Sejak dari peristiwa hari tu, Laila sudah jarang ke rumah Hajar. Bila ditanya, ada saja alasan yang diberikan. Biarlah dia menghabiskan masanya di rumah Tuan Mizan sahaja. Tuan Mizan pula tidak bertanya lebih mengenai keputusannya. Sesekali saja dia akan mengikut Tuan Mizan melakukan urusan kerja. Itu pun kalau sanggup menadah telinga menahan usikan daripada pekerja-perkerjanya.
Laila membelek novel-novel yang tersusun rapi di dalam bilik Tasya. Masa yang terluang di rumah banyak dihabiskan dengan membaca novel. Dalam banyak-banyak novel di situ, dia tertarik dengan karya penulisan dari ANJELL.
Novel itu dicapai lalu dia melangkah menghampiri Tuan Mizan yang sedang duduk menonton televisyen. Punggungnya dilabuhkan seraya membuka halaman yang pertama.
Jalan cerita yang dikarang berjaya membuatkan dia hanyut dalam dunia fantasi yang indah. Semuanya manis-manis sehinggakan dia terlupa pada garis waktu di dunia nyata.
"Laila...."
Mata Laila masih tertumpu pada dada novel.
"Laila." Tuan Mizan menyeru nama Laila sekali lagi.
Tetapi masih tiada respond daripada Laila.
"Laila...." Tuan Mizan menarik novel di tangan Laila.
Laila yang sedikit tersentak, memandang wajah Tuan Mizan yang hanya beberapa inci dari wajahnya.
"Seronok sangat ke novel ni sampai aku panggil pun tak dengar?"
"Maaf. Laila tak perasan pula. Kenapa abang panggil Laila?" Laila membetulkan duduknya di atas kerusi.
Tuan Mizan membaca tajuk novel, "Dia Tetap Sempurna. Hero dalam cerita ni handsome ke?"
Laila tersenyum lebar. Sudahlah hatinya berbunga-bunga membaca novel itu, ditambah pula dengan soalan comel Tuan Mizan, semakin lebar senyumannya. "Manalah Laila tahu. Dalam tu tak ada gambar muka hero atau heroin. Semuanya pakai imaginasi pembaca sendiri."
Tuan Mizan merenung wajah Laila. "Jadi Laila imaging dia handsome ke?"
Terkulat-kulat Laila ingin menjawab soalan Tuan Mizan. Matanya terkumat kamit ingin menyusun kata. Kalau dikata handsome, apa pula suaminya itu akan fikirkan. Kalau dikata tidak handsome, nampak sangat dia menipu.
"Handsome?" Tanya Tuan Mizan lagi sekali.
"Abang panggil Laila tadi kenapa?" Laila sengaja mengubah topik.
"Handsome la tu sampai aku kat depan ni pun Laila tak pandang." Suara Tuan Mizan seakan berjauh hati.
Laila ketawa kecil. "Ya Allah abang ni. Dengan novel pun nak jealous. Itu buku je. Bukannya betul pun. Lagi pun hero tu mestilah berganding dengan heroin dia yang cantik macam anak raja. Takkan la nak digandingkan dengan Laila yang selekeh ni. Apalah abang ni."
"Aku tengok Laila tak selekeh pun."
"Bagi sini balik buku tu." Dia cuba mengambil semula novel itu di tangan Tuan Mizan.
"Siapa cakap Laila boleh sambung baca buku ni." Tuan Mizan sengaja mengelak memberikan novel tersebut.
"Kenapa pulak Laila tak boleh nak baca?" Dahi Laila berkerut.
"Apa kata Laila tengok aku pula?" Ujar Tuan Mizan bersahaja.
"Ha?"
"Tak faham atau pura-pura tak faham?"
"Apa abang ni." Laila mengalihkan pandangannya ke kaca televisyen, berpura-pura menonton telvisyen. Walhal dia tak tahu pun cerita apa yang ditayangkan sejak tadi kerana sibuk membaca novel.
![](https://img.wattpad.com/cover/306422883-288-k499820.jpg)
YOU ARE READING
SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)
RomanceBacaan Dewasa Laila bukanlah anak kesayangan keluarganya. Kelahirannya tidak dinanti dan diingini. Ibunya mengandungkannya saat kakaknya baru berusia tiga bulan. Kerana ingin memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada Tiara, Laila ser...