Semakin dekat lelaki itu semakin Senrose dapat rasakan nafasnya semakin berat untuk disedut. Dengan senyuman lelaki itu makin lama makin hampir dengan Lily. Jakfeer yang aneh dengan tingkah Lily yang serta-merta berwajah pucat apabila melihat lelaki itu menghampiri nya, lekas dia menolak sedikit bahu Lily.Sekadar menyedarkan Senrose dengan situasi sekarang ini.
"Lily?kau dah kenapa? kau kenal ke?"tanya Jakfeer yang masih memandang lelaki yang masih menuju ke arah mereka itu.Sekejap dia memandang pula ke arah Senrose yang masih berdiri tegak seperti patung.
"Entah!"jawab sepatah Lily sambil matanya masih memandang kehadiran lelaki itu.
'Apa.Aku.Nak.Buat.Niiii?!!'terjerit-jerit hati Senrose berkata.Otaknya ligat berputar sedaya-upaya berfikir apa yang harus dia lakukan ,sekarang.
"jom!!"kata Lily sambil membalas genggaman erat tangan Jakfeer dan menarik tangan Jakfeer mengikut langkahnya.Senrose berlarikan dirinya sambil membawa Jakfeer sekali.
Jakfeer yang tidak tahu apa-apa hanya mengikutkan saja.Kakinya entah kenapa hanya mengikut larian Lily itu.
Berkerut dahi Jakfeer,cuba untuk memahami apa yang sedang berlaku.Sehingga Lily tertiba berhenti disatu tempat,agak jauh dengan tempat yang mereka duduk tadi.
"Lily! kau ni dah kenapa?"soal Jakfeer yang termengah-mengah kepenatan berlari tadi.
'Boleh tahan juga dia ni berlari.Laju betul.' bisik hati Jakfeer sambil mencuri-curi nafasnya.Dia terasa ingin muntah, apabila perutnya yang kosong itu tertiba berlari laju dengan jarak sikit tak jauh dengan tempatnya tadi. Mulalah rasa mual di tekak.
"Eh! awak patut bersyukur tau saya bawa awak berlari ni.Kita kenalah amalkan gaya hidup sihat macam ni ,barulah tubuh badan kita ni sihat"balas Lily. Sambil matanya terlari-lari mencari lelaki tadi, berharap hilanglah lelaki tadi dari pandangan mereka.
'Nasib baik,sempat. Amal gaya sihatlah sangat.Padahal aku nak lari dari si Roy tu'sempat hatinya berbisik. Senrose juga termengah-mengah jadinya,sempat matanya tercari-cari lelaki tadi.Nasib sudah tiada.
"Kepala otak ,kau!.Tengah-tengah malam ni, ada masa pula aku nak bergaya sihat pun!"balas Jakfeer sambil tangannya dinaikkan dan dilikunya kepala Lily.
"Yang kau lari tadi dah kenapa?eh kau kenalkan lelaki tadi.Dia siapa?. Kau larikan diri dari dia ke?" Soal Jakfeer. Ada nada cemburu disitu.
'Ex dia ke yang berlari sampai tak cukup tanah ni..'bisik hati Jakfeer.Entah kenapa dia terasa hatinya seperti pedih apabila mengenangkan lelaki tadi jika pernah bertahta di hati Senrose.
"Aduhh!! awak ni dah kenapa?eh! awak tahu tak, awak kena berterima kasih pada saya. yelah! kalau tak disebabkan saya bawa awak larikan diri tadi, entah-entah awak dah kena belasah dengan ex saya tu,tau. Dia tu kalau belasah orang,mana ingat dunia" kata Lily sambil berwajahkan muka yakin, cuba yakinkan Jakfeer, jangan main-main dengan lelaki tadi. Roy,lelaki yang menyukainya tetapi secebis hama pun dia tak pernah mempunyai perasaan cinta terhadap mana-mana lelaki .Kerana dirinya telah terlatih menjadi hati batu,hati kental,tidak mempunyai perasaan yang boleh memusnahkan dirinya sebagai seorang mafia.Tapi kalau dia tegur sekali pun Roy ,tak ke masak dia nanti.Yelah dia masih dalam identiti apa sebenarnya.
"Muka macam kau ada ex ke?patutlah jadi ex"kata Jakfeer sambil tersengih-sengih.
Tergamam Lily dibuatnya,seketika sesaat nafasnya seperti terhenti sekejap mendengar kata Jakfeer itu. Tambah membara hatinya pada si Jakfeer itu.
"Apa awak cakap?! eh ,muka saya ni lebih heloklah nak dibandingkan muka awak yang tak siap tu.Kalau nak bezakan dengan longkang,longkang lebih elok laa!" sergah Lily sambil membuatkan muka serius dan bengang pada Jakfeer.
YOU ARE READING
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
ActionLeader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...