Berkumat-kamit mulut Bella bercerita.Dayang yang mendengar,sekejap wajahnya terkejut sekejap dia bertanya .Wajahnya kelihatan dalam kerisauan dan kadang wajahnya dalam keadaan memikirkan sesuatu.Akhirnya mereka sama-sama berdiam sebelum Dayang kembali bicara dan Bella pula yang berbicara.
________"Kau dah makan"soal Salwa .
"Dah"jawab Senrose sepatah.
"kau dah mandi?"
"dah"
"kau tidur jam berapa semalam?"
"Sepuluh"
"kau rasa lebih baik ke sekarang sakit tu?"
"ya"
"kau ok?"
"ok"
"emosi sekarang apa?"
"happy"jawab Senrose dari wajah slumber betukar ke tersenyum-senyum.
"kau dah makan ubat?"soalan Salwa membuatkan perubahan wajah Snerose ke masam bercuka.Senrose diam seketika dan membalas.
"tak!"balas Senrose sambil matanya yang tertumpu pada televisyen beralih ke wajah Salwa yang serius memandangnya.
"Engkau kalau nak mampus! Kalu kau nak mampus, cakap siap-siap aku boleh gali kubur.Tak perlu bawa kau pergi hopital tak payah nak paksa makan ubat .Lepas tu nak kena masuk wad apa semua tak payah! terus masuk kubur je ,Senang!"balas Salwa sambil menggeledah kabinat almari didapur itu.
"oi! kasarnya bahasa!.alaaa, Wa.Kau macam tak kenal aku,aku bukan macam kau ubat tak pernah tak patuh tak makan.Aku kan pembenci ubat-ubatan.Kau cari apa tu?"pelik dia melihat Slawa yang terjengket-jengket sambil meraba-raba tangannya kedalam almari itu.
"Cari ubat kau lah,sengal!,tanya lagi"balas Salwa yang sudah bengang dengan sikap Senrose.Kalau dapat ubat,disuruhnya makan pantas sungguh awal-awal dia menyembunyikan ubatnya itu.
"oh!,aku dah buang"jawab Senrose dengan wajah slumber badak dan tersengih-sengih,sunggguh tidak rasa bersalah atau teragak-agak menjawab.
Salwa sudah menurunkan kakinya dari terjengket itu.Matanya tajam merenung pada Senrose.Dadanya sudah turun naik turun naik,marah dengan sifat Senrose.Terkejut dia dengan respon dari Senrose.
"Engkau!! sungguh menguji kesabaran aku"kata Salwa sambil kepalanya digeleng-geleng kiri dan kanan ,sempat tangannya mencapai telefonnya didalam handbegnya itu diatas meja makan .Sempat Salwa menghembus nafas beratnya.Cuba menenangkan hatinya.
"Kau kalau tak sakit selalu tak apa,ini kerap sakit!.Mesti ada je cedera parah kau!.Lepas tu kau tak makan ubat,kau ingin kau kebal ke,?Hah?! Badang?! superman?! spiderman?!! ha?!"dirinya sudah membahang dengan sikap Senrose itu.
Sedangkan Senrose hanya membuat muka slumber dan terus mengunyah jajan sambil menonton televisen.
Jari Salwa cepat sahaja menekan-nekan di skrin telefon itu.Sebelum Salwa meletakkan semula telefonnya kedalam handbeg itu,semula.Sempat dia tersenyum sinis pada Senrose yang masih ralit menonton televisyen itu,Suka betul dia melayan movie seram itu.Sehingga rakannya itu sudah merenungnya dengan pandangan sinis dan sekejap tersengih-sengih itu.Tidak lama beberapa kemudian ,Tiara pulang.Mata Tiara bertembung dengan pandangan Salwa sebelum mereka sama-sama memandang Senrose dan memandang sesama sendiri sebelum tersengih-sengih.
"Rose!.Aku ada beli pizza dalam kereta,tolong ambilkan"kata Tiara.Mendengar sahaja perkataan 'Pizza'kakinya lekas menuju ke arah kereta milik Tiara di luar rumahnya itu.Rumah mereka mempunyai dua tingkap dan tidak dihiasi terlalu banyak barang atau perabot,hanya yang mana penting sahaja.Contohnya,sofa dan beberapa almari yang memang wajib berada didalam rumah atau diluar,bak kata orang rumah bujang katakan.Itu sebab ,mengapa rumah mereka simple sahaja,tidak terlalu meriah atau dekorasi pelbagai barang.
Melihat Senrose pergi ,mereka berdua memulakan rancangan mereka.Berlari -lari mereka didalam dapur itu,seketika kemudian Senrose yang masuk itu terus terkejut apabila tiba-tiba..
"suprise!!!!"Jerit Talia dan Salwa sambil menuju ke arah Snerose dengan sebuah kek yang dihiasi bunga black rose tiruan yang hanya dibuat dari cream sahaja dan ada perkataan diatas kek itu.Iaitu HAPPY BRITHDAY ,SENROSE. KE-24 ,yang betulnya.Biasalah umur lebih cepat dari umur sebenar kelahiran.Senrose sungguh terkejut,dia hampir lupa tentang hari lahirnya sendiri.
