Bab 44

37 2 0
                                    

Satu pasangan yang berada di atas bukit hanya memerhati satu lagi pasangan yang sedang nikmati hidangan dan suasana romantik itu. Bagaikan dunia mereka berdua, gelak ketawa dan tersenyum sahaja.

Sarah sudah merenung pasangan itu dengan wajah sayu.

"Sayang, what's wrong with you?" Soal Danish apabila melihat Sarah seperti sedih memandang pasangan tersebut iaitu Senrose dan Jakfeer.

"Tengoklah diaorang. So bahagia. Dah kahwin, dah bahagia dan dah jadi suami isteri. Esok ada anak, Best nya. Kita bila?".

Tergamam Danish dibuatnya sebelum dia tersedar. 'Itu rupanya dia fikir?'.

"Sayang.. Selesai je semua ni kita lah pula. Jangan macam ni Okey. I'm still love you,sudah kita ada kerja lebih penting ni.. Eh!" Danish mencapai telefon yang bergetar di poket nya itu.

Danish memandang Sarah apabila melihat di pemanggil. Lekas dia menolak butang hijau.

" Hello.. Kenapa kau? "

" What?.. "

" Really?.. "

" Okey Okey jangan risau.. sini semua, Okey bye"

Telefon di matikan,Danish memandang Sarah. Sempat dia mendekati Sarah dan berbisik.

"Sayang.."

"Ye" balas Sarah sambil masih meneropong ke arah pasangan di hadapan mereka.

"Steven call tadi.. Dia cakap ada orang masuk bilik Senrose dan sekarang orang tu ada pada Steven. Dia minta kita teruskan misi disini" kata Danish turut memandang Senrose dan Jakfeer tetapi mulut ke tepi, berbisik dengan Sarah.

Sarah hanya membalas dengan beberapa angguk kan.

"B.. Look it that" Sarah sudah menyerahkan teropong pada Danish, lekas Danish mengambil dan mencari sesuatu yang dikatakan oleh Sarah.

Nampaknya bukan mereka sahaja yang sedang sekodeng Senrose dan Jakfeer. Terdapat satu lagi pasangan yang berada tidak jauh dari mereka. Mereka itu turut juga duduk disemak berhampiran Senrose dan Jakfeer.

Dalam tiarap Sarah mencapai satu beg di sebelahnya. Dia mengeluarkan satu senjata seperti sniper, Sarah masukkan peluru sebelum mensasarkan kepada salah seorang. Rupanya Danish juga turut begitu.

Sarah mensasarkan pada yang kiri kerana sama kiri dengannya  dan Danish juga turut begitu,mensasarkan pada yang kanan sama dengan nya itu.

Apabila kedua-dua mereka bersedia, masing-masing melepaskan tembak kan serentak. Dalam masa yang sama bunga api dilepaskan ke langit. Senrose dan Jakfeer teruja melihat tembak kan bunga api itu, manakala pasangan yang menjadi sasaran Sarah dan Danish sudah terbaring ke tanah. Sarah dan Danish tidak membuang masa. Mereka perlahan-lahan menuju ke pasangan itu dengan jalan yang lebih jauh dari Senrose dan Jakfeer.

"Hm.. Ini orangnya" Kata Sarah apabila sudah sampai ke pasangan yang ditembak mereka.

Apabila Sarah dan Danish ingin menyentuh tubuh pasangan itu, pasangan itu sedar dan menyerang mereka. Sarah dan Danish kini terbaring ke tanah. Mereka tidak sempat tepis serangan pasangan itu yang lebih pantas tanpa mereka sedar. Nampaknya tembak kan itu tidak memberi kesan pada mereka sebab pasangan ini rupanya memakai jaket kalis peluru.

"Non ti muovere" ( jangan bergerak)

Sarah dan Danish kini sudah melutut ke tanah, tangan mereka ditahan kuat oleh pasangan itu.

Apabila bunga api ditembak ke langit lagi. Kali ini Sarah Dan Danish menyelit genggaman pegang pasangan itu, pada tangan Sarah dan Danish lalu dan dengan serentak mereka berdua memusing kan posisi kini mereka pula berada di belakang pasangan itu dan menendang pelipat lutut sambil menahan kepala pasangan itu.

Masing-masing ditahan oleh mereka itu. Sarah dengan salah seorang pasangan itu, Danish pun begitu. Pasang itu duduk melutut ke tanah.

"Don't move.." Danish berkata, sebelum Danish dan Sarah mengeluarkan suntikan picari dan menikam di leher pasangan itu.

