Sepanjang makan malam, Tiara hanya diam tidak bercakap. Makanan di dalam pinggan pun tidak mampu dihabiskan. Mukanya monyok tidak ceria.
Laila pula tunduk menyuap nasi. Dia tahu Tiara masih marahkan dia tentang peristiwa di Family Mart tempoh hari. Tapi apa yang dia boleh buat, memang dia tidak cukup duit time tu. Bukannya dia sengaja ingin kenakan Tiara. Tapi untuk dia minta maaf, rasanya tidak perlu kot. Bukannya salah dia.
"Yang kamu ni Tiara dari tadi monyok je, dah kenapa?" tegur Salem.
"Banyak assignment." Tiara menjawab pendek.
"Laila ni, lama tak datang sini. Ayah tengok macam makin berseri pula." Perhatian Salem beralih pada Laila.
"Berseri macam mana?" Laila tersenyum kekok.
"Berseri la. Seri isteri orang kot. Pandai Mizan jaga Laila."
Tuan Mizan tersenyum bangga. Siapa yang tak kembang kalau orang puji isteri dia.
"Mak dengar kamu tolong Mizan buat kerja. Kerja apa yang Laila buat?" tanya Hajar pula. Dah lama dia pendam soalan itu.
"Laila dah kerja sekarang?" soal Salem pula terkejut.
"Eh, taklah. Laila cuma teman abang je." Nafi Laila.
"Laila tolong aku buat akaun. Dah tua-tua ni, aku pun dah penat nak tengok duit keluar masuk. Bila ada Laila ni ringanlah sikit kerja aku," terang Tuan Mizan.
Bulat mata Laila memandang Tuan Mizan. Dia baru tolong tampal-tampal resit saja. Tak perlulah Tuan Mizan cerita beria sangat. Nanti boleh menimbulkan salah faham.
"Laila buat akaun?" Salem memandang Laila seakan tidak percaya. "Boleh ke Laila ni buat kerja? Saya risau dia menyusahkan Mizan je nanti kalau dia buat salah. Akaun bukannya benda boleh buat main."
Suapan Hajar turut terhenti.
"Kamu berdua janganlah risau. Aku dah tengok hasil kerja Laila. Laila ni ada basic akaun. Aku pun tahulah nak tengok orang tu ada knowledge atau tidak," tambah Tuan Mizan lagi.
"Abang, tambah la lagi paprik ni." Sengaja Laila mencedok lauk ayam paprik ke dalam pinggan Tuan Mizan bagi memotong perbualan suaminya itu.
Tiara yang diam dari tadi terus bangun membawa pingganya ke sinki lalu diletak kasar. Berdeting bunyinya menghentikan perbualan mereka. Sakit hatinya bila topik Laila saja yang dibualkan. Macam tak ada benda lain yang nak diborakkan. Tanpa membasuh pinggan di dalam sinki, dia berlalu masuk ke dalam bilik.
Dan saat itu Laila tahu, bermulalah perang dingin antara dia dengan Tiara.
*******************
"Laila nak ikut aku pergi kerja atau nak balik rumah?" soal Tuan Mizan yang baru menggerakkan keretanya keluar dari pekarangan rumah Salem.
"Laila nak ikut abang. Tapi macam nak kena balik rumah sebab banyak baju kotor nak kena basuh ni." Itulah pantang Laila. Kalau baju kotor dah bertimbun, nanti dia sendiri yang tak senang duduk.
"Tak apalah. Hari ni Laila berehat dekat rumah sajalah. Esok baru ikut aku pergi kerja. Nanti aku settle apa yang patut."
Laila menganggukkan kepalanya sambil matanya memandang lurus ke hadapan. "Abang, Laila nak cakap sikit dengan abang, boleh?"
"Cakaplah. Selama ni cakap tak perlu minta izin pun."
Laila mengertap bibir geram. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni banyak pula mulut Tuan Mizan untuk menyakat dia.
