a--”

“Ehh..Aini kenapa tak duduk?”

Suara milik Aqil menyampuk perbualan mereka berdua.

“Salah meja..”

Kata Aini menjeling muka Arthur.Arthur hanya buat tak tahu.

“Istilah mana salah meja..Aku cakap meja 12..Ni lah meja 12..Dan ni lah Ar..”

Kata Aqil lalu duduk dihadapan tempat Arthur.Muka Aini seakan tidak percaya bahawa Ar itu ialah Arthur Lee.Aini seakan tersedar lalu duduk ditepi abangnya.

“Kau apa khabar Ar?”

“Okay je ni..Masih hidup ni..”

Kata Arthur.Aini hanya mendengar tanpa rasa ingin menyertai perbualan kedua-dua lelaki itu.

“Ehh..Diam dah Aini?”

“Suka hati orang lah nak diam nak bising ke..Mulut aku..”

Kata Aini sebelum melihat telefonnya.

“Bro..Aku rasakan..Adik aku akan terima lamaran kau..Ye lah kalau dah ada perasaan cinta tu..”

Kata Aqil sambil melihat Aini.Aini yang merasa geram itu terus mencubit tangan abangnya.

“Diam eyhh..Orang nak main telefon pun tak senang..”

Kata Aini dengan muka geramnya kepada Aqil.

“Cute..”

Puji Arthur apabila melihat telatah Aini.Terasa mukanya mula memerah apabila mendengar pujian tersebut.Dia pasti mesti mukanya sekarang memerah.

“Adikk..Rupanya kau pandai juga eyh blushing ingatkan tak pandai..”

Aini menjeling muka abangnya.Dia melihat Arthur yang tertawa kecil kerana ayat abangnya.Tak pernah lagi dia melihat Arthur ketawa.Jujur dia ingin katakan dia rindu dengan wajah itu.

-ARTHUR LEE-

Enjoy..Happy reading readers semua..Jangan lupa vote..

ACE2:HIS ORCHIDS FLOWER[Hold On]Where stories live. Discover now