Kebun pisang yang seluas tiga ekar ditebang dan dihapuskan termasuklah dengan buah yang sudah rosak. Semua perkerja bertungkus lumus melakukan kerja bagi mengawal penyakit pokok pisang dari merebak lebih teruk.
"Amboi Tuan. Hari ni muka berseri-seri lain macam. Baru lepas menang loteri ke?" Usik salah seorang perkerja lelaki di situ.
Mereka pelik, selalunya Tuan Mizan akan tegas dan garang. Ditambah pula dengan kerugian tiga ekar pokok pisang, seharusnya lelaki itu akan lebih moody dari biasa. Tapi tidak pulak hari ni.
"Loteri apanya? Aku memang macam nilah." Sangkal Tuan Mizan. Mukanya yang berpeluh dilap dengan tuala kecil. "Kamu memang suka tengok aku marah-marah ke?"
"Yelah. Kalau saya mesti dah sedih. Tiga ekar tu. Bukannya sikit."
Tuan Mizan akui, disebabkan penyakit ini, dia kerugian puluhan ribu. Bukan satu nilai yang sedikit. Tetapi kalau sudah tertulis bukan rezeki dia, terpaksalah dia akur.
"Kau ni Mat, takkanlah kau tak tahu?" Sampuk salah seorang perkerja lelaki yang lain.
"Apa yang aku tak tahu?" Tanya Mat tidak puas hati.
"Orang kahwin bini muda memang macam tu. Kau apa tau, kahwin pun belum." Sakat mereka disusuli dengan ketawa berdekah.
Tuan Mizan menggelengkan kepalanya mendengar usikan mereka. Malas hendak dilayan. Di fikiran mula terbayangkan wajah Laila yang malu-malu kemudian dia tersenyum sendiri. 'Haish tak boleh jadi. Tak siap kerja aku macam ni kalau asyik fikirkan Laila.' Rungutnya di dalam hati. Banyangan Laila cuba diusir jauh-jauh.
*****************
Tengahari itu, Hajar meminta Laila memasak nasi minyak dengan ayam masak merah. Entah apa mimpi Hajar tiba-tiba ingin makan nasi minyak.
Walaupun sekarang ini Tiara sedang cuti sem, tetapi tak bermakna gadis itu akan menolong di dapur. Hanya tahu bangun dan melantak sahaja.
"Yang kau tersengih-sengih kupas bawang tu kenapa?" Sergah Tiara tiba-tiba.
Laila yang sedikit tersentak, memandang Tiara sekilas. Ada saja yang tak kena di mata Tiara. Malas dia ingin melayan.
"Aku tengah cakap dengan kau ni. Boleh pulak buat-buat tak dengar. Apa yang seronok sangat sampai kau senyum seorang kat sini?" Sekali lagi Tiara bertanya soalan yang sama lalu duduk di hadapan Laila.
"Tak ada apalah, akak. Laila nak masak ayam masak merah ni. Mak nak makan nasi minyak." Jawab Laila bersahaja.
"Takkanlah masak nasi minyak boleh happy semacam. Laki kau ada bagi kau duit ke?" Cungkil Tiara.
"Duit apa pulak ni?" Dahi Laila sedikit berkerut.
"Manalah aku nak tahu. Kot la orang tua tu ada bagi duit belanja kat kau. Selalunya kan dia bagi kau duit. Takkan la hari ni tak ada?"
"Banyak ke laki Laila bagi duit?" Sampuk Hajar yang baru lepas basuhkan ayam mentah. Kerusi di sebelah Laila ditarik lalu melabuhkan punggungnya. " Mak ingat mak nak beli periuk la, Laila. "
"Mak nak beli periuk apa?" Tanya Laila pelik.
"Pressure cooker. Apa entah nama dia. Mak dah lupa. Macam nama perempuan gitu. Nora? Hari tu mak ada pergi rumah Mak Cik Bedah, dia tunjuk kat mak periuk yang dia baru beli tu. Bagus Laila. Boleh masak macam-macam dalam tu. Kalau masak daging pun sekejap je boleh empuk. Jadi.... Mak nak belilah satu. Nanti Laila juga yang senang nak masak." Panjang lebar Hajar menerangkan pada Laila.
