Bab 4

75 6 0
                                    

Senrose yang sudah berdiri tegak dihadapan sebuah pagar rumah yang cukuplah besar ,tinggi sungguh sehingga melepasi kepala Senrose itu dan cukup lebar .Tinggi Senrose ialah 165cm pun tidak melepaskan kepalanya dari mengintai dalam pagar itu.

Senrose menekan beberapa kali loceng rumah itu,sesekali dia bersuara.

"Hello!! ada sesiapa tak!!" kata Senrose sambil matanya berlari-lari mencari orang didalam pagar itu.

Seketika kemudian muncul seorang perempuan tua di pintu utama ,tidak jauh dari pagar itu. Dari jaring kedudukan susunan kayu pada pagar berikut,memberikan Senrose dapat melihat orang dari dalam pagar itu.

Tersenyum senrose apabila melihat ada orang muncul.

" Oh ,hi.Salam sejahtera" kata Senrose tatkala melihat orang itu lebih jelas apabila perempuan tua itu telah membukakan pagar dengan menggunakan remote control pagar itu.

Perempuan tua itu juga tersenyum apabila melihat Senrose.

" Ye.cik ,cari siapa?" kata perempuan tua itu. Dengan berkain batik dan T-shirt, tidak mungkin dia puan dalam rumah ini.Itu apa yang difikirkan oleh Senrose.

" Saya,Lily. Saya dapat tahu yang Tuan Johari Zain pemilik rumah ni sedang mencari pembantu rumah,jadi saya nak ambil peluang itu.Boleh ke?" kata Senrose sambil senyum ramah.Didalam otaknya dia sudah menyusun ayat yang cukup berhemah agar tiada cacat pun.

Lily, ya. itu lah nama samarannya, Ryan yang memilihkan nama itu. Sebelum ini, jika dia berlakon, dia hanya guna nama gelarannya sahja,Senrose. Tetapi entah kenapa kali ni Ryan suruh dia memakai nama Lily itu.

"Oh,kalau begitu ikut saya"kata perempuan tua itu . Senrose pun berjalan diringi oleh perempuaan tua itu.

"Puan " panggil seseorang dari belakang mereka berdua itu.

Tertoleh wajah perempuan tua itu ke belakang.

'puan?!!' bisik hati Senrose sambil matanya sudah terbuntang mendengar.Sempat matanya berlari memandang wanita itu sebelum dia berlarih cepat-cepat memandang orang yang memanggil Puan tadi.

Dia sangkakan perempuan tua itu maid juga sepertinya,opss.. excuse me, Senrose bakal!. Bukan maid lagi,okey. Rupanya perempuan tua itu ialah puan dalam rumah ni ,patutlah wajah perempuan tua itu lebih berseri dan berwajah bergaya kerena walaupun orang melihat mukanya tiada pakai makeup tetapi sekali pandang Senrose tahu wajahnya mempunyai makeup walaupun tidaklah terlalu tebal dan terlalu ketara kelihatan itu. Seperti neutral begitu.

"ye" jawab Puan itu .

"Encik Johan ingin berjumpa dengan puan." kata perempuan yang berpakaian lusuh itu.Bahasanya nampaknya bukan orang warganegara sini.

"Baiklah,saya pergi jumpa dia ye.Oh ya!. Ini Lily ,pembantu rumah kita yang baru.Kamu tolong tunjukkan apa yang patut pada Lily ,okey."kata Puan itu dengan satu senyum manis sebelum dia tinggalkan Senrose dengan pembantu itu .

Senrose hanya meninggalkan senyuman pada puan itu sebelum dia mengekori pembantu itu pula .

Pembantu itu menunjukkan keseluruhan yang ada pada rumah agam itu,cukup besar dan luas.Sudah seperti banglo.

Senrose cuba senaraikan sekeluruhan kedudukan tempat yang ada dalam rumah itu ke dalam kepala otaknya,supaya dia tidak tertinggal satu pun.Susah dia nanti .

"Okey sekarang kita di bilik Tuan Johari dan Puan Hany.Kamu tidak perlu mengemasnya.Biar saya dengan Kak Wati sahaja yang mengemasnya.Kamu hanya perlu kemas di bilik Encik Jakfeer,Cik Julia,Cik Jelita dan Encik Johan sahaja ,okey." jelas Pembantu itu ,dia ada sempat memperkenalkan dirinya iaitu Suzan.

Tertoleh wajah Senrose pada satu bilik di hujung lorong.

'Entah-entah bilik itu agaknya yang Ryan nak aku ambil barang tu' bisik hati Senrose.sempat bibirnya mengukir satu senyuman sinis.

"Bilik itu ,apa pula" kata Senrose sengaja ingin Suzan sedar yang akan kehadiran bilik itu dan beritahu tentang bilik itu mana tahu jika dia tersedar dan beritahu, lagi senang lah kerja senrose.

