Bab 50

63 1 0
                                    

Aku gagal, aku gagal menjadi suami dia untuk lindungi dia dan jaga dia"

Jakfeer sudah duduk di kerusi sebelahan dengan katil Senrose. Isterinya itu telah diberikan ubat penenang oleh jururawat tadi. Jika tidak, dia sendiri tak tahu apa akan jadi pada isterinya yang sudah meronta-ronta.

"Aku turut simpati atas, apa yang menimpa terhadap kau dan Senrose. Korang ambil lah masa dahulu. Biar aku dan yang lain jaga Group" Kata Julia, anak ke-dua Tuan Johari Zaim.

Jakfeer menangguk tanda dia setuju kan sahaja kara Julia itu. Setelah semua seperti tiada lagi hendak dikatakan masing-masing beransur keluar dari bilik itu. Meninggalkan Jakfeer bersama Senrose yang masih terbaring.

"Sayang... Abang minta maaf sayang. Sayang... Jangan tinggalkan abang, please. I'm begging you, sayang.. Abang tak boleh hidup tanpa sayang. Abang minta maaf tak dapat selamatkan anak kita. I'm sorry" wajahnya di sembam ke tangan Senrose yang digenggam erat itu. Sungguh dia rasa kesal dan sedih. Kecewa juga dengan dirinya yang tak dapat melindungi keluarganya sendiri.

*********
Senrose kembali membuka matanya perlahan-lahan. Matanya terhenti pada Jakfeer yang sudah terlelap disebelah katilnya dengan memegang erat tangannya.

Dek hati yang masih marah, Senrose menarik tangannya dengan kasar sehingga Jakfeer tersedar.

Jakfeer memerhatikan Senrose yang sudah bangun itu. Perlahan-lahan mata yang kini mamai dibuka dengan paksa.

"Sayang.. Sayang nak minum air?, sayang lapar ke?" Jakfeer sudah bangun dari duduknya.

"Ish! Bisinglah... Saya nak pergi tandas" kata Senrose.

"Biar saya tolong awak" Jakfeer sudah berlari mendapatkan Senrose. Tetapi dihalang oleh Senrose sendiri.

"Tak perlu!. Saya boleh pergi sendiri" kata Senrose sambil mengangkat tangan menghalang pergerakan Jakfeer yang baru hendak memegang bahu Senrose.

Terhenti langkah Jakfeer. Tapi dia tetap membiarkan Senrose pergi. Dia tahu Senrose kini masih marah dan mungkin... Sudah benci kan dirinya. Tak nak terlalu memaksa untuk diampuni dia akan memberi masa pada Senrose.
*********

"Sayang.. Sayang makan lah sikit" Jakfeer menghulurkan sudu yang dipenuhi bubur yang dia masak sendiri.

Orang gajinya iaitu Suzan pun terasa aneh dengan sikapnya, buat pertama kalinya Suzan melihat dia masuk ke dapur dan masak dengan gembira. Siap berkaraoke. Tetapi lama-kelamaan Suzan melihat Jakfeer, dia terasa terharu kerana melihat sikap satu ini. Jika tidak Jakfeer hanya bengis dan ketat sahaja muka. Benarlah, Senrose yang mengubahnya.

Suzan berdoa di dalam hati agar hubungan pasangan ini berkekalan dan bahagia selama lamanya.

"Kau tak faham bahasa ke?! Aku tak nak makan. Anak aku dah mati!"

Senrose menolak sudu dan mangkuk yang dipegang oleh Jakfeer, terabur bubur itu ke lantai. Jakfeer sudah tergamam. Begini ke sakit yang Senrose rasakan seperti hatinya sekarang. Hancur begini ke? Sehingga Senrose sanggup membuatnya begini.

Jakfeer cuba mengabaikan perasaan sakit ini. Dia menunduk dan melutut untuk mengambil mangkuk dan sudu yang telah terbalik di lantai itu. Bubur itu dilap sehingga bersih.

"Saya nak cerai"

Beribu tikaman di hati Jakfeer rasakan. Terhenti pergerakannya sekarang. Wajah bengis isterinya dipandang.

"Sampai mati abang tak akan lepaskan sayang. Sampai tiada darah sekali pun dalam tubuh abang, abang tak akan sebut perkataan tu pada sayang"

Pandangan matanya jatuh pada mata Senrose. Dia merenung mata yang cuba melari bertentang mata dengannya.

