Bab 16

56 4 0
                                    


"Kenapa kau ,syak wangsaka macam tu?"Soal Senrose.Keningnya bercantum dan kening sebelah diangkatnya.

"Kalau bukan dari cerita budak kita pun,aku dah syak lama dah"balas Steven dengan wajah tiada perasaaan.

"Cerita apa?"

"Budak kita cakap diaorang tahu segala pergerakan kita.Diaorang tahu Rose,yang kau ialah maid yang bekerja di rumah vila itu dan diaorang tahu juga segalanya tentang kumpulan kita.Kau cuba bayangkan ,macam mana diaorang tahu tentang Rio dan Jo yang menjadi mata-mata sedangkan diaorang bukan selalu tunjuk muka dengan kita.Boleh kira pakai jarilah kalau diaorang ada waktu meeting besar kita.Hanya orang tertentu tahu kewujudan mereka dalam group kita,kan?.Kau tak pelik ke?"cerita Steven dengn penuh keyakinan,dia kelihatan memang tidak puas hati tentang hal ini.Seolah-olah dia memang geram dengan si dalang itu.

"Macam mana kau tahu semua ni? siapa budak kita yang cerita tu?"soal Senrose .

"Raja,budak bawah Jijiy .Jijiy iaitu budak kanan Kyra. Dia beritahu aku kesemuanya.Aku mula-mula memang tak percaya,tapi bila Boy cakap yang dia ada terdengar juga berita ni,aku rasa ini bukan benda yang sepentas lalu punya berita.Ini adalah benar dan seperti sudah lama dirancang.Nampaknya diaorang dah lama target kita,tetapi hanya tunggu masa"balas Steven wajahnya dibawa keluar balkoni.Cuba meredakan kemarahan didalam hatinya.

Boy ialah rakan sekerja Steven.Mereka seperti belangkas ,meskipun mereka berdua tidak sama taraf kerana Boy hanya budak bawahannya tetapi disebabkan mereka terlalu rapat mereka seperti setaraf. Jijiy ,iaitu konco kanan Kyra.

"Kalau betul sekalipun semua ni,takkan aku nak tinggalkan undercover aku ?.Korang pun tahu,job ni paling besar dalam kumpulan kita. Aku esok dahlah nak kena masuk kerja penyamaran aku tu balik"kata Senrose,sambil otaknya masih memikir siapa yang boleh dia berikan tugasan ini.Konconya juga sedang jalankan tugas mencari maklumat tentang kenalan-kenalan Tuan Johari ini sambil itu mereka ada tugasan tersendiri.Tiba-tiba ,otak Senrose mendapat idea seperti ada sebuah mentol yang muncul tiba-tiba menyala di otaknya itu.

"Haaa!! aku ada idea.Apa kata setiap kumpulan perlu hantar wakil untuk cari siapa pembelot itu.Pasal orang yang perang dengan kita itu kemudian,Sebab tanpa pembelot ni mereka takkan tahu apa-apa lagi tentang kita.Faham?!"kata Senrose,dengan penuh yakin tentang idea nya ini.

"Baiklah! Kalau kau dah cakap macam tu.Macam semua orang tahu strategi kau memang menjadi.Jadi tak ada sebab untuk kami bantah.Nanti aku akakn sampaikan idea kau pada diaorang" balas Steven.

"Aku akan hantar Robert,memang dia tengah free sekarang.Maklumlah orang baru balik honeymoon. Kau tolong beritahu pada semua level 1, yang aku nak jumpa petang ni ,tak kira apa diaorang punya hal.Petang ni muka diaorang kena ada dekat sini,dah kau boleh berambus"arah Senrose,sambil memberi isyarat tangannya dengan gaya menghalu lalat sudah.

"Baiklah"Kata Steven dan berlalu pergi .Senrose hanya memandang bayangan Steven berlalu pergi sahaja.

Level 1,iaitu Senrose,Danish,Daniel,Sarah dan Kyra.Setiap mereka mempunyai konconya tersendiri,mereka haruslah ada pembantu kiri dan kanan ,a.k.a budak kiri kanan dan setiap budak kiri dan kanan harus miliki empat konco sahaja.

Memperkenalkan ,Kumpulan Senrose iaitu dibahagian budak kiri diketua oleh Robert.Robert mempunyai empat orang konco iaitu Tiger,Joker,Matdan dan Queen.Dibahagian budak kanan Senrose pula diketuai oleh Rudy dan konconya ialah Joker,Harley,Black dan Petter.

Mereka semua mempunyai misi tersendiri ,kebanyakkan mereka sedang menyelesaikan misi yang Senrose tertonggakkan kerana Ryan menyuruhnya menumpukan perhatian 100% pada misi Tuan Johari Zain ni.

Disebabkan Robert baru pulang dari cuti semalam ,dia telah memberikan kerja baharu kerana yang lain sibuk untuk menyelesaikan misi mereka.Ada yang menjadi mata-mata polis ada yang sedang menyamar untuk membunuh ketua kumpulan lain ada yang sedang menjatuhkan perniagaan dadah dan ganja kumpulan lain dan ada yang sedang berlakon untuk misi pembunuh upahan.

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang