Dunia yang dia rasakan yang mungkin tidak lagi dia rasakan, telah pun mampu dia melihat dengan jelas sekarang. Ya, setelah sekian lama kini dia sedar tetapi sedikit sebanyak ingatannya tidak beberapa pulih dengan baik.
Senrose meraba-raba tubuhnya, tapi tatkala dia meraba di bahagian perut. Tangannya terhenti seketika.
Eh, kenapa macam pelik je ni.
Perutnya kempis, serta merta matanya terasa segar dan bulat besar. Senrose terkejut. Setahunya, perutnya buncit sedikit kerana dirinya mengandung.
Wajahnya berkerut, tangannya masih meraba-raba di bahagia perut. Ya! perutnya sudah rata. Senrose sudah tidak sedap hati dan tak senang duduk.
TAK!
TAK MUNGKIN!
Kepalanya sudah memikirkan macam-macam andaian. Tak mungkin anaknya sudah tiada. Apabila mengingatkan perutnya sudah kempis, makin kuat firasat dia menyatakan andaiannya benar. Membuatkan hatinya terasa himpit dan sukar untuk bernafas.
Dia menjerit dan menangis sekuatnya, kerana hatinya sakit.. Sakit anaknya sudah tiada.
"Arhhhh!!!!!"
Suara serak menjerit kuat bergema di bilik rawatan itu.
Terkejut Jakfeer yang terlelap di atas sofa tidak jauh dari katil pesakit itu.
berlari dia mendapatkan isterinya yang sudah terduduk diatas katil itu, sambil mengosok-gosok dibahagian perutnya dan meronta-ronta, sehingga batal diatas katil tercampak jatuh ke bawah katil.
"Tak! tak mungkin!"
"Sayang..."
Jakfeer bagaikan sudah jangka apa yang sedang berlaku.
"Abang!" Panggil Senrose yang sudah banjir kelopak matanya dengan air mata yang tunggu masa akan jatuh sahaja.
" Sayang..."
"Mana...mana anak kita.." Senrose sudah menjadi gelisah, sambil mengapai-gapai tubuh Jakfeer untuk dekat dengan dia.
Dia mahu tahu tapi kalau boleh dia tak nak tahu, dia tak nak dengar yang... yang anaknya sebenarnya sudah pergi. Tak. Biarlah khabar yang akan dia dapat ini bahawa anaknya masih ada. Tolonglah.
"Sayang..sayang..kena kuat..Aaa.. Abang minta maaf, sayang" Acuh tak acuh sahaja Jakfeer hendak beritahu. Tak mampu melihat Senrose tidak kuat apabila mendengar khabar ini, tapi Senrose sebagai emak dia perlu tahu walaupun sakit untuk dia terima.
"Tak..."
Senrose sudah lemah, matanya kuyu memandang bawah. Dia sempat melepaskan pengangnya dari Jakfeer.
Hatinya terasa himpit sangat, sesak di dadanya hendak menerima semua itu. Sehingga dia terpaksa mengeluarkan suaranya untuk bernafas. Tetapi turut tangisan nya bergama di ruang bilik itu.
"ARHHHH.....!!"
Jeritan dan tangisan memenuhi ruang itu.
Jakfeer cuba memeluk tubuh kecil itu, memujuk untuk bertenang. Sebagai suami yang turut ke hilang anaknya juga. Dia perlu lebih kuat dari isterinya yang kandung zuriat nya itu. Kerana dia tahu, isteri lah yang lebih sakit kehilangan kandungan yang selama ini dia menjaga untuk melahirkan zuriat suaminya.
Jika itu pergi. Rasa sesal, menyesal dan kecewa akan lebih pada diri sendiri kerana tidak mampu menjaga zuriat yang dikandung dengan selamat. Tetapi itu semua adalah takdir.
Tak ada manusia pun yang ingin benda buruk berlaku. Jika mereka tahu lebih awal mungkin mereka mampu untuk mengelak. Walaupun itu maut.
Senrose menangis di dada Jakfeer sehingga kepenatan. Wajahnya pucat kemerahan kerana menangis tidak henti membuatkan Jakfeer turut merasa sakit.
Pintu bilik itu ditolak, menunjuk bahawa ada seseorang ingin masuk ke bilik itu. Jakfeer sudah merenung tajam pasal sodok tubuh itu.
"Macam mana dengan dia?"
BERSAMBUNG..
"Aku gagal, aku gagal menjadi suami dia untuk lindungi dia dan jaga dia" ~ Jakfeer
"Aku turut simpati atas, apa yang menimpa terhadap kau dan Senrose. Korang ambil lah masa. Biar aku dan yang lain jaga Group"
"Sayang.. Sayang makan lah sikit"
"Kau tak faham bahasa ke?! Aku tak nak makan. Anak aku dah mati!"
"Senrose aku faham perasaan kau. Tapi kau kena ingat. Itu bukan anak engkau seorang. Kau ada suami iaitu bapa kepada anak engkau juga. Engkau rasa dia tak rasa sakit juga ke, kehilangan anak dia juga?"
JGN LUPA KOMEN DAN VOTE..

ANDA SEDANG MEMBACA
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
ActionLeader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...