Bab 12

56 5 0
                                    

Setelah Senrose menghantarkan sebuah gambar surat cuti yang ditangkap olehnya Senrose menghantar gambar itu pada Puan Hany.Setelah itu,dia telah mendapat keizinan dari majikannya untuk cuti sakit. Walaupun dia ditanya pelbagai soalan Senrose hanya membalas,nanti saya cerita pada Puan.Itu sahaja yang dibalasnya.Nasiblah Puannya itu seorang yang memahami,tidak memaksanya dan hanya memberi balasan. Baiklah,awak rehatlah secukupnya apa-apa beritahu pada saya.Nasib baiklah Senrose mendapat majikan yang memahami.

Puan Hany Wulan sangat mengambil berat tentang pekerjanya dan sangat prihatin.Lagipun,kesemua hal tentang pekerja didalam rumah itu Puan Hany Wulan lah yang uruskan.Jadi apa-apa hal berkaitan dengan sakit atau sebarang cuti ,mereka haruslah berurusan dengan Puan Hany Wulan.

Senrose yang baru merebahkan tubuhnya ke atas tilamnya,mula tersedar kembali apabila telefonnya berdering-dering tanpa henti.Melihat sahaja nama yang tertera di skrin telefonnya itu,ialah Jakfeer dia hanya membiarkan telefonnya itu berdering tanpa diangkat.Ada sebab ke dia perlu menjawab panggilan itu?.Sekian lama dia baring sambil memejamkan matanya ,dia pun terlelap dalam ketiduran .

__________

"Gua nak minta maaf, itu kes semalam.Memang patut Lu ,kasi mampus itu budak"kata Aaron itu sambil menghembus beberapa kali asap kabus syisya dari mulutnya itu.

Shisha adalah kaedah lama untuk menghisap tembakau yang telah wujud sejak 400 tahun, Ia dipanggil dengan istilah yang berbeza seperti Narghile, Hookah, Hubble Bubble, Goza, Boori. dan Arghile di pelbagai negara di seluruh dunia.

Shisha direka dalam bentuk, warna dan saiz yang berbeza-beza. Struktur asas shisha terdiri daripada hos, gromet, badan dan mangkuk. Apa yang menjadi daya tarikannya adalah terdapat pelbagai jenis perisa tembakau shisha.

Sambung

Aaron ialah seorang gangster besar didalam kawasannya itu.Dia sungguh mengenali Ryan,kerana Ryan ialah salah seorang yang cuba membunuhnya.Jika bukan kerana Senrose yang menyelamatkan dia sudah tentu Ryan akan terus dengan niatnya untuk melibas pedang samurai ke heler dahulu.

Walaupun level dia sama paras dengan level Ryan.Dia tetap menghormati Ryan seperti level atasnya kerana walaupun level dia lebih tinggi dan konconya lebih ramai dari Ryan.Tetapi budak Ryan mempunyai kekuatan lebih dari 10 orang walaupun budaknya hanya seorang .Itu belum kira budak Ryan yang lebih 20 orang,sudah tentu mereka mati apabila bertarung dengan kumpulan Ryan itu.Pendek kata untuk Aaron menang jika berperang dengan Ryan sangatlah nipis.

Ryan,mempunyai lebih 20 orang konconya,tetapi hanya lima orang yang terbaik dan orang itu ialah Senrose,Sarah,Danish ,Daniel dan Kyra. Mengapa lebih wanita dari lelaki?kerana kerja mereka perlukan penggoda hawa nafsu untuk melalaikan pihak musuh dan sudah tentu wanita yang perlu menggoda untuk memasuki perangkap.Kerja mereka harus,diam .Bagaikan gunting didalam selimut kerja mereka itu.Untuk hilangkan jejak dan syak wangsangka mereka harus menyeluk masuk untuk mengenali mangsanya dan situasi itu seperti situasi Senrose yang cuba siap-siap membuat kerjanya.Selain itu,mereka tidak mahu ada kaitan dengan pihak polis atau pihak dari dunia luar.Oleh itu,mereka bersembunyikan identiti dan membuatkan musuh mereka mati kerana bunuh diri atau kesilapan diri sendiri,bukan penyebab dari mereka walaupun mereka yang membunuh.Ryan yang dari tadi hanya berdiam diri terus bersuara.

"Kalau Lu terima itu nasib budak Lu.Gua boleh senang ma.Tak perlu ,turun budak untuk fight"balas Ryan sempat dia mengangkat gelas yang diisi arak itu ,ke arah Aaron dihadapannya itu sambil matanya memandang ke arah Aaron itu dan keningnya diangkat sebelah.

"Betul! buat penat saja,sedangkan gua sudah tau.Siapa yang akan menang nanti"kata Aaron itu,dia juga turut mengangkat gelas araknya.Menunjukkan dia menyahut sapaan Ryan itu,untuk minum bersama.

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢Where stories live. Discover now