Kedua-dua mereka rebah ke tanah. Sarah dan Danish melepaskan nafas berat.

Berat sungguh rasanya diri mereka. Tak sangka Senrose dan Jakfeer benar-benar menjadi sasaran. Ini lebih teruk dari di Malaysia.

***************************
"Jakfeer sudah ada disini" kata Adlien sambil merapatkan dirinya dengan Bella Emylia iaitu isterinya yang baru sahaja lepas bersalin minggu lepas. Dalam erti kata lain masih dalam pantang. Anaknya masih di dakapan Bella sedang nyenyak lenanya. .

"Engkau rasa dia akan selamat disini?. Aku dengar budak Jessica dah mula target si Senrose" kata Dien.

"Jangan risau, aku tak rasa budak Senrose berdiam. Mereka ada disini juga"kata Sam.

Mereka bertiga yang sedang minum minuman keras itu hanya memandang pemandangan langit. Adlien sedang merenung anaknya yang selamat lahir itu di dalam dakapan isteri nya, Dien pula sedang memandang ke langit dan Sam pula sedang bergurau senda dengan seorang wanita di sisinya.

Ringgg

Bunyi panggilan masuk dari telefon Sam, lekas dia mengangkat panggilan tersebut. Berdiri dia dari duduk.

"Adlien! Dien! Cepat!" Sam memanggil adiknya. Adlien tahu ini saatnya.

"Sayang.. Abang pergi dulu, duduk dengan Emma ok" satu ciuman di bibir dan di dahi diberikan pada isterinya Bella sebelum meninggalkan isterinya dan mengikut langkah Sam.

Setelah mereka bertiga pergi, beberapa orang konco mereka datang memasuki ruang laman itu dan berdiri di sekeliling Bella. Dia sedang dijaga oleh konco suaminya.

Bella memandang suaminya, Adlien. Sehingga tiada bayang lagi. Bella memandang dengan pandangan risau. Tetapi dia percayakan Adlien akan baik-baik sahaja.
**************************

Seorang lelaki tua yang sedang duduk di antara Senrose dan Jakfeer. Manakala beberapa orang yang lain yang bersama dengan lelaki tua itu sudah berdiri di belakang lelaki tua itu juga.

"Do you know who I am?" Soal lelaki tua itu pada Senrose.

Diam.

"I'm your grandfather" balas Datuk Senrose dengan senyuman sinis.

Terkejut Jakfeer tapi dibuat biasa sahaja. Tak  sangka, orangnya itu sendiri turun.

Sekarang ke dia mahu bunuh Senrose?. Ouh tidak! Jakfeer tak akan biarkan. Senrose isterinya, Senrose adalah cintanya. Tak mungkin dia akan biarkan.

Tidak lama kemudian Sam, Adlien dan Dien muncul di kawasan itu. Sepatutnya malam ini adalah malam Senrose dan Jakfeer meluangkan masa bersama sempena honeymoon mereka tetapi inilah masanya.

"Nonno!" (Datuk, atau Atuk) panggil Sam pada Datuknya.

Mereka telah berkumpul dekat dengan Senrose dan Jakfeer.

Senrose telah berdiri dengan Jakfeer. Sekarang bukan masa untuk mereka berdua lagi kini telah menjadi lain. Apakah yang sedang berlaku?.

"Senrose, baik engkau pergi sekarang!" kata Sam sambil menarik Senrose duduk di belakangnya. Jakfeer berdiri di sebelah Sam untuk bersama Sam.

"Jack! Bawa Senrose pergi!" kata Adlien.

"No! She need to know!, Sam! What are you doing?!. Did you betray me?" kata Datuk itu sambil bertongkat satu dia melangkah menuju ke arah Sam.

"Engkau jangan harap engkau boleh bunuh dia!. Langkah mayat aku dulu" kata Sam sambil berdepan dengan Datuknya.

"She's my wife!. Aku tak akan benarkan itu terjadi" kata Jakfeer sambil turut melangkah ke depan menghadap Datuk Senrose itu.

"Engkau dah salah cara, Nonno!" kata Adlien turut melangkah ke depan. Turut diikuti oleh Dien.

"Pergi Senrose!" kata Adlien lagi sambil menolak Senrose kebelakang.

"AHAHAHAHAAHHA" Senrose tertawa dengan kuat.

Diam.

Semua memandang ke arah Senrose. Terkejut melihat tingkah Senrose yang tertawa.

Bersambung.

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang