Berkerut dahi Lily dibuatnya cuba menyaksikan dengan jelas siapa yang berada di semak itu. Rupanya, Tiara!.
'Apa dia buat dekat sini?' bisik hati Lily, matanya masih tertumpu pada Tiara itu. Lily terus block apa yang ingin Jakfeer memberi jawapannya.
"Ermm, awak! saya rasa. Saya tertinggal telefon dekat kereta lah. Saya pergi ambil, okey. Awak tunggu sini" kata Lily, terus dia bangun dari duduknya.
Jakfeer pula tidak beraksi apa-apa,dirinya masih sebuk dengan telefon ditangannya itu. Focus betul. Apalah yang dia teliti sangatkan tu.
"Hati-hati awak!" itu sahaja yang dipesannya.
Melihat sahaja Jakfeer yang sibukkan dirinya dengan telefon, kakinya semakin laju ke arah Tiara. Tiara pula sudah tidak tentu arah apabila melihat, Lily menuju ke arahnya.
"Alamak kantoi!" kata Tiara pada dirinya sambil mencari-cari jalan keluar. Gelisah sungguh.
"EH!Kau nak pergi mana?" sergah Lily apabila melihat Tiara yang cuba melarikan diri itu.
"Ha?! Eh! Rose. Kau buat apa dekat sini?. Wah! dating, ek?" kata Tiara tersengeh-sengeh. Walaupun wajahnya seperti tidak cukup darah. Dia masih cuba sedaya-upaya sembunyikan dirinya yang sememangnya tidak duduk betul sekarang. Mahu sahaja dia pura-pura pengsan atau terus je lari. Tak pun menjerit, kata ada perempuan gila tiba-tiba muka bengis nak bunuh dia. Hush! Kejam sangat tu.
"Engkau jangan nak pura-pura, ek. Ada yang nak kena dengan aku nanti" balas Senrose. Wajahnya sudah ketat melihat Tiara. Serius betul.
"Aku lalu je dekat ni lepas tu ternampak kau, tu je" balas Tiara sambil mengesat jari dia pada batang hidungnya. Lily cukup kenal sangat dengan sikap kawannya itu, apabila dia berbohong sahaja dia akan menggosok-gosok sedikit hidungnya. Tersenyum sinis Senrose, mendapat agak apa yang kawannya cuba sembunyikan. Kantoi.
"Erm,kau tak payah nak tipu aku! ada yang kena ni karang. Betul-betul nanti aku belasah kau, lekas beritahu aku asal pula kau dekat sini. Kau buat apa? main susun-susun batu bata ke ?"kata Lily sambil menarik tangan Tiara untuk masuk ke dalam semak semula. Sesekali dia menoleh memandang ke arah Jakfeer. Sekadar memastikan Jakfeer tidak perasan apa-apa.
"Wah! pandailah kau Rose. Macam mana kau tahu aku memang nak main susun-susun batu bata"balas Tiara sambil tersenyum-senyum. Matanya tercari-cari sesuatu. Mungkin batu bata.
"Jangan buat lawak bodohlah!" bengang Lily. Matanya dibesarkan dengan rahangnya digerakkan. Tiara tahu yang Senrose sekarang sangat-sangatlah marah dengan dia. Tapi kenapa?.Bukan teruk pun kesalahannya.
"Yang kau nak marah sangat ni dah kenapa? bukan aku seru kau ke aku tegur kau ke. Tak pun. Yang nak melenting sangat ni dah kenapa?"Tiara pula yang naik angin. Tak ada angin tak ada ribut nak melenting. Ha! Kali ni tengok pula Si Tiara yang melenting.
"Memanglah aku bengang. Yang kau terhendap-hendap macam kau spy aku asal?. Kalau kantoi misi aku macam mana?" Kata Lily.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Lily semula.
"Ish !! betullah aku lalu je dekat sini"kata Tiara, cuba menyakinkan Lily.
"Sejak bila kau ada masa nak lalu dekat sini tengah-tengah malam ni?!. Kena sampuk ke?. Kau jangan nak tipu aku. Baik kau jujur dengan aku, jawab cepat!" Jerkah Lily pada Tiara di hadapan nya. Mendengar jerkahan Lily. Matanya dipejamkan rapat-rapat sebelum dibuka semula. Baru hendak menyakinkan Lily dengan jawapannya itu membuatkan niatnya terbantut apabila melihat sahaja biji mata Lily yang sudah dibesarkan itu, terpaksalah dia jujur.
"Okey fine!. Aku pergi dating lah dengan Zack. Lepas tu aku dengar orang riuh rendah bisik-bisik yang ada sweet couple ni terlebih sweet. Aku pun tengoklah, rupanya kau. Terkejut aku, aku pun tengoklah kau betul ke kau. Rupanya betullah kau. Tu je"kata Tiara sambil membuat muka tanda pasrah.Kalau Lily sudah memaksanya ,siapa lagi boleh lari dari dia?.
YOU ARE READING
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
ActionLeader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...