"WAH!!!"jerit Senrose sambil terlompat-lompat itu. Pizza didalam kotak yang dipegangangnya turut terikut ke atas dan kebawah apabila dia melompat-lompat. Tiara yang melihat bergegas memberikan kek sepenuhnya pada Salwa untuk dipegang dan tangannya pantas mengambil pizza itu dari Senrose dan diletakkan ke atas meja .
Salwa yang sudah agak dengan kelakuan Tiara terus membawa kek itu ke Senrose dan menyanyikan lagu pada Senrose,mereka sudah tahu. Bukan Senrose lah kalau tidak melompat-lompat apabila dia gembira dan teruja.
"Happy birthday to you ,happy birthday to you.Happy birthday ,happy birthday happy birthday to ,SENROSE!!"jerit Tiara dan Salwa dihujung nyanyian mereka itu,iaitu apabila menyebut nama Senrose.
Terkejut Senrose lagi,apabila mendengar namanya dijerit,bukan sahaja Tiara dan Salwa,tetapi dengan orang-orang dibelakang dia.Rupanya rakan sekerjanya sekumpulan konco Ryan juga turut berada disitu.
Rupanya hanya orang penting didalam kumpulan itu sahaja dan orang atasan sahaja.Contohnya,Ryan, Soffya, Danish, Daniel,Sarah ,Kyra dan orang kiri dan kanan mereka turut berada disitu.
Senrose sudah tersenyum-senyum melihat dipintu rumahnya disinggahi oleh mereka.Sempat dia meniup lilin diatas keknya itu.Sebelum dia tertawa manis ,apabila mendengar dan melihat mereka disekelilingnya ada yang menjerit dan bersorak padanya.Sudah lama dia tidak meraikan hari kelahirannya,selepas dia menyertai dunia itu.Tetapi dia juga tidak sangka yang Ryan turut serta.
"Wah!!!,korang pun ada"kata Senrose pada kumpulannya itu.
"Kawan kau yang jemput kami,katanya tidak meriahlah kalau tidak ramai orang.Yelah selain kami,siapa je kau ada lagi"kata Ryan,sambil memandang pada senrose yang tiba-tiba berwajah sedih itu.
"ish! Sayang why you so rude?! Aih..Rose,jom kita makan kek!.Oh! sebelum I lupa,this is for you"kata Soffya sambil mengeluarkan sebuah kotak hadiah dari belakang tubuhnya,apabila hadiah Soffya keluar kesemua konco mereka termasuk rakannya yang empat orang itu turut mengeluarkan hadiah masing-masing serentak dengan Soffya.Terkejut Senrose,banyak sungguh hadiah dihadapannya dihulur oleh mereka itu.Ryan yang melihat saja Soffya mengeluarkan hadiah dia juga lekas mengeluarkan hadiah juga dan menghulurkan pada Senrose.
Senrose yang teruja,mencapai hadiah dari Ryan dahulu walaupun Ryan orang terakhir yang menghulur.Yelah,King of the group ,kalau ambil orang lain punya mau makan dalam lelaki itu kang.Setelah itu dia mengambil pula hadiah dari Soffya dan seterusnya empat rakan sama level dengannya itu iaitu,Danish,Daniel,Sarah dan Kyra itu dan barulah konco-konco belakang kiri dan kanan mereka itu.Sungguh meriah dan gembira parti sambutan hari lahir Senrose itu.
______Rupanya disebalik , kegembiraan itu dan keceriaan parti itu ada mata yang memerhati ke arah mereka semua dengan pandangan yang tajam.
"Sebenarnya,boss.Kenapa kau nak sangat tahu pasal perempan tu?"kata konco itu,matanya masih meneliti gerak geri semua orang disitu,walaupun berpakaian bersahaja biasa-biasa dan beramah mesra seperti tiada pangkatan atau jawatan disebalik identiti diantara mereka semua,tetapi dia cukup tahu siapa mereka sebenarnya.
"Kau jadi mata aku ,kau jadi telinga aku bukan kesemua aku punya kau pun jadi ,faham?!. Kerja kau mudah.Kau cuma jaga dia dari jauh dan laporkan pada aku, itu sahaja"balas suara disebalik talian itu.
"faham boss"balas dia sambil melarikan matanya ke atas,sekejap ke tepi dan sekejap memejamkan matanya.Teras sedikit dengan kata bossnya itu.Seolah-olah dia pula yang beria.
Tiba-tiba pandangan Ryan beralih tepat dengan pantas pantas merenung pada lelaki yang sedang meneliti mereka semua itu.Ryan sempat memandang semasa lelaki itu melarikan pandangannya semasa berbual dengan bossnya itu. Sempat Ryan mengukir bibir sinis sebelum dia menyambung berbual dengan konconya itu dan mengembalikan pandangannya pada mereka semua.
Ryan tahu akan kehadiran lelaki itu,kerana sering kali dia dapat rasakan ada yang tidak kena sahaja.Kali ini cuma dia lebih jelas memerhati sosok tubuh itu.Manakala ,lelaki itu pula yang tidak perasan dengan pandangan Ryan dia lekas pergi meninggalkan semua itu dan menuju ke keretanya.
Siapalah agaknya lelaki itu?
BERSAMBUNG

ANDA SEDANG MEMBACA
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
ActionLeader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...