Orang ramai mula membanjiri kawasan umah Hajar dan Salem. Masing-masing datang untuk meraikan pasangan mempelai.
Laila tunduk memandang jari- jemarinya yang merah berinai. Semua kos perkahwinan dari bernikah, baju, makeup, hantaran, dan majlis semuanya ditanggung oleh Tuan Mizan. Untung tuan badan.
Mata Laila yang kemerahan menandakan gadis itu telah menangis seharian. Mak andam tidak putus-putus membebel kerana perlu membaiki makeup di muka Laila. Orang lain berkahwin berseri-seri tetapi pengantin ini lain pula ceritanya.
Sebagai seorang ibu, mak andam faham sangat apa yang bermain di hati pengantin perempuan ketika itu. Tapi apa yang boleh dibuat kalau sudah tertulis jodoh mereka berdua.
"Dah siap ke?" Hajar menjenguk di muka pintu bilik.
Laila memandang ibunya sayu menagihkan simpati.
"Dah. Dari tadi dah siap. Laila ni lawa orangnya jadi tak susah sangat nak makeupkan dia." Ujar Mak Andam bersama senyuman puas hati dengan hasil kerjanya.
"Banguslah. Tok imam pun dah sampai. Pegantin lelaki pun dah tunggu." Ujar Hajar.
"Mak....." Rintih Laila.
"Cepatlah." Hajar menarik tangan Laila.
"Mak.... Laila takut." Bergenang kelopak mata Laila.
"Laila, janganlah macam ni. Semua orang dah tunggu dekat luar."
"Laila tak nak." Laila memberatkan punggungnya tidak mahu berganjak.
Hajar mengertap gigi. Tangan Laila ditariknya menyebabkan gadis itu terpaksa berdiri mengikut langkahnya.
Terkial-kial Laila mengikut langkah Hajar. Tapak tangannya sudah berpeluh. Dadanya terasa sesak. Kepalanya terasa bengang. Sudah banyak hari dia berendam air mata. Hati gundah gulana. Semakin dekat dengan tarikh nikahnya, samakin dia sesak dada. Dan hari ini adalah hari yang paling teruk baginya. Tak ada senyum ketawa yang diimpikan. Dia hanya mahu lari dari semua ini. Itu sahaja yang dia harapkan.
Laila menundukkan wajahnya seraya mengikut langkah Hajar. Dia tak mampu melepaskan cengkaman Hajar pada tangannya. Nak tak nak, dia terpaksa akur sehinggalah mereka tiba di ruang tamu. Kedengaran riuh orang berborak di setiap ruang.
Laila langsung tak berani untuk mengangkat muka. Punggungnya dilabuhkan di atas kusyen yang disediakan. Duduknya serba tidak kena.
"Laila jangan nak menangis. Muka tu senyum sikit. Tak elok tetamu tengok." Bisik Hajar pada Laila.
Semakin sebak Laila mendengar kata-kata Hajar. Tak pernahkah sekali Hajar memikirkan perasaannya? Kenapa dia perlu menjadi kambing hitam untuk menyelamatkan Tiara?
Bila memikirkan Tiara, Laila beranikan diri mengangkat muka. Matanya cuba mencari kelibat Tiara. Di satu sudut, Tiara bersimpuh tersenyum gembira. Hanya Tiara yang layak untuk bergembira tetapi tidak baginya.
Dada Laila semakin sebak. Matanya memandang tangan Hajar yang masih kemas menggenggam tangannya. Sayu hatinya kerana inilah pertama kali Hajar ingin menyentuhnya selama itu. Ya dia dahagakan sentuhan seorang ibu tapi bukan dalam keadaan yang macam ini.
Laila tenggelam di dalam dunianya sendiri. Pelbagai andaian bermain difikirannya. Suasana yang hiruk-pikuk sebentar tadi menjadi senyap. Langsung dia tak ambil peduli. Dia hanya membiarkan semuanya berlalu.
Pelbagai andaian bermain difikiran Laila. Kalau tiba-tiba rumah ni terbakar pun bagus juga. Paling tidak pun, biarlah Tuan Mizan tu terkena serangan sakit jantung sebelum berjabat tangan dengan tok kadi. Apa nak jadi, jadilah.
