Laila mengusap perutnya yang terasa penuh. Hampir semuan orang menyuruh dia menjamah makanan mereka bagi merasa yang mana paling sedap. Kek juga dia makan lebih dari tiga jenis. Tong perutnya memang sudah penuh, seperti menunggu masa untuk meledak keluar saja. Kaki pun terasa berat untuk melangkah.
Selalunya orang didera dengan tidak diberi makan, tapi dia sudah terbalik. Dia didera dengan menyumbat pelbagai jenis makanan. Macam manalah berat badannya tidak naik. Mabuk.
"Tak nak pergi Watson ke?" Tanya Tuan Mizan sebaik saja mereka melangkah keluar dari pintu Secret Recipe.
Laila memandang Tuan Mizan pelik. "Ada apa dekat Watson?"
"Laila tak perlu beli pad ke?" Suara Tuan Mizan sedikit perlahan. Hidungnya digaru beberapa kali.
"Yalah. Laila terlupa." Nampak tak bertapa lembabnya otak Laila berjalan. Matanya memandang kedai Watson yang terletak selang satu pintu dari Secret Recipe. "Sekejap, Laila pergi sekejap je." Laju kakinya melangkah.
"Mama nak pergi Watson? Nak ikut!" Laung Tasya yang sudah berdiri berdekatan dengan kereta. Laju kakinya berlari anak mengejar Laila.
"Mama nak beli apa ni?" Tanya Tasya bersama mata yang bersinar. Watson memang tempat kegemarannya. Pantang dia masuk, nanti tak jumpa jalan keluar.
"Pad." Bisik Laila perlahan. Laju saja kakinya melangkah ke bahagian tuala wanita. Tidak sampai seminit, dia sudah jumpa apa yang dia mahu. Baru dia ingin berlalu untuk bayar, tangannya ditarik oleh Tasya.
"Mama, sinilah sekejap." Tasya tersengih nakal.
Laila yang sedikit terpinga-pinga, mengorak juga langkah bagi mengikuti Tasya. Matanya memandang produk-produk skin care yang disusun kemas di hadapannya.
"Mama pakai skin care apa?"
"Tak pakai."
"Ha? Mama tak pakai apa-apa skin care?" Tanya Tasya agak terkejut.
Laila menggelengkan kepalanya.
"Pelembap pun tak ada?"
Laila menggelengkan kepalanya lagi sekali.
"Takkanlah mama tak pakai apa-apa? Pencuci muka pakai tak?"
"Pencuci muka tu pakailah. Tapi itu je. Yang lain tak pakai." Ujar Laila jujur. Memang selama ini kalau dia keluar rumah, dia hanya menempek bedak baby ke wajahnya. Itu pun sudah cukup.
"Ish mama ni. Tak boleh macam ni. Kulit muka ni kita nak kena jaga. Masa nilah kita kena start jaga. Nanti bila dah tua baru nak jaga, dah terlambat." Bebel Tasya sambil matanya melilau memandang satu persatu brand di situ.
Laila menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Skin care semuanya mahal, dari dia habiskan duit untuk beli skin care, baik dia gunakan duit untuk membeli makanan.
"Mama try la yang ini." Tasya menunjukkan skin care jenama Bio-essence. Tangannya mencapai pelembap brand tersebut.
Bulat mata Laila sebaik saja dia memandang tanda harga untuk pelembap tersebut. "Tak apalah, Tasya. Lain kali saja."
"Tak boleh la, mama. Mama kena la jaga kulit tu. Pencuci muka saja tak cukup. At least kena la ada toner dan pelembap." Tanya mengambil pelembap dan toner lalu dia berjalan ke rak yang lain. "Dan yang paling penting kena ada sunscreen."
Laila sedang mengira jari jemarinya seraya mengikut langkah Tasya. Harga barang-barang tersebut dicongaknya di dalam kepala. Dalam dompetnya hanya ada enam puluh ringgit saja. Itu pun duit lebihan yang Tuan Mizan beri beberapa hari yang lalu. Mana cukup duit dia ingin membayar semua itu.
YOU ARE READING
SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)
RomanceBacaan Dewasa Laila bukanlah anak kesayangan keluarganya. Kelahirannya tidak dinanti dan diingini. Ibunya mengandungkannya saat kakaknya baru berusia tiga bulan. Kerana ingin memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada Tiara, Laila ser...