BAB 32

13K 310 38
                                    

Kawasan sekitar Pantai Teluk Kemang dipenuhi dengan kereta-kereta yang parking di kiri kanan jalan. Laila sendiri kagum dengan rakyat Malaysia yang sanggup bersusah payah mencari parking di sekitar kawasan itu kerana dia sendiri naik risau jika Tuan Mizan hilang sabar untuk mencari tempat letak kereta.

Hampir tiga puluh minit juga Tuan Mizan berpusing-pusing mencari parking. Nasib mereka sangat baik bila ada satu parking kosong yang berdekatan dengan pintu masuk Pantai Teluk Kemang.

"Yeaaaa.... Dah sampai." Tasya melonjak turun dari kereta Tuan Mizan.

Perlahan-lahan Laila turun dari kereta Tuan Mizan. Sedaya upaya dia cuba mengawal rasa terujanya agar tidak kelihatan. Tidak mahu dikatakan jakun tidak pernah jumpa pantai.

Razlan menghampiri Tuan Mizan yang baru saja mengunci keretanya. "Along dah sewa tempat. Yang lain semuanya dah tunggu kat sana."

Setiap ruang di tepi pantai penuh dengan payung yang dipacak. Seakan tidak ada langsung ruang yang kosong. Nasib baiklah mereka datang agak awal. Senanglah Razlan menyewa dua tapak payung di situ.

Laila teruja. Sudah lama dia tidak ke pantai. Kalau tak silap, kali terakhir adalah sewaktu dia sekolah rendah. Itu pun kerana Salem ingin meraikan kejayaan Tiara yang berjaya mendapatkan straight A dalam UPSR.

"Kami mandi dulu." Tasya awal-awal lagi sudah menarik anak-anak buahnya terjun ke pantai.Yang lain turut sama turun ke pantai. Hanya Ika sahaja yang tidak mandi kerana dia period.

Sedang leka Laila memerhati mereka bersorak riang, baru dia tersedar yang dia tidak nampak kelibat Tuan Mizan. Mana lakinya itu pergi? Matanya melilau mencari sehinggalah dia melihat susuk tubuh Tuan Mizan yang sedang melangkah ke arahnya bersama satu tiub pelampung hitam.

"Jomlah turun mandi." Ujar Tuan Mizan.

"Abang mandi sekali?"

"Mestilah mandi sekali. Rugilah kalau dah datang sini tapi tak mandi. Ini aku sewakan pelampung ni untuk Laila." Tuan Mizan menghulurkan pelampung tersebut kepada Laila.

"Terima kasih." Laila pelik, kenapa mesti hitam? Bukankah pelampung selalunya berwarna-warni? Ini macam tayar lori je.

"Ini yang paling besar." Tuan Mizan seakan boleh membaca apa yang bermain di fikiran Laila.

Tanpa banyak soal, Laila mengikut langkah Tuan Mizan ke gigi air. Sebaik sahaja kakinya disapa ombak kecil, senyumannya terukir lebar. Gembira. Dia mengikut Tuan Mizan menuju ke tempat yang lebih dalam sehingga air mencecah ke paras dadanya.

"Seronok?" Tanya Tuan Mizan.

"Seronok. Seronok sangat. Dah lama tak mandi pantai. Dah terlupa air pantai ni rasa masin." Laila tersenyum menampakkan giginya.

"Yelah, aku pun tak pernah bawa Laila pergi bercuti."

"Tak apalah, abang. Kita kan baru hidup berdua. Ada banyak lagi masa untuk kita luang bersama. Macam ni pun Laila dah bahagia sangat." Ujar Laila bersahaja. Mungkin dia terlalu gembira sehingga dia tidak sedar apa yang dia baru katakan. Semuanya lancar dari isi hati.

Tuan Mizan memandang wajah Laila lama.

"Abang janganlah pergi dalam-dalam sangat. Laila tak pandai berenang." Ujar Laila jujur. Susah jadi orang pendek ni.

"Sebab tu aku sewakan pelampung ni. Pegang pelampung ni kuat-kuat." Tuan Mizan membantu Laila memakai pelampung tersebut.

"Abang tak nak guna pelampung ni ke?"

"Tak perlu. Aku boleh berenang."

"Abang pandai berenang?" Tanya Laila seakan tidak percaya.

"Pandailah. Aku ni dah tua. Selalunya orang yang umur macam aku ni semuanya pandai berenang. Cuma badan ni je yang dah tak kuat."

SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)Where stories live. Discover now