BAB 20

27.5K 319 22
                                    

Laila memejamkan matanya. Dengan kehadiran Tuan Mizan di dalam dakapannya sedikit sebanyak dapat mengusir rasa hiba hatinya. Dia bersyukur Tuan Mizan masih lagi miliknya seorang. Bukan berkongsi dengan sesiapa. Berilah peluang kepada dirinya untuk menjadi isteri yang terbaik buat Tuan Mizan.

Tuan Mizan mencium kedua-dua mata Laila yang masih basah dengan air mata. Dia tidak tahu apa yang mengganggu tidur Laila sehingga isterinya itu menangis di dalam tidurnya tetapi dia berasa lega bila buat pertama kali Laila mengungkap kata sayang buat dirinya.

Rambut Laila dibelai perlahan. Dari rambut turun ke bahu. Badan itu sudah tidak tersendu-sendu lagi. Tangis Laila juga sudah berhenti.

Tuan Mizan mengucup bibir Laila. Dari perlahan, menjadi sedikit rakus. Dan Laila turut membalas ciuman suaminya. Kali ini dia lakukan dengan rasa kasih sayang. Benar orang kata, bila diijab kabul, pasti rasa sayang itu akan hadir walaupun tidak pernah kenal dengan pasangan itu.

Jari jemarinya bersulam dengan jemari Tuan Mizan lalu digenggam kemas.

Jari jemarinya bersulam dengan jemari Tuan Mizan lalu digenggam kemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


*************

Penat mengiring ke kiri, Laila berpusing mengiring ke kanan. Mata yang masih mengantuk dibuka perlahan. Hari menunjukkan sudah siang. Laila memandang tempat di sebelahnya yang kosong. Matanya digosok bagi mengusir rasa mengantuk.

Dengan rambut yang masih serabai, Laila bangun lalu duduk di atas katil. Selimut dipegang kemas ke dada. Matanya melilau memandang sekeliling bilik yang sunyi. Tiada lagi pakaian yang bersepah di atas lantai. Mungkin Tuan Mizan sudah mengemasnya.

Laila termenung seketika. Cuba mencerna apa yang terjadi semalam. 'Malunya.' Jeritnya di dalam hati. Pantas dia kembali baring lalu menarik selimut sehingga ke paras kepala. Dia perlukan masa untuk bertenang. Bagaimana dia mahu berdepan dengan Tuan Mizan nanti?

 Bagaimana dia mahu berdepan dengan Tuan Mizan nanti?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berguling-guling Laila di atas katil ingin menjerit.   Dia sendiri tidak sangka dengan tindakan beraninya malam semalam. Hendak menyesal pun tiada guna lagi. Terpaksalah dia kuatkan hati untuk mengadap Tuan Mizan nanti.

'Haish tak boleh jadi macam ni.' Laila keluar dari selimut. Matanya memandang jam di dinding. Bulat matanya seakan tidak percaya melihat jarum menunjukkan pukul sepuluh lebih.

"Bukan salah aku. Ni semua salah dia." Rungut Laila memarahi Tuan Mizan yang membuatkan dia tidak dapat tidur secukupnya semalam. Kelam kabut Laila berlari ke dalam bilik air.

Usai membersihkan diri, perlahan-lahan Laila melangkah keluar dari bilik. Matanya mencari-cari kelibat Tuan Mizan. Pelik kerana rumah itu begitu sunyi. Mungkin lelaki itu sudah keluar berkerja. Tapi tak pernah pula Tuan Mizan keluar rumah tanpa memberitahunya dahulu. Mungkin juga sebab dia bangun lambat hari ni, Tuan Mizan bersarapan di luar sahaja.

Ternyata sangkaan Laila meleset bila dia melihat Tuan Mizan di dapur yang baru sahaja meletakkan bungkusan plastik di atas meja makan.

Menyedari kemunculan Laila, Tuan Mizan memandang ke arah Laila. Matanya memandang rambut Laila yang masih basah tanda isterinya itu sudah membersihkan diri. Hidungnya yang tidak gatal digaru perlahan. Tadi sewaktu dia bangun, dia melihat Laila tidur pulas. Tidak sampai hati dia ingin kejutkan. Dibiarkan sahaja Laila menyambung tidurnya. Biarlah dia keluar mencari sarapan di luar sahaja.

"Laila duduklah. Aku dah beli sarapan dekat luar tadi." Pelawa Tuan Mizan. Tangannya sedang mengacau teh o panas di dalam teko.

"Abang beli dekat mana tadi?" Tanya Laila sekadar mencari topik perbualan. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Aku beli kat tepi simpang depan tu je. Tak adalah aku cari jauh-jauh sangat. Tak tau la sedap ke tak." Tuan Mizan duduk di sebelah Laila.

Laila menganggukkan kepalanya. Nasib baik bukan kedai Cik Sue. Kalau tidak, tak sudi langsung dia ingin menjamah makanan itu.

Tidak tahu mencari topik perbualan, kedua-duanya senyap menikmati makanan masing-masing.

Laila mengerling sekilas ke arah Tuan Mizan. Riak wajah lelaki itu bersahaja. Susah hendak diduga apa yang difikirkan olehnya. Air tea o panas dihirup perlahan bagi membasahkan tekak. Berkali-kali Laila menelan air liur. Tidak tahu bagaimana ingin membuka mulut. Serba tidak kena.

"Abang." Panggil Laila sepatah.

Tuan Mizan menghentikan kunyahan. Matanya memandang Laila yang seperti cicak tertelan kapur. Apa yang tidak kena?

"Er... Tadi masa Laila dalam toilet... Laila nak kencing... Tapi rasa sakit. Normal ke?" Merah muka Laila ingin menghabiskan ayatnya.

Mendengar soalan Laila membuatkan Tuan Mizan terbatuk-batuk kecil. Hampir sahaja dia tersedak nasi lemak. Tea o yang masih panas diminum sehingga habis. Hidungnya sekali lagi digaru. Aduhai, apalah yang dia hendak buat dengan Laila yang polos ini.

Aigoooooo....
Dah habis ke citer ni?

Sis hanya mampu hiburkan korang dengan penulisan sis.
Dan sis terhibur baca komen-komen korang 😘😘

Sorry raya ni sis busy.
Maybe lepas raya baru update
Selamat hari raya..

SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)Where stories live. Discover now