"Periuk apa ni?" Tanya Laila masih tak faham.
"Pressure coocker tapi pakai elektrik." Jawab Hajar.
"Berapa harga periuk ni?" Tanya Laila lagi.
"Ala.. tak mahal pun..." Hajar sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.
"Periuk Noxxa ke mak?" Tanya Tiara pendek.
"Ha.. betul la tu. Mak dah lupa nama dia." Ceria muka Hajar bila Tiara dapat menangkap apa yang dia cuba sampaikan.
"Periuk Noxxa ni memang bagus pun. Banyak function. Safety pun ada." Terang Laila ringkas.
"Yela. Berapa harga periuk ni?" Soal Laila tidak puas hati.
"Err.. tak mahal pun. Dalam lapan ratus lebih." Ujar Hajar bersama sengihan lebar.
Terhenti tangan Laila mengupas bawang. Matanya memandang wajah Hajar seakan tidak percaya jumlah yang dia baru dengar.
"Tapi boleh bayar ansur-ansur." Tambah Hajar lagi.
"Mahalnya!" Jelas terpancar riak terkejut di wajah Laila.
"Ala... Bukannya selalu pun mak beli barang. Lagi pun ni untuk masak. Nak bagi semua orang makan." Pujuk Hajar.
"Mahal sangat tu mak. Laila mana ada duit sebanyak tu." Jawab Laila jujur.
"Ish kau ni. Lurus betul. Minta la dengan laki kau." Sampuk Tiara disambut dengan anggukan Hajar.
"Tapi mak...." Kata-kata Laila dipotong.
"Dah la. Dengan mak pun nak berkira. Nanti lepas siap masak ni, buat puding caramel. Mak rasa nak makan benda manis. Boleh jugak gembirakan hati ni." Ujar Hajar lalu berlalu keluar dari ruang dapur.
"Kau ni pun satu. Try la minta dengan laki kau dulu. Kalau dia sayang bini mesti dia akan bagi. Lagi pun kalau bukan kau yang nak habiskan duit dia, takkan nak biar perempuan lain yang habiskan?" Cucuk Tiara.
Laila melepaskan keluhan perlahan. Hajar sudah merajuk. Dia serba salah. Bagaimana dia ingin cakapkan dengan Tuan Mizan nanti? Bukannya dia tidak tahu lelakinya itu serabut dengan masalah di kebun pisang. Takkanlah mahu ditambahkan lagi dengan meminta duit?
********
Malam itu, Laila dan Tuan Mizan makan nasi minyak yang dimasak di rumah Hajar. Dari petang lagi Laila cuba menyusun ayat untuk meyampaikan hajat Hajar. Tetapi tidak ada masa yang sesuai untuk dia membuka mulut.
Selesai makan malam, Tuan Mizan bersantai di hadapan tv. Laila meletakkan puding caramel di hadapan Tuan Mizan. Tetapi hanya sedikit yang dimakan oleh lelaki itu.
"Abang tak suka puding caramel ke?" Tanya Laila.
Tuan Mizan memandang Laila di sebelah. "Suka. Tapi aku ni dah tua, Laila. Kena jaga makan. Yang manis-manis macam ni kena kurangkan." Badannya disengetkan sedikit mengadap Laila. "Lagi pun aku dah ada Laila yang manis ni. Cukup la." Jarinya memaut dagu Laila. Bibirnya tersenyum meleret sebelum dia mengucup bibir Laila. "Hmm... Manis. Macam gula." Usik Tuan Mizan.
Laila tersenyum malu. Terlupa sudah mengenai periuk mahal yang diminta oleh Hajar.
Sis ni fikir banyak kali nak sambung ke tak.
Sebab tajuk pun si sunti 🤭
Macam mana ni....
![](https://img.wattpad.com/cover/306422883-288-k499820.jpg)
YOU ARE READING
SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)
RomanceBacaan Dewasa Laila bukanlah anak kesayangan keluarganya. Kelahirannya tidak dinanti dan diingini. Ibunya mengandungkannya saat kakaknya baru berusia tiga bulan. Kerana ingin memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada Tiara, Laila ser...