Leader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...
Sunyi persekitaran bilik wad itu, Emma terbaring dengan renungan di syiling atas. Sambil ditemani soffya.
"Aku... Aku nak jumpa Rose"Kata Emma tiba-tiba.
" Engkau betul-betul dah bersedia? "
"Dah" dengan yakin sambil berwajah biasa Emma membalas.
"Nanti aku beritahu Sarah tentang ni" balas Emma sambil menuju ke pintu utama bilik itu dan keluar.
"Aku minta maaf Senrose. Kali ni aku akan tolong kau" Kata Emma sambil memejam matanya.
*********************************
Jakfeer nampak ke tatu ni masa tu?. Aku rasa tak, sebab masa tu lampu tutup. Apa lah jadi kalau dia nampak tatu ni.
Kata-kata hati bagaikan satu Kata-kata pedih yang merisaukan dirinya sekarang.
Tatu bunga rose yang dililit dengan gawai berduri di belakang tubuhnya dilihat dengan teliti. Tatu yang dia buat masa 5 tahun yang lalu, Ya, ketika itu dia baru menjadi top mafia. Sebagai identiti baru dia hanya menggunakan tatu ROSE ini untuk dikenali.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bunga rose hitam yang dililit oleh akar duri yang tajam,begitu lah melambangkan dirinya bukan mudah untuk di dekati.
Tapi kini tatu itu harus dia lindungi. Pakaiannya jika berhadapan dengan keluarga Jakfeer dan Jakfeer semua bertutup tubuhnya lagi-lagi di bahagian belakang. Tetapi jika di luar dia akan mendedahkan bahagian belakang. Setiap ahli kenalan mafia nya akan ada tatu yang berlainan mengikut identiti tersendiri.
"Sayang.. Lama lagi ke duduk dalam bilik mandi tu?, abang nak masuk ni" suara Jakfeer mematikan lamunan Senrose.
"Eh, sekejap!"jerit Senrose. Mampus dia kalau Jakfeer masuk dan ternampak nanti.
"Sayang... Telefon sayang bunyi ni" kata Jakfeer dari luar. Lekas Senrose keluar setelah menutup semula tubuhnya dengan pakaian semula. Senrose keluar dan lekas mencapai telefon nya.
' Sarah? '
Senrose keluar dari bilik itu meninggalkan Jakfeer yang sedang membuat kerjanya di meja pejabat kecil di dalam bilik itu. Lekas Senrose menuju ke dapur laku mengangkat panggilan itu.
"Hello.."
"Rose... Jumpa aku di tempat biasa malam nanti"
"Okey" hanya itu yang dibalas nya sebelum dia meletakkan panggilan.
Pelik
"Sayang.. Are you Okey?" soal Jakfeer yang baru turun terus memeluk tubuh Senrose dari belakang.
"Kawan saya ajak keluar malam ni, boleh bang?" kata Senrose sambil membaringkan kepalanya kebelakang tepat ke dada Jakfeer. Disebabkan Jakfeer lebih tinggi darinya kepalanya paras dada Jakfeer sahaja.
"Siapa?" suara Jakfeer seakan-akan keras, ada sedikit tegas dan keras di situ.
"Erm... Sarah. Alaa yang hari tu datang majlis kahwin kita tu.." kata Senrose. Janganlah dia tak bagi...
"Okey.. Balik awal Okey.. Abang rindu" sempat dia merebah kan kepalanya ke bahu Senrose sebelum bibirnya menyerang ke leher Senrose itu.
Senrose hanya tergelak kecil, geli apabila Jakfeer membuat sesuatu di leher nya. Kemesraan mereka telah menjadi erat. Tetapi Senrose tetap akan menjaga rahsianya dengan rapat. Tapi sampai bila?.
****************************************
"Tak lama nanti benda semua ni akan terbongkar. Kita kena siap sedia, Dien. Adlien" kata Sam sambil memerhati ke satu frame gambar di hujung meja itu. Ramai empat orang kanak-kanak, tiga lelaki seorang perempuan. Yang perempuan sedang menangis sehingga mukanya merah. Yang seorang sedang memujuk, tubuhnya sedikit besar dari perempuan itu. Yang besar sedang ketawa manakala yang paling kecil sedang tersenyum memandang kamera.
Tersenyum Sam melihat gambar itu.
"Kita kena jaga dia dari jauh supaya tak kantoi dengan mereka di sana. Bagaimana di sana Dien?" kata Sam sudah memandang kedua adiknya di hadapan. Masing-masing berwajah ketat. Setelah mendengar pertanyaan abangnya.
"Mereka semakin ke hadapan. Nampaknya kita tak ada masa lagi nak sembunyi sebelum semuanya tak sempat" kata Dien dengan riak kerisauan.
"Ermm..."
Masing-masing sudah merenung memikirkan buah fikiran.
"Aku tahu!!" kata Adlien dengan semangat.
BERSAMBUNG...
"Aku minta maaf, Rose.Selama ni aku tak muncul depan engkau dan cerita perkara sebenar" ~ Emma
"Jom.. Kita pergi honeymoon!!" ~Jakfeer
"I'm so sorry, miss. Before that, I have something for you" ~ waiter