Petang itu Laila rajin ingin cuba membuat puding roti kastard. Bila ada ramai orang macam ni, barulah seronok hendak membuat kudapan. Kalau nak harapkan dia dan Tuan Mizan sahaja, selalunya memang tak habis kerana lakinya itu bukanlah penggemar makanan manis.
"Wanginya bau. Sampai ke depan boleh bau mama baking. Rajinnya mama ni. Mama nak masak apa ni?" Tegur Shima yang masuk ke dapur ingin mengambil air sejuk.
"Saja nak buat puding roti. Tak tahulah sedap ke tak." Ujar Laila malu-malu. Kalau orang dewasa tidak suka, sekurang-kurangnya ada budak-budak yang boleh makan nanti.
"Kalau mama yang masak mestilah sedap. Nak Shima tolongkan ke?"
"Tak perlu. Dah nak siap pun. Tinggal nak buat kuah kastard. Shima pergilah duduk depan. Tadikan Shima dah tolong buatkan sarapan."
"Tak apalah mama. Duduk depan tu bosanlah. Orang laki asyik bersembang bab politik je. Penat Shima nak dengar."
"Mama pun tak pandai nak bersembang bab politik." Laila cuba biasakan diri dengan membahasakan dirinya mama. Kekok kerana Shima jauh lebih berusia darinya.
"Mama masa sekolah dulu tak ada boyfriend ke?" Korek Shima.
"Boyfriend? Mana ada." Laila tersengih-sengih malu.
"Takkanlah tak ada cinta monyet zaman sekolah?" Soal Shima lagi tidak puas hati.
"Betul la. Memang tak ada." Ujar Laila jujur.
"Crush ada?" Tanya Shima pula.
"Ha, sembang apa ni? Rahsia rumahtangga ke? Cara-cara nak pikat hati suami?" Sergah Tasya tiba-tiba yang baru muncul.
"Bukanlah. Saja nak korek cerita lama mama. Kot-kot la mama ni ada boyfriend atau crush." Terang Shima.
"Crush? Apa tu?" Tanya Laila tidak faham. Bunyi macam sejenis makanan.
"Crush la mama. Orang yang kita minat dalam diam. Dekat sekolah dulu mama ada minat mana-mana lelaki ke?" Terang Tasya dengan teruja.
Laila tersenyum malu. Rupanya itulah maksud crush. Manalah dia nak tahu. Tak ada sesiapa yang pernah berbual dengannya tentang crush. Selalu mereka akan guna istilah suka saja.
"Selalunya dekat sekolah mesti ada student yang famous kan? Yang pandai ke, yang handsome ke, yang baik ke, yang jadi student contoh ke. Ada tak?"
Laila menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Memanglah ada, tapi mama tak pernah terfikir pula nak suka."
Bunyi batuk yang tiba-tiba menghentikan perbualan mereka. Semua mata tertumpu pada Tuan Mizan yang baru saja memasuki ruang dapur itu.
"Kenapa diam? Sambunglah cerita. Aku pun nak tahu juga." Ujar Tuan Mizan seraya menarik kerusi untuk duduk.
Laila yang sedang membuat kuah kastard turut terhenti pergerakan tangannya. Terlupa terus apa yang perlu dia lakukan seterusnya. Terbang segala resepi yang dia baru baca di internet.
"Cepatlah." Gesa Tuan Mizan. Matanya tepat merenung ke wajah Laila.
Dada Laila mula berdebar-debar laju. Wajah serius Tuan Mizan tidak berani dipandang. Kenapa tiba-tiba lakinya boleh datang ke situ? Bukankan Tuan Mizan sedang rancak berborak di ruang tamu? Kenapa lelaki itu perlu dengar cerita zaman sekolahnya?
"Dulu Laila ada boyfriend ke?" Tanya Tuan Mizan.
"Err... Tak ada." Laila terasa kekok ingin bercakap topik ini dengan Tuan Mizan. Terasa tidak sesuai.
"Betul ke tak ada?" Tanya Tuan Mizan lagi.
"Betul la. Laila mana ada teman lelaki. Abah tak bagi." Ujar Laila jujur.
YOU ARE READING
SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)
RomanceBacaan Dewasa Laila bukanlah anak kesayangan keluarganya. Kelahirannya tidak dinanti dan diingini. Ibunya mengandungkannya saat kakaknya baru berusia tiga bulan. Kerana ingin memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada Tiara, Laila ser...