"I'm so sorry, everyone. I can't hold this anymore" kata Senrose sambil melepaskan nafas berat. Tersenyum-senyum dia.
Tidak lama kemudian muncul Danish, Kyra, Sarah dan Steven dari semak di belakang Senrose bersama figura dan pasangan yang menyerang mereka tadi.
Datuk itu sudah tergamam. Figura itu dan pasangan itu dia cukup kenali. Masing-masing turut tergamam, wajah masing-masing sudah berkerut.
"I knew all this was going to happen. So I've been ready for a long time" kata Senrose tersenyum. Sempat dia duduk semua di kerusinya itu. Masing-masing hanya memandang nya.
"Nonno, sapevo che saresti venuto ad uccidermi" (Datuk, saya tahu awak akan datang bunuh saya). Sempat menenguk air di dalam gelas itu dia selepas Senrose berkata.
"Maaf. Saya dah tahu siapa awak semua dahulu" kata Senrose sambil memandang masing-masing, begitu juga Jakfeer.
"Apa sayang cakap ni.." kata Jakfeer. Dia bagaikan tidak mengenali Senrose sudah.
"Memori semasa kecil dulu bukan mudah untuk lupakan, Senrose masih ingat sebenarnya. Bukan Senrose sahaja yang terselamat waktu kebakaran. Uncle Ong dah ceritakan semuanya pada Senrose" kata Senrose.
"Unncle Ong?. Dia ada dengan kami Senrose" kata Sam sambil menjeling mata ke arah Senrose. Dia silap adik bongsu nya memang dikatakan orang, lebih ke depan dari orang lain. Dalam dia dia kagum dengan Senrose, mengingatkan itu buat dia tersenyum sedikit.
"Itu bukan Uncle Ong. Uncle Ong dah lama mati. Senrose sendiri yang bunuh dia.. Haahahahahaha" tawa Senrose.
Tergamam.
"Uncle Ong adalah punca kebakaran tersebut, abang. Dia adalah dalang, dia dengki dengan papa dahulu. Dia gunakan kita untuk musnahkan keluarga kita disini. Orang yang sama dengan korang adalah adik kembar seiras Uncle Ong. Betul-betul kembar sehingga sanggup susun strategi Bersama-sama untuk hancurkan hidup orang" kata Senrose.
"Apa kau cakap ni?" kata Dien,bengang jika dirinya dipergunakan. Malah dia terasa sakit hati apabila mendengar kata adiknya, dia paling rapat dengan Uncle Ong dia lebih kenal siapa lelaki tua itu.
"Iya. Kalau kau tak percaya tengoklah nanti. Dia mempergunakan korang untuk awasi dan ketuai kumpulan disini. Laga-lagakan korang dengan Datuk. Dalam masa yang sama Uncle Ong yang sebenar jaga aku, untuk menguatkan kumpulan disini supaya dia boleh buat aku bunuh korang dan ketuai kumpulani. Harta benda dia boleh ambil nanti.
Tapi dia silap. Aku terlebih belajar sehingga aku tahu rancangan dia. Aku berjaya, macam-macam aku lalui. Sehingga aku dapat tahu punca kebakaran yang telah bunuh mama dan papa dahulu.
Aku tak tunggu masa untuk aku bunuh dia. Setelah itu, aku dapat tahu dia ada adiknya disini yang menjaga korang. Dia buat dirinya adalah hero yang selamatkan korang tetapi dialah puncanya. Betul tak, Ong Wei? " kata Senrose sebelum matanya memandang ke satu arah ambil tersenyum sinis.
Senrose rasa bangga dan gembira saat yang dinantikan telah tiba. Kebenaran perlu dibentangkan.
Semua memandang ke arah itu. Tidak lama itu muncul seorang lelaki yang rupai Uncle Ong.
" HAAHAHAHAHAHAAH.. Aku tak sangka, engkau memang hebat Senrose" kata Lelaki itu, Ong Wei. Keluar dari semak itu.
"Tapi engkau dah silap. Aku lebih bersedia, OUT!" jeritnya. Tidak lama itu keluar beberapa orang konconya bersama Emma dan Bella.
"B!"
"Dien!!"
Adlien dan Dien sudah terkejut, mereka berdua ingin menuju ke Bella dan Emma. Tetapi dihalang oleh Jakfeer dan Sam.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
ActionLeader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...