BAB 37

13.9K 451 31
                                    

Selepas maghrib, Razlan dan Shima meminta diri untuk pulang ke rumah mereka di Cyberjaya kerana esok Razlan perlu berkerja.

Semua orang sudah kepenatan berjalan seharian. Masing-masing merehatkan diri di hadapan tv. Tetapi tidak Tasya.

Seperti anak kecil yang baru dapat mainan baru, Tasya tersengih lebar bersama plastik Watson di tangannya.

"Mama, jomlah duduk sini." Tasya menarik tangan Laila yang sedang duduk di sebelah Tuan Mizan.

Terkial-kial kaki Laila untuk bangun dan mengikuti Tasya. Mereka duduk di tepi sliding door yang terbuka memaparkan panorama Kuala Lumpur pada waktu malam.

"Jom kita try ni." Tasya sudah tersengih lebar sambil mengeluarkan isi di dalam beg plastik tersebut.

"Banyaknya Tasya beli barang. Ini semua mahal-mahal." Ika yang tertarik dengan perbuatan Tasya, turut duduk bersila di sebelah mereka. Tangannya membelek satu persatu barang tersebut.

"Bukan Tasya yang beli. Ayah yang beli." Tasya tersengih seperti kerang busuk.

'A'a, memang. Tapi aku yang kena tanggung malu dengan Tuan Mizan.' Gumam Laila di dalam hati.

"Mama, pusing belakang. Biar Tasya sapu serum ni kat rambut mama."

"Untuk apa?" Tanya Laila tidak bersetuju.

"Untuk sihatkan rambut la, mama." Ujar Tasya seraya menarik lengan Laila untuk berpusing. Laju saja tangannya menarik getah rambut yang mengikat rambut Laila.

Rambut Laila yang melepasi paras bahu, diuraikan lalu disapu dengan serum rambut.

"Serum ni sapu dekat rambut je tau, mama. Jangan bagi kena kulit kepala." Terang Tasya sambil melurut rambut Laila.

"Wanginya bau dia." Puji Laila.

"Mama rasalah rambut mama sekarang. Beza tak dengan sebelum ni?"

Laila mula menyentuh rambutnya sendiri dan membelai perlahan. "A'a, lembutlah. Wangi pulak tu."

Tasya tersenyum bangga. "Ini baru je pakai. Kalau mama pakai selalu, lagilah rambut mama nampak cantik. Okey, next pula."

Laila berpusing mengadap Tasya sambil matanya memandang barang-barang di tangan Tasya.

"Mama kena belajar make-up tau. Tapi sebelum mama makeup, mama kena apply skin care dulu. Jangan nak keluar rumah macam tu je. Nanti boleh hitam macam ayah."

"Aku dengar tu. Tasya jangan nak ajar benda pelik-pelik dengan mama." Sampuk Tuan Mizan yang masih menonton televisyen. Walaupun matanya di kaca tv, tetapi dia tetap memasang telinga dan memerhatikan dua perempuan kesayangannya itu.

"Ini bukan benda pelik la. Ini nak mencantikkan mama. Nanti ayah juga yang untung dapat tengok mama lawa."

Wajah Laila merona merah. Malu dengan kata-kata Tasya. Apalah yang Tuan Mizan akan fikir nanti.

Tuan Mizan diam tidak membalas. Memanglah dia suka jika isterinya cantik tapi pada masa yang sama, dia juga suka melihat Laila yang polos. Kerana itulah hatinya mula terpikat dengan Laila dulu.

********************

Sebelum lelapkan mata, tekak Laila terasa haus sangat. Tuan Mizan yang sudah berdengkur halus di sebelah dipandang seketika sebelum dia perlahan-lahan turun dari katil. Dengan langkah yang berhati-hati, dia keluar dari bilik dan menutup pintu rapat.

Seharian dia cravingkan air sejuk. Tapi dihadapan Tuan Mizan, terpaksalah dia pendamkan hasrat tersebut. Hanya sesekali saja dia mencuri minum air sejuk di dapur.

Matanya sudah mengantuk tapi tekaknya perlu dibasahkan dahulu. Terasa nikmat bila air sejuk mula melalui kerongkongnya.

"Kenapa tak tidur lagi? Fikir apa? Kecewa sebab tak mengandung ke?"

Satu suara yang menegur Laila membuatkan Laila tersentak. Hampir saja dia terlepas mug di tangannya. Matanya memandang Faizal yang berdiri di muka pintu dapur.