"Bilik itu tiada siapa dibenarkan masuk.Jangan cakap sebut, sentuh dan tengok pun janganlah.Itu adalah peraturan ketat dalam rumah ini. saya harap kamu patuh dan tidak membawa sebarang masalah.Kamu tahu bukan,sebarang masalah yang kamu buat saya yang akan dipertanggungjawabkan pada Tuan Johari.Jadi jangan bawa sebarang masalah."kata Suzan dengan berwajah ketat itu .Senrose yang mendengar sudah dapat agak itu bukan kata yang boleh dibuat main.Jelas dan nyata itiu ialah A.RA.HAN!.

Tetapi pada senrose sungguh tidak gerun tetapi dia terasa tertikam juga kerana dia harus berjaga-jaga jika terkantoi nanti mesti dia tidak akan boleh masuk ke dalam bilik itu.Senrose membawa muka takut-takut .sengaja dia lakukan begitu nanti kantoi pula.

"Baik!" kata Senrose.

"Mari saya bawa kamu ke bilik kamu"kata suzan sambil berjalan mendahului senrose.Senrose hanya mengikut dari belakang.

Sampai sahaja disatu bilik dibelakang dapur mereka berdua berhenti disatu pintu.

"Ini bilik kamu,esok kamu boleh berkerja.Esok juga Encik Jakfeer akan pulang,jadi kita mungkin sebuk sedikit dengan pelbagai hidangan kerana sudah lama dia tidak pulang,jadi ya.Jangan lewat dan jangan lupa .Saya pergi dulu"kata suzan dengan meninggalkan senrose dengan senyuman sebelum berlalu pergi.

Melihat sahaja bayang suzan telah pergi, lekas kaki Senrose melangkah masuk ke dalam bilik itu .

"Dah nasib kaulah Senrose dapat boss ikut kepala sendiri.Dah tak pasal-pasal aku dijadikan maid. Mula-mula dulu aku jadi pekerja clubbing,lepas tu jadi pengedar 'barang' nasib tak kantoi,lepas tu jadi kambing hitam ,lepas tu jadi student sebab nak perangkapkan si 'jahanam' tu,lepas tu jadi spy ,last-last jadi dunia mafia ni.Aku ingat tak payahlah jadi pelakon ni ,rupanya KENA JUGA!!. jadi maid pula tu!"bengang Senrose.Sambil memberonta-ronta diatas katilnya.

jika ingin ingat kembali bagaimana dia boleh terkunjang masuk kedalam dunia ini,perit dan pedih dia ingin telan kesemuanya kepahitan ini.

Senrose melepaskan nafas berat,seketika kemudian dia terlelap.Dibuai angin sejuk aircord dengan mengantuknya lagi. Katil yang empuk itu memberikan peluang Senrose dibuai mimpi sahaja,sungguh selesa.Walaupun biliknya tidaklah kecil mana dan tidaklah besar mana.Memberikan Senrose berasa cukup selesai walaupun dia hanya seorang maid sekarang.

Tiba-tiba sewaktu Senrose terlelap itu mata Senrose tertiba mengalirkan air mata,cukup deras tangisanya yang tanpa sebarang bunyi itu .Tangisannya dalam diam itu sungguh perit dirasakan,sesekali hidung Senrose tersedu-sedu menarik hingus ke atas.

Nafasnya seperti tersekat-sekat ,sekejap-kejap Senrose merontak-ronta seperti ada seseorang yang cuba mencederakan dirinya.Sesekali Senrose cuba untuk elak dari sesuatu.

Tiba-tiba Senrose terjaga dalam keadaan terkejut,dia seolah-olah baru dikejar anjing, matanya terbuntang ketika sedar.Dadanya turun naik dengan lajunya,terasa seperti dia sukar untuk bernafas sehingga boleh dengar nafasnya disedut dan dihembus keluar dengan kuat. Senrose mengelap air matanya dan dia cuba menenangkan dirinya dengan mengurut dadanya dan memejamkan matanya sambil baring di atas katil itu. Sempat dia melepaskan nafas berat.

Seketika kemudian,Senrose terdiam diri,telefon yang berdering tidak dihiraukannya.Senrose cuba membaringkan semula kepalanya perlahan-lahan sambil dadanya masih turut naik dan nafasnya kuat disedut dan dihembus.Senrose cuba menenangkan dirinya.

________

Satu figura melangkah dengan perlahan-lahannya,muka dilindungi oleh kain yang bertopeng hitam.Hanya menampakkan mata sahaja. FIgura itu memegang tombol pintu itu sambil matanya berlari-lari memandang persekitarannya.Perlahan-lahan dia memulas tombol itu dan memasuki ruang bilik itu.

BERSAMBUNG.

#JGN LUPA VOTE,KOMEN AND FOLLOW MY ACC

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢Where stories live. Discover now