Satu meja yang diletakkan disudut dinding itu,Senrose membuka sebuah laci pada meja itu.Lalu dia mencapai sesuatu dan membelek benda itu.
Sebilah pisau samurai pendek dikeluarkan dari sarungnya,sungguh tajam .Di mata pisau itu mempunyai ukiran yang bergambarkan seekor naga yang melingkari disekuntum bunga rose.Tersenyum Senrose melihat ukiran itu,sungguh cantik sekali dan kemas.Menarik hatinya.
Sewaktu Steven datang ke rumahnya, Steven memberikan Senrose pisau samurai itu yang berwarna merah semerah darah pekat hitam dan bersarung bewarna hitam .Sebagai hadiah.
"Nah,Beybeh baru kau"Kata Steven sambil menghulurkan hadiah itu.
"For your birthday yang aku tak sempat datang tu ,yelah masa tukan aku sedang pengsan seminggu"Kata Steven lagi sambil tersengih-sengih.
Soalan difikirannya sudah terjawab mengapa Steven ingin memberikan dia pisau samurai ini,rupanya sebagai hadiah lahirnya yang kemarin.
"Ohh"panjang Senrose membalas sambil tangannya mencapai huluran Steven itu.
Senrose membelek-belek pisau itu sungguh cantik.Setelah mengeluarkan pisau itu dari sarungnya. Senrose bertambah kagum dengan keunikan dan kecantikan pisau samurai itu ,kerana ukiran dipisau itu dan warna pisau itu.Sungguh menawan.
Tiba-tiba otaknya muncul satu soalan.
"Kenapa kau hadiahkan aku pisau samurai ? akukan memang dah banyak pisau samurai.Kalau kau hadiahkan aku Poisonous weapons takpelah juga.."kata Senrose, jari-jemarinya ligat bermain di mata tajam pisau itu sesekali dia cuba menghiris jarinya.sekali lalu sahaja jarinya sudah mengalir darah yang banyak.Terus dia meletakkan pisau itu dan mencapai kain sapu tangannya dan mengelap darahnya yang ligat mengalir itu .Tingkahnya sungguh tenang,tidak panik sungguh.Sedangkan darahnya sudah menitis sehingga ada titisan jatuh ke seluarnya tetapi wajah Senrose tetap tenang meletakkan pisau itu perlahan-lahan .
Steven yang melihat sudah terdiam terkaku,sungguh kagum dia melihat Senrose yang berhati kering.Luka macam mana pun dia tetap tenang dan terkawal ,tidak panik dan gelabah.
Benar apa yang dikatakan orang dalam kumpulan mereka yang Senrose dan darah memang sehati sejiwa,tidak seperti orang lain jika bermain pisau.Terluka sedikit pasti akan berhati-hati tetapi tidak pada Senrose,dia makin suka bermain pisau lagi-lagi yang tajam .
"erm,aku suka"kata Senrose sambil memasukan pisau itu kedalam sarungnya dan meletakkan pisau itu ke atas meja didepan mereka berdua itu .
Steven turut tersenyum.Dia sudah tahu yang Senrose akan menyukai pisau itu .Dia sudah bertanya kesemua konco Senrose pilihan bagaimana Senrose untuk menyukai sesuatu benda.
Kesemua konco Senrose menjawab,Senrose akan memilih sesuatu alat jika berwarna merah seakan merah darah bersama warna hitam .Selain itu , alat bercorak unik yang cantik atau bercorak bunga rose atau bercorak naga dan alat itu mestikan alat dia gemar mengguna bila melalukan 'kerja'.
Untuk Senrose menyukai hadiahnya Steven menempah sebilah pisau yang digabungan kesemua elemen itu.Berwarna merah darah bersama hitam dan bercorakkan naga bersama bunga rose.Walaupun mahal tetapi disebabkan dia pelanggan tetap oleh rakannya itu Steven mendapat diskaun yang lumayan.
Lamunan Senrose terhenti apabila pisau samurai ditangannya itu terhiris dijarinya sehingga jarinya terkeluar cecair darah pekat.
Cepat-cepat Senrose meletakkan pisau itu didalam laci semula dan dia memasukkan jari yang berdarah tadi ke dalam mulutnya,lalu jari itu dihisapnya bersama darah tadi.Itulah kesukakannya apabila jarinya terluka ,lagi-lagi jika baru sahaja terluka.Kerap juga dia akan menghisap sehingga tiada darah yang mengalir.Jika luka itu teruk ,tidak lah dia hisap .Dia akan mencari kain atau pembalut luka dan membalut luka itu,tetapi lain pada luka kecil seperti ini.Dia akan menjadi vampire jadinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/313368777-288-k739321.jpg)
YOU ARE READING
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
ActionLeader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...