Sewaktu malam itu Senrose lekas menyiapkan dirinya ,dia ingin pergi membeli bajunya yang baru ketika dia berkerja sebagai maid nanti .Tetapi bagaimana dia ingin beli baju? .Bukan, maksud dia pakaian yang bagaimana dia hendak beli? .
"HA! aku ada idea" kata Senrose pada dirinya sendiri sambil dia memetikkan jarinya dengan menggunakan jari hantu disatukan pada ibu jari dan ditolaknya sehingga menghasilkan bunyi. Tik!
"Apa gunanya ada kawan betul tak? "kata Senrose sambil tersenyum bangga.Lekas kakinya berlari menuju ke ruang tamu.
"WEI!" Jerit Senrose,sehingga terkejut Salwa dan Tiara.
"OH, POCOT!!" latah Salwa dan Tiara serentak.Sebelum kedua-dua mreka menjeling ke arah Senrose.
"Ish! engkau dah kenapa?"geram Tiara dibuatnya.
"Entah!"sokong Salwa sambil menjelingkan matanya tanda meluwat dengan apa yang Senrose buat tadi.Muka dia macam nak tendang si Senrose je.
Senrose hanya tersengih sambil kakinya menuju melangkah ke arah rakanya itu.
"Beb! korang kawan aku kan?" soal Senrose sambil memeluk tangan kiri Salwa.Sempat kepalanya direbahkan ke bahu Salwa itu.
"Apa ke bodoh soalan kau ni!"geram Tiara sambil berkerut dahinya.
"Entah!" sokong Salwa sambil menjongketkan bahu kirinya ke atas, automatik kepala Senrose terangkat sekali.
"Taklah,aku tanya aje.Kalau betul korang kawan aku,mesti korang akan tolong aku kan?" kata Senrose sambil memuncungkan bibirnya kedepan.
"Soalan kau macam sebelum ni aku dengan Sal,tak pernah tolong kau kan?" balas Tiara.Kalau tak dikenangkan siapa Senrose ,mesti Tiara dah tampar pipi Senrose sampai bengkak agaknya.
" Engkau ,orang nak tengok movie time nilah kau nak bertanya soalan merepek kau tukan? macam tak ada hari lain" kata Salwa.
" Ish!! jawablah..korang akan tolong aku kan?"kata Senrose.Dirinya seperti budak kecil tidak dapat apa yang dia nak .Tapi memang pun.Cuma Senrose versi dewasa.
" Iyelah!! Senrose oi!! kalau tak ,tak adanya kami ni nak tolong kau yang tak terbilang pertolongan kami ni dekat kau tu ,ha!!" balas Tiara.
" Cantik! kalau macam tu jom!! Teman aku pergi shopping"kata Senrose sambil menarik tangan salwa ,sesekali dia manarik tangan Tiara pula.
:Ha?! sekarang?"kata Tiara sambil merengek .
"Why sekarang?!" merengek Salwa juga,mereka sudah seperti kucing yang sudah malas ingin berdiri sahaja.
"Eh! tadi kata kawan? kawan kenalah teman kawan" kata Senrose sambil menarik tangan Salwa.
Tiara dan salwa ,nak tak nak kena turuti juga.Kehendak kawan katakan.
Mereka bertiga sudah siap sedia ingin berangkat.Mereka menuju ke Mall berdekatan sahaja ,melihat jam pun sudah lewat.Lagi beberapa jam sahaja Mall akan tutup dan akan dibuka keesokkan hari pula.
Malam ni Senrose tidur dirumah rakannya sengaja dia meninggalkan rumahnya setelah dia pasang pelbagai perangkap dirumahnya ,esok-esok jika orang itu datang lagi memang cari nahaslah dengan perangkap yang dipasang oleh Senrose itulah jawabnya.
____________________________________
"Amacam baju ni okey tak?" soal Senrose sambil memandankan baju T-shirt hitam bercorakkan gambar tengkorak itu. Sempat dia berpusing-pusingkan badannya,biar nampak dirinya bergaya dengan baju itu sambil menunjukkan badannya itu sesuai sungguh baju itu dengan tubuhnya.
Tiara dan salwa sudah bertepuk dahi, sempat Tiara mengeleng-gelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.
"SENROSE!" sergah Salwa ,dari duduk terus dia berdiri sambil mencekak pinggang.Berkerut dahi Senrosee.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
ActionLeader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...