Sejak dua tiga hari ini, Laila mula menunjukkan simptom morning sickness. Apa saja makanan yang masuk ke dalam mulutnya pasti akan keluar semula. Hanya susu saja yang dia mampu minum untuk bekalkan tenaga dan memberi nutrisi kepada kandungan. Yang lain langsung tak mampu ditelan.
Tidurnya pun lebih lama berbanding sebelum ini sehinggakan dia tidak lagi mengikut Tuan Mizan ke pejabat atau pun ladang. Masanya banyak dihabiskan di rumah dengan tidur. Handphonenya turut diletakkan di dalam mode senyap kerana tidak mahu tidurnya terganggu. Tidak ada yang lebih membahagiakan dari dia dapat tidur.
"Kalau perlukan apa-apa, call aku terus. Jangan nak whatsapp. Sebab aku tak tengok handphone sangat. Ingat tu," pesan Tuan Mizan.
"Iya, nanti apa-apa Laila akan call abang. Hati-hati keluar tu." Laila menyalami dan mencium tangan Tuan Mizan. Senyuman diberikan kepada Tasya di sebelah Tuan Mizan.
Tasya baru saja balik ke rumah tu semalam. Tapi disebabkan badannya yang lemah, pukul sembilan malam dia sudah masuk bilik untuk tidur. Tidak banyak yang dia mampu bualkan dengan Tasya.
Dan pagi ini, Tasya akan mengikuti Tuan Mizan ke pejabat. Entah apa yang diorang nak bincangkan pun Laila tak tahu. Malas dia ingin ambil tahu. Tidur lagi best.
"Ingat, jangan nak masak. Rehat. Nanti aku bungkus makanan dekat luar. Dengar tak?" Sempat Tuan Mizan melarang Laila dari memasak. Buat apa isterinya itu bersusah payah memasak kalau nanti belum tentu Laila boleh makan? Buat penat badan saja.
"Dengar."
Sebaik sahaja Tuan Mizan keluar dari rumah, cepat-cepat Laila mencari katil. Badannya terasa lemah dan matanya terasa berat. Walaupun dia sudah tidur lapan jam semalam, tetapi matanya masih terasa mengantuk.
Mengidam? Hanya sekali itu sahaja dia mengidam makan buah belimbing buluh. Bila sampai rumah, tak ada pun dia makan bimbing buluh yang dikirim oleh Nek Na.
Baru Laila ingin masuk ke dalam bilik tidur, telinganya mendengar bunyi enjin kereta di hadapan rumah. Pelik dengan kunjungan tersebut, Laila mengintai di sebalik langsir. Itu bukan bunyi kereta Tuan Mizan kerana dia kenal sangat dengan bunyi pacuan empat roda tersebut.
Laila menelan air liur yang terasa kesat dikerongkong bila melihat kereta Faizal di halaman rumah. Jantungnya mula berdegup laju membuatkan nafasnya sedikit sesak.
Tidak ada pula Tuan Mizan beritahu yang Faizal mahu datang hari ni? Laila semakin tidak tentu arah bila dia melihat hanya Faizal seorang diri yang keluar dari kereta tersebut.
Terimbau kembali peristiwa yang berlaku di rumah Faizal dulu membuatkan Laila semakin hilang punca. Takut peristiwa tersebut berulang kembali, laju kakinya melangkah ke dapur. Ya, dia takut.
Tudung yang tersangkut di belakang pintu yang sering digunakan untuk menyidai kain di ampaian, dicapai lalu disarungkan ke kepala sebelum dia keluar melalui pintu belakang. Kakinya melangkah laju. Sesekali dia akan berpaling ke belakang memandang rumah Tuan Mizan yang semakin jauh. Risau jika Faizal akan muncul dari situ.
Dalam panas terik matahari, Laila berjalan laju tidak tahu arah tuju. Ke mana harus dia pergi? Pejabat Tuan Mizan? Terlalu jauh untuk dia berjalan. Rumah Hajar? Agak jauh untuk berjalan tetapi lebih dekat berbanding pejabat Tuan Mizan.
Dengan keadaan sehelai sepinggang, Laila berjalan meredah denai dan semak di tepi kawasan perumahan. Itu saja jalan pintas yang membawa dia ke jalan besar.
Berkerut-kerut dahi Laila menahan bahang dan terik cahaya matahari. Peluh di dahi dilap dengan kain tudung. Baru lima belas minit dia berjalan, badannya mula terasa penat. Kepalanya pula berdenyut-denyut tidak tahan dengan cuaca yang panas.
YOU ARE READING
SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)
Любовные романыBacaan Dewasa Laila bukanlah anak kesayangan keluarganya. Kelahirannya tidak dinanti dan diingini. Ibunya mengandungkannya saat kakaknya baru berusia tiga bulan. Kerana ingin memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada Tiara, Laila ser...