Baru dua jam Laila sibukkan diri dengan kertas kerja di atas meja Tuan Mizan, tangannya mula mengetuk hujung pensil di permukaan meja. Perbuatannya itu membuatkan Tuan Mizan mengerling sekilas sebelum kembali mengadap handphone.
Laila menarik nafas dalam-dalam sebelum matanya cuba difocuskan ke nilai nombor yang berderet di dada kertas. Tekaknya yang terasa payau mengganggu konsentrasinya. Beberapa kali air liur ditelan bagi mengusir rasa payau tersebut. Tak cukup dengan itu, dia meneguk air mineral di dalam botol. Tapi langsung tidak mengurangkan ketidakselesaan tekaknya. Dia mengeluh perlahan.
Otak Laila mula ligat berfikir untuk mencari sesuatu yang boleh melegakan tekaknya. Ya, dia teringin makan sesuatu yang masam. Tapi apa? Mana nak cari? Nak cerita dengan Tuan Mizan? Nanti dia risau Tuan Mizan fikirnya mengada-ngada pula. Mentang-mentanglah dah mengandung, kemaruk nak mengidam itu ini.
Mahu saja Laila mengetuk kepalanya sendiri yang sedang berfikir perkara bukan-bukan. Dia harus focus. Teringin itu hanyalah perasaannya sahaja. Hatinya boleh dipujuk agar melupakan apa yang terlintas di fikiran. Tetapi otaknya pula tidak mahu memberi kerjasama. Bibir bawah dikertap kuat.
Otaknya dah terbayangkan buah masam yang mengecurkan air liurnya. Dia bencikan perasaan itu. Semakin dia cuba lawan, semakin dia rasa sebak. Kenapa dia perlu berperasaan begini? Dulu dia tidak macam ni pun. Tak dapat apa yang dia nak, itu perkara biasa kerana dirinya boleh dipujuk. Tapi tidak kali ini. Teringinkan buah yang masam sehingga dia rasa ingin menangis. Tapi dia terlalu malu untuk bercakap dengan Tuan Mizan.
"Laila kenapa?" tegur Tuan Mizan bila melihat wajah Laila yang tercebik-cebik.
"Tak ada apa." Cepat-cepat Laila menggelengkan kepalanya. Badannya ditegakkan sambil berpura-pura mengira jumlah duit yang keluar minggu itu.
Tuan Mizan diam dan kembali memeriksa handphonenya.
'Bodoh kau, Laila,' Laila mngutuk dirinya sendiri di dalam hati. Kenapa dia cakap tak ada apa? Kenapa dia tidak jujur saja dengan Tuan Mizan? . Laila mula membenci dirinya saat itu. Dia benci dengan perasaannya yang bercampur baur. Kepalanya ditunduk kecewa.
"Laila ni dah kenapa? Apa yang Laila fikir?" Tuan Mizan memandang wajah Laila, hidung isterinya itu mula menunjukkan kesan merah.
Laila membalas pandangan Tuan Mizan sayu. "Laila teringin nak makan buah yang masam." Akhirnya dia berjaya juga menyuarakan rasa hati.
"Laila nak makan buah apa?" Tuan Mizan meletakkan handphone di atas meja. Tumpuannya diberikan sepenuhnya kepada Laila.
Laila terdiam. Dia sendiri tidak tahu buah apa yang dia ingin makan. Apa yang dia tahu, dia mahukan buah yang masam. Ya, masam.
"Nak mangga?"
Laila menggelengkan kepalanya. Dia tidak terasa untuk makan mangga muda. Bukan itu yang dia mahu.
Tuan Mizan berfikir seketika. Laci meja di sebelah dibukanya lalu mengeluarkan bungkusan kecil yang mengandungi asam boi. "Laila nak asam ni?" Asam boi itu diletakkan di hadapan Laila.
Laila memandang asam boi tersebut tapi langsung tidak menarik minatnya. Kepalanya digelangkan lagi sekali. Bukan ini yang dia nak. "Tapi kenapa asam boi ni ada dalam laci abang?"
Tuan Mizan berdehem beberapa kali. Termalu sendiri bila dia ditegur begitu oleh Laila. Sejak beberapa hari lalu, tekaknya gatal saja nak merasa asam boi. Tapi dia hanya makan di luar saja. Tak pernah dia makan asam boi di hadapan sesiapa pun. "Laila nak makan buah apa?" Tuan Mizan sengaja mengubah topik tidak mahu menjawab soalan Laila.
"Laila tak tahu." Laila mula sebak. Dia benci dengan dirinya sendiri. Apa yang dia mahu sebenarnya? Tolonglah jangan berperangai macam ni.
"Buah apa yang masam?" Tuan Mizan berfikir sejenak. Pelik juga sebab asam boinya itu tidak laku. Mangga muda pun Laila tak nak. Jadi, isterinya itu mahu makan apa?
YOU ARE READING
SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)
RomanceBacaan Dewasa Laila bukanlah anak kesayangan keluarganya. Kelahirannya tidak dinanti dan diingini. Ibunya mengandungkannya saat kakaknya baru berusia tiga bulan. Kerana ingin memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada Tiara, Laila ser...