Senrose yang baru ingin keluar dari tandas bilik hotel itu terhenti apabila Jakfeer yang datang entah dari mana muncul dihadapannya dengan renungan yang tepat ke dalam matanya.
Pelik Senrose melihat renungan yang serius itu.Berkerut dahinya.
"Awak dah kenapa?"soal Senrose tersengih-sengih melihat keanehan tingkah Jakfeer itu yang sudah semakin hampir ke depan dekat dengannya.Di dalam fikiran Senrose mungkin Jakfeer sekadar ingin bergurau untuk melihat Senrose gabra atau tidak. Tak mungkin Jakfeer ingin buat yang bukan-bukan, kannnn?.
Senrose sudah semakin lama semakin kebelakang sehingga dia kembali masuk ke dalam tandas.Senrose terus melangkah mengundur kebelakang sehingga tiada jalan mengundur lagi untuk dia melangkah ke belakang apabila dia sudah terlanggar dinding dibelakang tubuhnya itu yang membuatkan dia terhenti langkahnya,tetapi bukan terhenti bagi Jakfeer yang terus melangkah kedepan sehingga tubuhnya sudah rapat dengan Senrose.Tiada seinci pun jarak mereka.
Senrose dapat rasakan nafas tenang Jakfeer yang keluar itu,berbanding pula dengan dirinya yang sudah bernafas guna mulut kerana dia rasakan pernafasan guna hidung seperti tidak cukup pula oksigen.Tercunggap-cunggap Senrose mencuri nafas.Laju pula jantungnya sehingga meresahkan diri Senrose sekarang.
Berkelip-kelip mata Senrose apabila memandang renungan tajam Jakfeer yang sudah betul-betul dihadapannya itu.Kepalanya sudah sedikit mendongak memandang tepat ke wajah Jakfeer yang tinggi sedikit darinya itu.Jelas Sernose dapat lihat mata Jakfeer merenung matanya sekejap ke arah bibirnya,membuatkan dirinya makin gelisah.
"A...aa...awak dah ..ke..kenapa?"tergagap-gagap Senrose dibuatnya.Wajahnya jelas keresahan.Tubuhnya sudah ditahan ke dinding.Kalau boleh mengundur lagi biarlah sehingga dinding ni tembus tubuhnya pun tak apa.Asalkan Jakfeer jauh sedikit.Tapi kini betul-betul dihadapannya.Bukan itu sahaja,Jakfeer sudah mengangkat tangannya menahan kiri dan kanan tubuh Senrose.Membuatkan Senrose sudah terperangkap ditengah-tengah.Tiada jalan lain.
Membuatkan Senrose semakin resah.Tiba-tiba Jakfeer tersenyum sinis.Jakfeer mendekatkan pula wajahnya ke wajah Senrose perlahan-lahan.Kalau tadi Senrose terasa nak tembus dinding tubuhnya,tapi sekarang dia terasa ingin ghaib terus.Tidak pun biar jelah wajahnya yang tertembus dinding itu.Jelas terasa dibibir Senrose nafas Jakfeer dihembus dibibirnya.Bibir Jakfeer kini makin dekat dengan bibirnya.Mata Jakfeer sudah dipejamkan.Tetapi Senrose matanya dibulatkan .Sebelum dia turut menutup matanya dengan rapatnya.Seperti memaksa matanya tutup agar tidak nampak apa yang berlaku.
'Dia...dia nak cium aku ke?!'hati Senrose sudah terjerit-jerit.
"Jakfeer..."
Bulat terus mata Senrose memandang tepat ke hadapannya.Dia melihat bibir Jakfeer yang sudah seinci dengan bibirnya.Tetapi Jakfeer sudah menghentikan gerakkannya lalu dia membuka semula matanya yang sekali gus memandang tepat ke mata Senrose.Jakfeer menjauhkan dirinya dari Senrose yang sudah terpinga-pinga.Jakfeer keluar dari bilik tandas itu.
Senrose kembali tersedar bahawa ada satu suara yang memanggil Jakfeer tadi.Jelas dipendengarannya bahawa suara itu ialah Puan Hany Wulan.Senrose pasti suara itu datang dari luar bilik tu.Senrose pula keluar dari bilik hotelnya itu.
Senrose yang masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
"Kak!"satu suara memanggilnya dari belakang.Senrose menoleh.Rupanya Johan yang terlari-lari menuju ke arahnya.
"Kenapa?"soal Senrose apabila Johan sudah dekat dengan dia.
"Ada orang nak jumpa dia cakap nama dia...ermm apa aik.Hah!! Sarah!"kata Johan.
Kata-kata Johan itu telah merubahkan wajah Senrose dari blur terus tersedar dan menjadi serius.
Johan hanya membiarkan dan kembali ke dewan meninggalkan Senrose dibelakang.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
ActionLeader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...