Satu keluhan panjang dilepaskan. Dadanya terasa sempit. Sukar untuk dia mengumpul nafas. Mahu saja dia menumbuk dada sendiri. Perit. Kenapa dia tidak pengsan saja? Biar semua orang panik. Biar Hajar rasa bersalah. Biar majlis ini tidak jadi.
Sudah puas dia pertikaikan kenapa nasibnya perlu diatur sebegini. Dari kecil, dia tidak pernah merungut. Dari kecil, dia cuba untuk memenuhi kehendak Hajar dan Salem. Dari kecil dia sudah diajar untuk mengalah dengan Tiara, tapi tak cukup lagikah kebaikan yang dia cuba buat selama ini? Kenapa dia perlu dibalas begini? Tidak adilkan Tuhan dengan hidupnya?
Mungkin dia sudah ditakdirkan untuk hidup begini. Sekurang-kurangnya, hidup dia tidaklah seteruk Cinderella yang sering dimarah oleh mak tirinya. Dia cuma perlu berkahwin. Bukannya perlu merentas tujuh lautan mencari duit. Bukannya memanjat gung Everest. Apa yang dia perlu buat hanyalah berkahwin. Ya, berkahwin. Ah biarlah dia hidup dengan Tuan Mizan yang dah tua tu. Biarlah dia melayan seperti seorang ayah. Harapnya Tuan Mizan itu tidak cerewet orangnya. Hanya andaian itu sahaja yang dapat menenangkan hatinya yang hiba.
Terasa seperti dia dibuang keluarga sendiri.Laila memandang Hajar yang sedang menadah tangan untuk berdoa. Apakah doa yang mereka baca? Doa semoga dirinya bahagia atau pun mereka mendoakan agar dirinya dibawa jauh dari keluarga ini? Atau pun mereka berdoa kesyukuran kerana Tiara terselamat? Pilu hati Laila. Tetapi air matanya sudah kering untuk menitis lagi.
Lamunan Laila terhenti bila dia melihat seorang lelaki yang lengkap berbaju melayu putih tiba-tiba duduk di hadapannya. Matanya memandang wajah lelaki itu kosong.
Tidak ada apa yang menarik pada wajah lelaki itu. Hitam manis dan berusia. Rambutnya pula sudah bersulam dengan warna putih. Tak ada yang segaknya cuma dia kemas berpakaian baju melayu putih, bercelak dengan warna kulitnya. Inilah lelaki yang dia perlu hidup bersama sampai mati.
"Laila." Panggil Hajar.
Laila mengalihkan padangannya kepada Hajar. Wajah Hajar dipandang. Apa yang maknya mahu katakan? Bebelan apa lagi yang mahu disampaikan? Ayat sedih apa lagi yang maknya mahu luahkan?
"Itu suami kamu nak sarung cincin."
"Suami?" Laila bertutur perlahan. Dia sudah bersuami? Cepatnya majlis berlalu, dia sudah sah bergelar isteri orang?
Laila memandang sekilas ke wajah Tuan Mizan sebelum dia tunduk memandang jarinya sendiri. Tiba-tiba dia terasa hatinya sebal. Sungguh dia tidak ikhlas. Dia tidak mahu semua ini dan dia tidak pernah meminta. Hatinya memberontak.
"Laila." Sekali lagi Hajar menegur anaknya
Dengan berat hati, Laila menghulurkan tangannya. Kedengaran usikan nakal dari tetamu yang hadir. Mesti ada yang ketawakannya. Ah biarlah. Perit jerihnya, hanya dia yang tanggung manakala orang lain hanya tahu jadikan topik mengumpat.
Sebentuk cincin bertahtakan berlian kini menghiasi jari manis Laila. Detik itu jugalah dia terasa seperti dibuang keluarga sendiri.
Laila menyalami tangan Tuan Mizan lalu diciumnya. Inilah takdirnya. Inilah jodohnya. Dan inilah syurganya. Mungkin kini hanya tinggal Tuan Mizan tempatnya untuk bergantung harap.
Ehem ehem.
![](https://img.wattpad.com/cover/306422883-288-k499820.jpg)
YOU ARE READING
SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)
RomanceBacaan Dewasa Laila bukanlah anak kesayangan keluarganya. Kelahirannya tidak dinanti dan diingini. Ibunya mengandungkannya saat kakaknya baru berusia tiga bulan. Kerana ingin memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada Tiara, Laila ser...