Laila mengoles lipgloss pada bibirnya. Cermin di hadapan dipandang dengan rasa puas hati. Sejak akhir-akhir ini, Laila rajin menghias diri sendiri. Semalas mana pun dia, dia akan pastikan bibirnya dicalit dengan pelembap bibir.
"Yang cantik-cantik sangat ni nak pergi mana?" tegur Tuan Mizan. Kecomelan Laila membuatkan dia semakin tertarik untuk memandang isterinya itu lama.
"Nak ikut abang la." Laila berpusing mengadap Tuan Mizan yang hanya bertshirt lengan pendek.
"Kita nak masuk ladang je pun. Nanti comot juga," usik Tuan Mizan. Bukan dia tidak sedar sejak akhir-akhir ini Laila suka bersolek bila keluar dengannya. Kadang-kadang duduk di rumah pun bibir isterinya itu merah saja.
"Biarlah comot pun." Bibir Laila sedikit muncung. Sedikit malu bila ditegur begitu. Bukan senang untuk dia bersolek. Kekuatan itu harus dicari.
"Yelah. Cantik untuk aku seorang saja kan? Bukan nak mengorat lelaki muda kat sana kan?" usik Tuan Mizan lagi.
"Mana ada. Laila tak pandang sesiapa pun."
"Okey. Nanti kalau aku nampak mana-mana budak lelaki yang jeling Laila, aku sunatkan diorang lagi sekali," ujar Tuan Mizan dengan wajah bersahaja.
'Eh, ada pula macam tu,' omel Laila di dalam hati. Kakinya mengikut langkah Tuan Mizan.
Kasut Skechers yang berwarna biru lembut itu disarungkan ke kakinya. Sejak Tuan Mizan membelikan kasut itu, sejak itulah kasut tu sering menjadi alas kakinya untuk ke mana-mana. Selesa. Kalau nak suruh dia berlari pusing satu rumah pun boleh.
Laila tersengih sendiri bila teringatkan peristiwa Tuan Mizan belikan kasut tersebut.
Mata Tuan Mizan melirik ke wajah ceria Laila. Senang hatinya melihat Laila yang kembali ceria. Pening juga kepalanya hari tu bila tiba-tiba saja Laila murung sendirian. Bila ditanya, tak ada apa-apa.
****************
Bosan memandang handphone, Laila bangun lalu berjalan meneliti rak-rak yang berserabut dengan buku dan fail. Tak ada satu pun yang menarik minatnya. Barang-barang di situ kebanyakan sudah berhabuk tanda tidak pernah diusik.
Tadi kata nak pergi ladang tetapi dari pagi tadi lagi mereka hanya memerap di dalam pejabat kecil Tuan Mizan saja.
Laila melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan meja kerja Tuan Mizan. Matanya mengintai kertas-kertas di atas meja sambil kakinya yang terjuntai dihayun ke depan dan ke belakang.
Bosan. Itulah perkataan yang sesuai di saat itu. Tapi dia tidak mahu mengganggu Tuan Mizan kerana dia sendiri yang gatal ingin mengikut Tuan Mizan.
Laila memandang wajah Tuan Mizan yang tekun menekan kalkulator. Lama dia merenung suaminya sehingga dia meletakkan dagunya di atas meja berlapikkan kedua-dua tapak tangan yang ditindan. Matanya beralih memandang tulisan tangan Tuan Mizan.
Wow, kenapa dia baru perasan tulisan tangan Tuan Mizan yang cantik dan kemas tu? Rasanya dia sendiri pun tak mampu nak menulis sekemas itu.
Tuan Mizan menanggalkan cermin matanya lalu mukanya diangkat memandang wajah Laila di hadapannya. Susah dia nak focus membuat kerja dengan Laila yang asyik merenungnya dari tadi. Lagi-lagi bila Laila sudah meletakkan dagunya di atas meja.
Cepat-cepat Laila mengangkat kepalanya. "Kenapa?"
"Laila kenapa?"
"Tak ada apa-apa."
"Bosan ke?" Tuan Mizan menyandarkan badannya ke kerusi.
Laila tidak menjawab, cuma mulutnya dikertapkan sedikit.
YOU ARE READING
SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)
RomanceBacaan Dewasa Laila bukanlah anak kesayangan keluarganya. Kelahirannya tidak dinanti dan diingini. Ibunya mengandungkannya saat kakaknya baru berusia tiga bulan. Kerana ingin memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada Tiara, Laila ser...