BAB 15

25.1K 340 22
                                    

Hari ini hari hujung minggu. Tuan Mizan tidak berkerja dan Laila jugak tidak pergi ke rumah ibu bapanya. Mereka hanya bersantai di rumah sahaja.

Seharian Laila sibuk mengadap telefonnya. Sesekali kelihatan dia berkerut. Kusyuk betul dia membuat carian di google.

CIRI-CIRI LELAKI ROMANTIK

1) Peka dengan tarikh-tarikh penting.

Nak peka macam mana kalau baru berkahwin dua minggu. Tarikh lahirnya pun lambat lagi. Ini bermakna tidak ada tarikh penting yang nak diraikan buat masa ini. Ciri ini tidak boleh dipakai. Laila meneruskan bacaannya.

2) Berikan kejutan untuk si dia.

Nak buat kejutan apa? Memasak? Tak pernah sekali pun Laila melihat Tuan Mizan memasak. Kopi sendiri pun Laila yang buatkan apatah lagi nak bercandle light dinner bagai.

3) Selalu memberi pujian.

Memberi pujian? Laila ketawa sendiri. Nak bercakap pun susah, apatah lagi nak memuji. Oh baru Laila teringat, Tuan Mizan pernah memujinya cantik itu pun sebab Tasya yang menggesa ayahnya. Kalau tak, memang tak merasalah dia dipuji. Selalunya Tuan Mizan hanya akan bercakap perkara-perkara yang penting sahaja. Selebihnya lelaki itu banyak mendiamkan diri. Laila mencebikkan bibir kecewa.

4) Berikan layanan istimewa.

Apa layanan yang istimewanya? Nak suruh Tuan Mizan membukakan pintu kereta untuknya? Hahaha jauh panggang dari api. Boleh tunggu kucing bertanduk dulu baru Tuan Mizan akan buat agaknya.

5) Pujuk si dia ketika si dia merajuk.

Merajuk? Laila mana pernah merajuk. Kalau nak diharapkan Tuan Mizan memujuk... Hhmm.. rasanya kena marah adalah. Bukannya Laila tak perasan bila Tuan Mizan marahkannya. Kadang tanpa sebab pun boleh dengar suara tegas lelaki itu. Masih teringat peristiwa makan di McDonald's hari tu. Sumpah dia malu.

6) Berpimpin tangan ketika berjalan.

Laila ketawa membaca ciri ini. Dunia kiamat dulu baru Tuan Mizan ingin berpimpin tangan dengan dengannya. Kalau mereka berjalan di mall, Tuan Mizan akan berjalan jauh di belakang. Nak capai tangan macam mana? Macam drama movie hantu Nang Nak ke?

7) Membawa si dia ke tempat-tempat romantik.

Tempat apa yang romantik? Setahu Laila, Tuan Mizan hanya kerap menghantar dia ke rumah ibu bapanya. Cuma kadang-kadang sahaja mereka keluar makan di luar. Itu pun hanya gerai-gerai biasa. Yang istimewa sikit, makan di McDonald's, itu pun disebabkan Tasya. Mestilah Tuan Mizan lebih sayangkan Tasya. Laila mengeluh perlahan.

8) Kirimkan jambangan bunga kepada si dia.

Ini boleh bermimpi di siang hari. Pokok bunga di luar rumah pun upah orang untuk jagakan. Ini apatah lagi Tuan Mizan nak berbunga bagai. Benda yang dia pegang hari-hari hanyalah rokok.

9) Pandang ke mata dia setiap kali bercakap.

Pandang mata? Memang la kita kalau bercakap dengan orang akan bertentang mata. Cuma dengan Tuan Mizan ni Laila susah untuk bertentang mata. Segan. Nasib baiklah kadang-kadang Tuan Mizan banyak memandang telefon dari dirinya. Tidak ada apa yang istimewanya bertentang mata.

10) Berikan senyuman manis dan menggoda.

Laila tidak tahu dia ingin ketawa atau menangis. Senyuman manis dan menggoda? Nak tengok Tuan Mizan tersenyum pun susah. Wajah lelaki itu selalunya beriak serius atau tenang. Tak tahu di mana yang menggodanya. Laila menggelengkan kepalanya perlahan.

11) Memakai pakaian sedondon.

Aduhai. Hanya sekali sahaja Laila pernah berpakaian sedondon dengan Tuan Mizan. Itu pun pada hari pernikahan mereka. Lepas ini tak tahulah bila pulak nak berpakaian sedondon. Agaknya kena tunggu raya dulu kot.

SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)Where stories live. Discover now