BAB 18

19.3K 264 62
                                    

Usai bersarapan pagi, Laila mengemas meja makan. Tuan Mizan menghirup kopi o panas sambil melihat telefonnya.

Pagi itu Tuan Mizan tidak banyak bercakap. Tidak peliklah kerana Tuan Mizan memang jenis hanya bercakap benda penting sahaja. Jarang dapat melihat dia bercakap banyak. Lelaki itu lebih banyak mengadap telefon bimbitnya. Sesekali dia akan tersenyum sendiri.

Laila hanya membiarkan sahaja. Tidak mahu mengganggu Tuan Mizan. Dia menyambung bacaan novel milik Tasya. Kini dia boleh membaca mana-mana novel yang berada di rumah itu tanpa sebarang gangguan.

"Laila, lepas Zohor nanti ada orang nak datang rumah." Ujar Tuan Mizan memecahkan kesunyian.

"Siapa? Ramai ke?" Laila mengangkat mukanya dari memandang novel.

"Seorang je."

"Abang nak Laila masak apa-apa ke?"

"Eemm.... Tak perlu kot. Rasanya dia pun datang lepas makan. Buat minum petang cukup la." Tuan Mizan mengukirkan senyuman.

"Laila kena pakai baju elok-elok ke?"

Tuan Mizan melebarkan senyumannya. "Tak perlulah. Macam ni pun dah okey." Ujarnya sambil mengusap kepala Laila.

Laila menganggukkan kepalanya perlahan. Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan tetamu Tuan Mizan itu. Bukan tak pernah pekerja Tuan Mizan datang ke rumah tetapi semuanya hanya berjumpa di luar rumah. Tak ada pun yang sampai masuk ke dalam rumah. Jadi, siapakah orang ini?

Mungkin juga bukan orang penting. Mungkin juga pekerja Tuan Mizan yang ingin datang berbincang mengenai kerja-kerja mereka. Dan mungkin juga kawan Tuan Mizan? Laila tidak ambil pusing. Nanti bila tetamu datang, dia hanya perlu membuat air panas sahaja. Mudah.

Sedang Laila kusyuk membaca novel, kedengaran bunyi motor di halaman rumah. Tuan Mizan di sebelahnya bingkas bangun menyambut tetamu yang datang.

"Assalamualaikum." Kedengaran suara perempuan.

Laila berdiri tegak sebaik sahaja dia mendengar suara itu. Pelik. Perempuan mana pula yang datang? Tasya kah?

"Masuklah." Pelawa Tuan Mizan.

Mata Laila tidak berkelip melihat susuk tubuh yang berdiri di hadapannya. Dengan baju kebarung berwarna hitam bercorakan lukisan batik, dikenakan dengan selendang berwarna kucing cair yang hanya diselempangkan ke kiri dan kanan bahu, membuatkan Laila kelu.

"Laila, ini Sue bawakan pisang goreng. Hidangkanlah." Tuan Mizan mengambil bungkusan di tangan Cik Sue lalu diserahkkan kepada Laila.

Laila menyambut plastik tersebut lalu berlalu ke dapur. Matanya sempat dilirikkan kepada Cik Sue yang tersenyum manis. Hatinya mula tidak senang dengan kemunculan janda itu. Atas urusan apa sehingga perlu datang ke rumah? Ada perniagaan baru yang perlu dibincangkan dengan Tuan Mizan kah?

Laila kembali bersama satu dulang teh o panas dan pisang goreng. Perlahan-lahan dia meletakkan di atas meja di tengah ruang tamu. Matanya mencuri pandang ke arah Tuan Mizan yang tenang. Mungkin mereka berdua ada benda yang perlu dibincangkan. Tak perlulah dia menyibuk di situ.

"Laila pun duduklah sini." Ujar Tuan Mizan.

Tidak mengerti hujung pangkal, Laila teragak-agak ingin mengambil tempat. Selalunya dia akan duduk saja di sebelah Tuan Mizan. Tetapi dengan kehadiran Cik Sue, membuatkan dia berasa kekok. Lalu Laila duduk di kerusi sebelah.

Tuan Mizan bertukar pandangan dengan Cik Sue untuk seketika sebelum dia membuka mulut. "Macam yang Laila tahu, Sue pandai memasak. Nanti Laila boleh belajar memasak dan masak bersama-sama dengan Sue."

SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)Where stories live. Discover now