Bab 29

47 4 0
                                    

Tergesa-gesa Senrose membawa kereta menuju ke rumah. Hatinya semakin risau apabila melihat jam.

'Mampus aku,lebih tiga jam aku keluar.Tak pasal-pasal nanti dia tanya.Aku pergi mana?,hah, sudah! aku nak jawab apa ni?!'berulang kali bisikkan itu bermain di dalam hatinya.

Sampai sahaja dihadapan pintu rumah itu,Senrose sudah seperti perompak.Berjalan terjongket-jongket dengan perlahan sehingga menuju ke tangga.Terasa lega hatinya apabila dia sudah sampai dihadapan pintu biliknya.

Buka sahaja pintu bilik, mahu gugur jantungnya apabila Jakfeer yang sudah tidak berbaju dan berseluar pendek itu berdiri tegak di hadapan nya. Senrose cuba belagak tenang, menyembunyikan keadaan yang sudah cemas sekarang.

"Awak dah kenapa berdiri tegak ni? malam-malam buta nak nyanyi lagu negaraku pun tunggulah esok"kata Senrose sambil melangkah masuk dengan slumbernya dengan pura-pura tenang. Senrose menuju ke meja solek. Membersihkan wajahnya ,memadamkan makeup itu. Sedangkan dari ekor matanya dia dapat melihat wajah ketat Jakfeer itu. Tambahan dengan jelas wajah Jakfeer di pantulan cermin makeup nya.

Jakfeer hanya memandang tidak berkelip merenung isterinya itu.

"Awak pergi mana? "kata Jakfeer dengan suara yang sudah memberikan getaran pada suara Senrose itu.Tidak pernah dia menjadi sebegitu tetapi jika Jakfeer sahaja pasti dia menjadi sebegitu.Pelik dia dengan diri sendiri.

"Saa.... saya pergi... pergi bawah"sudah tertelan air liur Senrose dibuatnya.

"Awak buat apa?"soal Jakfeer lagi.Kakinya melangkah perlahan-lahan menuju ke belakang Senrose.Dari pantulan Senrose dapat melihat wajah Jakfeer yang sudah serius memandangnya seperti mahu sahaja menelan dia.

Senrose terlari-lari matanya,asalkan tidak bertembung mata dengan Jakfeer.

"Minum air lah! saya dah haus tau"balas Senrose ,dia bangun .Berlari pula menuju ke bilik air.

" Tak kan awak pergi minum air dekat tingkah bawah pun, pakai baju macam nak pergi keluar? "

Terhenti seketika langkah Senrose sebelum dia menyambung langkahnya.

"Saya kan tadi sengaja pakai pakaian macam ni sebab ni kan baju baru" entah mana idea itu datang dia hanya sembur je cakap, supaya ada la alasan untuk Jakfeer.

Jakfeer mengikut langkah larian anak Senrose itu.Baru Senrose ingin menutup pintu Jakfeer sudah menahan pintu itu dari ditutup.Terkejut Senrose apabila melihat tangan Jakfeer pantas menahan pintu itu.

"A...awak dah kenapa ni? saya nak membuanglah..tak tahan tau tak?"kata Senrose tersekat-sekat.Hatinya sudah semakin gelisah.

"Takkan minum air pun nak kena pakai makeup?"soal Jakfeer.Soalan itu sungguh membuat Senrose tercengang.MAMPUS!!

"Ish! dah lah,saya nak mandi ni.Kacau jelah!"kata Senrose sambil menolak tubuh Jakfeer itu kebelakang.Jakfeer yang tidak dapat menahan seimbang turut kebelakang dengan tolakkan itu.

Senrose melihat tangannya,buat kali kedua dia merasa sentuhan dada Jakfeer itu.Entah kenapa hatinya terasa berbunga dan perlahan-lahan Senrose tersenyum.Terasa gembira dia tidak sangka dia dapat merasa apa itu Cinta.

______________________________________

"Hello? sudah tiba masanya dia tahu semuanya.Dia dah mula nak buka kes lama"suara itu seperti Salwa.Salwa yang sedang berdiri dibalkoni sambil menikmati pemandangan malam itu.

"Tak boleh selagi dia masih dengan si jahanam itu aku tak boleh bertindak nanti mampus aku.Aku nak kau yang tolong buatkan kerja untuk aku"

"apa dia?" soal Salwa sambil berkerut dahinya.

BERSAMBUNG.

#JGN LUPA VOTE,KOMEN AND FOLLOW MY ACC

#JIKA ADA TYPO JGN SEGAN UNTUK BERITAHU,JGN KECAM SUDAHLAH

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang