Tuan Mizan's POV
Dalam usia yang dah semakin senja, tak pernah terlintas di kepala Tuan Mizan untuk berkahwin lagi. Untuk mempercayai perempuan lagi sekali? Mungkin tidak. Cukuplah pengalaman berkahwin dengan Aisyah dulu. Sudah cukup mengajar dia dunia rumah tangga. Pahit manis, semuanya dia sudah rasa.
Tapi bila anak-anak sudah besar, sudah ada keluarga sendiri dan kehidupan sendiri, rasa sunyi tu hadir. Setiap hari, rutin yang sama sahaja. Bangun pagi, pergi ke ladang, petang lepak kedai kopi, kadang-kadang sehingga ke malam lepak kedai kopi. Nak balik rumah, bosan, tidak ada orang yang boleh diajak lawan bercakap.
Antara kedai yang sering menjadi tempat menghabiskan masa adalah kedai makan Cik Sue. Sehinggakan ramai yang usiknya dengan janda tersebut. Tetapi dia hanya balas dengan senyuman saja.
Bukannya dia tidak perasan perangai Cik Sue yang agak meliuk lentuk bila berbual dengannya, tapi dia tidak pernah ambil pusing. Bagi dia, Cik Sue hanyalah kawan. Tidak lebih dari itu. Hatinya langsung tidak terusik walaupun Cik Sue boleh dikatakan janda yang ada rupa.
Sudah berbelas tahun dia menduda. Kenapa sekarang baru terdetik ingin berumahtangga lagi? Tapi memikirkan usia yang dah lanjut, niatnya cuba dilupakan.
"Mizan, apa kata kau kahwn lain? Kau pun dah lama sangat menduda. Dah lama sangat jadi duda sepi. Kahwinlah." Usik Dolah, rakan yang selalu teman lepak di kedai kopi.
"Ish, aku ni dah berumur la."
"Umur tu hanya angka. Yang penting poket tebal. Orang perempuan sekarang mana nak pandang umur atau rupa, janji ada duit. Dengan Cik Sue tu, kau tak nak ke? Aku tengok dia tu bukan main gedik lagi bila dengan kau. Dengan kami ni, tak adanya dia macam tu."
"Memanglah, kita ni laki orang. Mizan sorang je duda. Berduit pulak tu. Mau tak bergetar tulang-tulang Cik Sue tu kalau nampak Mizan." Sampuk Amir.
"Korang berdua jangan nak bawa mulut pula." Marah Tuan Mizan. "Aku kalau nak perempuan, anak ayam kat pekan tu banyak la. Nak kulit putih? Mata sepet? Mata besar. Semua ada." Ujar Tuan Mizan bersahaja.
Dolak ketawa besar. "Itu lain. Ini yang nak buat bini. Sekurang-kurangnya makan pakai kau kat rumah tu terjaga."
"Kenapa, selama ni aku tak boleh nak jaga diri sendiri ke? Serabai sangat ke aku ni? Tak ada pun aku kebulur duduk rumah tu."
"Kita kalau buka topik kahwin je dengan Mizan ni, ada saja jawapan dia." Amir menggelengkan kepalanya.
"Kalau kau tak berkenan dengan janda, anak dara kat kampung ni pun ramai juga. Kau pilih la yang mana-mana." Dolah tidak jemu mencucuk jarum.
"Wei, agak-agak la nak kenenkan Mizan dengan anak dara orang." Amir tidak setuju.
"Apa salahnya. Bukannya Mizan tak mampu. Duit pun ada. Ke kau dah tak mampu nak kayuh sampan?" Mata Dolah merenung tepat ke wajah Tuan Mizan.
Tuan Mizan menjeling Dolah. Tidak gemar dengan cara Dolah ingin provok dia.
"Anak dara mana yang kau nak kenenkan?" Amir menyoal Dolah.
"Ala... Takkan kau tak tahu kat kampung kita ni ada anak dara yang lawa gile. Ramai orang duk bercakap pasal dia. Memang cantik."
"Siapa?" soal Amir lagi.
"Aduhai... Apa nama dia? Aku pun dah lupa. Anak dara Salem."
"Salem?" Berkerut dahi Amir cuba memerah otak.
Tuan Mizan hanya diam tidak berminat untuk bercerita pasal anak dara orang.
"Ish, takkan kau tak kenal dengan Salem. Mana ada Salem lain dah kat kampung ni." Marah Dolah.
![](https://img.wattpad.com/cover/306422883-288-k499820.jpg)
YOU ARE READING
SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)
RomanceBacaan Dewasa Laila bukanlah anak kesayangan keluarganya. Kelahirannya tidak dinanti dan diingini. Ibunya mengandungkannya saat kakaknya baru berusia tiga bulan. Kerana ingin memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada Tiara, Laila ser...