BAB 35

15.6K 543 36
                                    

Semua orang sudah bersiap untuk keluar dari homestay tersebut tetapi Tasya masih terhegeh-hegeh dengan luggage kecilnya. Ada saja alasannya membuatkan perjalanan asyik tertangguh.

"Kau ni dah kenapa? Kena sampuk dengan raja bunian dalam rumah ni ke?" Lantang saja Faizal menegur Tasya yang sudah buat muka cekodok basinya.

"Apa Along ni. Tak sayang mulut ke? Along nak ke dapat adik ipar bunian?" Laju saja Tasya membalas.

"Dah. Korang jangan nak bergaduh dekat sini. Dah besar macam ni pun nak buat perangai macam budak-budak lagi." Tegah Tuan Mizan. Dengan cuaca tengahari yang terik nilah anak-anaknya nak bergaduh.

"Ayah tengoklah Tasya ni. Lembab. Mengalahkan kura-kura."

"Yang Along ni dengki sangat kenapa?" Tasya menjengilkan matanya tidak puas hati.

"Semua orang dah lama tunggu Tasya. Apa yang berat hati sangat nak tinggalkan rumah ni?"

"Suka hati Tasyalah. Tasya naik dengan ayah, bukannya dengan Along. Kalau Along nak gerak dulu, dipersilakan." Tanya meluruskan tangannya ke kanan bagi merpersilakan Faizal berjalan.

"Tasya, apa ni?" Nada suara Tuan Mizan naik satu oktaf. Dahinya sudah berkerut.

"Kenapa Tasya pula yang nak kena marah?" Tasya menarik muka tidak puas hati.

"Dah dah dah." Razlan cuba meredakan suasana. "Angah tahu, Tasya ni tak nak balik rumah lagi kan?"

Melebar senyuman Tasya. "Angah je yang memahami Tasya." Terus saja Tasya menempel ke arah Razlan sambil membuat muka manjanya.

"Kalau tak nak balik, nak pergi mana?" Soal Tuan Mizan.

"Mana-mana la."

"Kenapa yang suka buat plan last minute ni? Cuti sekolah ni ingat senang ke nak berjalan? Semua tempat dah penuh." Wajah Tuan Mizan mula kelihatan tegang.

"Ala ayah ni. Kita dah lama tak bercuti bersama. Semua orang sibuk. Dah alang-alang kita kat sini, takkan nak balik dah? Jom la sambung berjalan." Tasya langsung tidak menunjukkan muka gentar.

Laila yang hanya menjadi pemerhati dari tadi langsung tidak berani membuka mulut. Dia hanyalah orang luar saja, tidak layak untuk bersuara. Tapi wajah tegang Tuang Mizan sedikit sebanyak membuatkan isi perutnya kecut ditambahkan pula dengan perangai Tasya yang tidak mahu mengalah. Rungsing kepalanya.

"Nak pergi mana? Tanya Faizal kepada Razlan.

"Entah. Pergi rumah kau la." Balas Razlan.

"Rumah aku?" Faizal tersentak dengan idea Razlan.

"Cadangan yang bernas." Tasya memetik jarinya tanda setuju. "Boleh tak ayah?"

"Ikutlah mana-mana." Jawab Tuan Mizan.

Laila menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kata sepakat sudah dicapai tapi kepalanya yang rungsing. Nampaknya percutian mereka dilanjutkan lagi. Memanglah seronok tapi ada isu lain yang dia perlu fikirkan.

"Wei. Agak-agak la. Tuan rumah tak ada pun kata setuju." Bebel Faizal tetapi semua orang buat tidak dengar saja. Masing-masing sibuk menyimpan barang ke dalam kereta.

Teragak-agak Laila menghampiri Tuan Mizan yang sedang menyimpan  beg-beg pakaian  ke dalam kereta. Cuak melihat wajah Tuan Mizan yang serius saja dari tadi.

"Abang." Bismilah dibaca di dalam hati sebelum tangannya mencuit belakang Tuan Mizan perlahan.

"Kenapa?" Tanya Tuan Mizan sepatah tetapi tangannya masih sibuk mengangkat barang.

Laila menelan air liurnya. "Err.. betul ke kita nak pergi rumah Faizal?"

"Betullah."

"Kita tidur sana ke?"

SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)Where stories live. Discover now