"Itulah. Siapa suruh kahwin dengan lelaki tua. Memang tak mampulah." Faizal melangkah beberapa tapak.

Laila menelan air liurnya. Dia tahu Faizal memang sengaja ingin mencari peluang untuk menyakitkan hatinya.

"Kau ni muda lagi. Tapi pilih pasangan yang tua. Dah tak best. Kau tak nak rasa barang muda ke? Sekali kena dah boleh bunting."

Menyirap darah Laila mendengar kata-kata Faizal. Kali ini Faizal sudah melepasi batasnya. Tidak sanggup dia berlama di situ, mug di tangan diletakkan atas meja dan ingin berlalu dari situ. Tak mahu melayan perangai hasad dengki si Faizal.

"Nantilah dulu. Cepat-cepat nak pergi mana?" Pantas Faizal berdiri di hadapan Laila bagi menghalang laluannya.

"Tepilah. Saya nak tidur." Dada Laila mula terasa berdebar-debar. Tidak pernah Faizal berkelakuan begitu. Selalunya hanya mulutnya yang pedih berbisa.

"Kau tu muda lagi. Takkan kau nak habiskan masa kau dengan lelaki tua tanpa zuriat? Nanti kau sendiri yang akan menyesal bila tak ada anak."

"Faizal, tepilah.  Saya nak tidur." Suara Laila sedikit keras walaupun perutnya sudah terasa kecut.

"Siapa kata kau boleh jalan? Ini rumah aku." Faizal merapatkan jarak dirinya dan Laila membuatkan Laila mengundur beberapa tapak ke belakang.

"Faizal, awak jangan macam ni. Nanti saya jerit." Ugut Laila. Kedua-dua tangannya sudah terasa seram sejuk.

"Kau nak jerit? Berani kau nak jerit? Kau nak ayah tengok keadaan kita macam ni?" Faizal tersenyum mengejek. Tangannya mula berani menyentuh hujung rambut Laila.

"Ish, apa ni!" Laila menempis tangan Faizal kasar. Walaupun dia nampak garang tapi tubuhnya sudah menggigil.

Faizal ketawa perlahan. Seronok dia melihat Laila yang sudah menggelabah.

Laila mengundur lagi ke belakang sehingga belakangnya menyentuh meja kabinet dapur. Faizal pula mengambil peluang dengan meletakkan tangannya di kiri dan kanan Laila membuatkan Laila terperangkap di tengah-tengah.

"Kau terlalu muda untuk tahu nikmat dunia perkahwinan. Tapi sayangnya kau tersalah pilih suami."

Menggigil kaki Laila. Berjumpa dengan hantu pun tidak setakut dia berhadapan dengan Faizal sekarang. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia menjerit dan memaki Faizal tapi suaranya seakan tersekat dikerongkong.

"Kalau bulan depan kau berubah fikiran, kau boleh cari aku. Anytime and anywhere." Suara Faizal semakin perlahan dan menggoda.

"Along buat apa ni?" Suara Tasya membuatkan Faizal berpaling ke belakang tetapi tangannya masih tidak berganjak dari tempatnya.

Bagaikan mendapat kekuatan, Laila menolak tubuh Faizal sekuat hatinya. Tanpa menoleh sesaat kepada dua adik-beradik itu, dia berlari memasuki biliknya. Pintunya ditutup dan dikunci.

Air matanya yang bertakung dari tadi mula jatuh berderai. Jantungnya masih lagi berdegup kencang seperti ingin pecah. Seluruh tubuhnya terasa seram sejuk. Tanpa pedulikan sendunya, dia merangkak ke atas katil lalu menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.

Seumur hidupnya, dia tidak pernah menerima layanan sebegini. Sejahat-jahat keluarganya, tidak pernah maruahnya dipermainkan sebegini. Laila merapatkan dirinya pada badan Tuan Mizan yang sedang mengiring membelakanginya. Dahinya disandarkan pada belakang lelaki itu. Tangannya yang menggigil, menggenggam belakang baju Tuan Mizan kemas, cuba untuk menenangkan dirinya.

Sendunya cuba ditahan agar tidak mengganggu lena Tuan Mizan. Tetapi air matanya tidak berhenti turun sehingga dia tidak sedar bila dia terlelap.

Bab kali ni di upload khas untuk mendera hati readers
Biar korang carut2 sendiri and buat spekulasi sendiri.

Btw, teruskan vote ye..
Muuacch 😘 .. cayang korang.

SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)Where stories live. Discover now