"Cakaplah "
"Boleh ke lepas ni abang jangan cerita apa-apa dengan abah dan mak? Tak perlu la cerita Laila tolong abang buat akaun. Laila cuma tolong tampal-tampal je."
"Kenapa pula tak boleh? Laila kan isteri aku. Mestilah aku bercerita pasal Laila."
"Memanglah Laila ni isteri abang. Tapi Laila tak naklah abang cerita apa-apa yang kita buat dekat family Laila. Diorang lain. Diorang tak macam family abang."
"Laila tak selesa ke?" Tuan Mizan memandang Laila yang terkulat-kulat di sebelah. "Iyalah. Lepas ni aku tak cerita apa-apa dah. Aku minta maaf sebab buat Laila rasa tak selesa. Lepas ni kalau ada benda yang aku buat salah, tegurlah aku. Kalau Laila tak cakap, aku pun tak tahu." Tangannya menggenggam tangan Laila lalu di letakkan di atas pehanya.
Laila menundukkan kepalanya. Sukar untuk dia terangkan kepada Tuan Mizan tentang situasi keluarganya yang sentiasa memandang rendah pada dirinya.
"Laila."
Laila berpusing memandang Tuan Mizan.
"Minggu depan aku daftarkan Laila untuk ambil lesen memandu ye."
"Eh, nak buat apa?"
"Belajar memandu kereta la. Takkan nak pergj belajar bawa lori pula. Tau la kerja aku ni banyak berurusan dengan lori."
"Maksud Laila, untuk apa ambil lesen kereta. Laila tak pandai drive kereta."
"Sebab tu kena belajar." Geram pula Tuan Mizan dengan lurus bendul Laila pagi itu.
"Laila bukan nak pergi mana-mana pun. Laila duduk rumah je." Bagi Laila, tak ada guna untuk dia memiliki lesen memandu kalau hidupnya hanyalah sebagai suri rumah.
"Okey. Cuba Laila fikir. Kalaulah aku sakit. Demam ke, sakit tak boleh bangun ke, siapa yang nak tolong bawa aku pergi hospital? Takkan asyik nak panggil orang luar?"
"Abang tak sihat ke?" Laila memandang wajah Tuan Mizan dengan riak risau. Lakinya itu sakitkah?
"Aku tak sakit. Aku sihat. Yang aku cakap tadi 'kalau'. Faham tak?"
Laila terdiam. Lama dia merenung suaminya seraya mengecilkan matanya.
Tuan Mizan yang sedar dirinya ditenung, memandang sekilas ke arah Laila. "Kenapa pandang aku macam tu?"
"Abang ada sorok apa-apa dari Laila ke?"
"Ya Allah, dia ni. Apa yang aku nak sorok pula. Aku cuma tanya Laila, nak belajar memandu tak?"
"Laila pula risau dengan abang pagi-pagi ni. Tiba-tiba je cakap pasal sakit."
"Aku cakap pasal belajar memandu la. Dah la. Kalau banyak sangat soal jawab macam ni, aku daftarkan je terus. Titik."
Dahi Laila sedikit berkerut. Bibirnya dimuncungkan sedikit. Bagi dia, membazir duit saja untuk belajar memandu, nanti bukannya dia boleh memandu kereta pun. Peram lesen tu jadi pekasam.
"Jangan nak buat muka." Sempat Tuan Mizan mencubit pipi Laila di sebelah.
Sebabkan dah ramai yang start baca citer ni.
Sis akan edit dan tapis apa yang patut.
Citer ni pun dah almost nak sampai ending dia. Sabaq sat na.
YOU ARE READING
SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)
RomanceBacaan Dewasa Laila bukanlah anak kesayangan keluarganya. Kelahirannya tidak dinanti dan diingini. Ibunya mengandungkannya saat kakaknya baru berusia tiga bulan. Kerana ingin memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada Tiara, Laila ser...