"Pandang mata abang, sayang. PANDANG SINI!!" Suaranya dikuatkan sehingga terkejut Senrose, lalu bertentang mata dengan Jakfeer. Tapi sekejap sahaja sebelum di larikan memandang ke arah lain.

"Abang faham, sayang masih benci kan abang. Baiklah kalau sayang benci kan sangat pada abang. Abang akan beri sayang masa. Ambil lah sebanyak masa pun abang tak kisah, kalau itu boleh buat sayang lega dan tenang semula. Sampai masanya datanglah pada abang semula. Tapi sayang.. Janganlah pergi selama-lamanya. Hati abang cukup merana sekarang, apatah lagi selama-lamanya.

Sayang..abang tunggu sayang... Abang sentiasa sayang dan cintakan sayang. Tolong jangan minta benda BODOH! tu" kata Jakfeer lalu pergi meninggalkan bilik itu.

Senrose yang termenung itu lama kelamaan. Air matanya menitis dan suaranya pelan-pelan sayu didengari teriak. Tangisannya semakin lama semakin kuat.

**********

"Senrose aku faham perasaan kau. Tapi kau kena ingat. Itu bukan anak engkau seorang. Kau ada suami iaitu bapa kepada anak engkau juga. Engkau rasa dia tak rasa sakit juga ke, kehilangan anak dia juga?" Kata Tiara.

Wanita itu baru mendapat tahu keadaan Senrose. Tanpa melengahkan masa yang lapang dia terus melawat Senrose di hospital. Terkejut dia mendapat khabar bahawa Senrose gugur. Sedangkan dia tidak tahu Senrose mengandung, terus khabar keguguran. Tiara pasti, mesti Senrose sedih sekarang.

Tapi apa yang dia terkejut khabar dari Salwa bahawa, Senrose ingin bercerai tetapi nasib baiklah Jakfeer masih ingin pertahankan. Lelaki itu sangat sayang pada kawannya itu. Sedikit sebanyak dia bersyukur Senrose bertemu lelaki yang sangat cintakan dia.

Senrose merenung ke dalam mata Tiara. Betul juga apa yang dikatakan Tiara.

"Tapi sekarang aku benci dia, aku marah kan dia.." kata Senrose.

"Tapi kenapa?. Dia ke yang tolak kau?, dia ke cederakan kau sampai kau gugur?. Senrose... Dia pun tak tahu kau mengandung. Layak ke engkau hukum dia macam tu sekali?" kata Tiara lagi. Kali ini dia berharap Senrose dapat membuka mindanya dan hati.

"Engkau geram sebab anak engkau mati, tapi jangan lepaskan marah engkau pada Jakfeer. Dia pun sedih kehilangan anak dia. Tapi dia cuba kuat sebab dia tahu. Engkau lagi sakit sebab engkau yang kandung anak korang. Senrose... Hidup kena teruskan. Jakfeer masih tunggu engkau untuk hidup bersama. Dia cintakan engkau. Janganlah fikir perasaan sakit hati kau sahaja. "kata Tiara,cuba memujuk.

"Kalau engkau tahu apa dah jadi, apa jadi dekat engkau ek Senrose?" kata Salwa yang tiba-tiba muncul di ruang itu.

"Engkau tak tahu macam nak gila Jakfeer dapat tahu engkau gugur. Semua orang jadi takut dengan suami engkau tu. Engkau tahu apa jadi dekat mayat orang yang bunuh anak engkau?" Salwa sudah tersenyum sinis. Dia rasa marah kerana Senrose hanya pentingkan diri sendiri sekarang ini.

" Engkau tahu Ong Wei si jahanam tu, Jakfeer bagi dia kena makan dengan anjing. Separuh mati juga lah si Ong Wei tu. Lepas tu dia bagi ikan piranha aku, kenyang ikan-ikan aku. Tapi tak mati juga, sikit demi sikit dia seksa jahanam tu. Lepas tu dia bakar hidup-hidup" senyum sinis Salwa berikan sambil bercerita.

"Punya sakit hati dia, Jahanam tu teruk juga lah kena dengan Jakfeer. Cuba engkau turunkan ego engkau" kata Salwa dan berlalu pergi.

Tiara memandang Senrose yang sudah termenung semula.

"Engkau fikir-fikirkan lah..aku balik dulu" kata Tiara dan meninggalkan Senrose. Memberi Senrose ruang untuk berfikir.

BERSAMBUNG--------JGN LUPA VOTE & KOMEN, THANKS

"Kad kahwin siapa ni?"

"Abang... Cintakan sayang..."

"selamat pengantin baru!!"

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jul 02, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang