Senrose mengambil angin malam dihalaman rumah majikannya itu.Sambil merebahkan tubuhnya bersebelahan dengan kolam itu.Nyaman sungguh dia rasakan.Senrose terasa hatinya seperti lapang dan tenang.Fikirannya kosong tiada apa yang dia fikirkan sekarang. Senrose menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan.Mengnikmati setiap sedutan oksigen itu.Senrose dapat rasakan ,baru sekarang dia dapat merasakan nafasnya disedut dengan baik dalam keadaan tenang dan segar fikirannya.Tidak kelang kabut ,tidak tergesa-gesa dan tidak tercuri-curi nafas.
"Amboi..tenangnya orang tu.Hello,aimer "Singgah satu suara itu .
Dari matanya terpejam lekas terbuka laju sehingga luas biji matanya.Senrose melepaskan nafas berat.
"Siapa pula dah,aimer. Nama saya Lily lah. Aihhh..saya baru nak rasa nafas ni betul-betul ,tahu.Awak tahu apa? ni awak ni dah kenapa datang sini? "kata Senrose sambil tersenyum basi.Matanya dipejam semula,Baik pejam mata dari tengok wajah cicak ni.
"Ermm.. untunglah boleh bernafas dengan seronok.Aku ni dah lah esok nak kahwin.aihh boleh sesak nafas aku dibuatnya sekarang.."balas Jakfeer sambil bercukanya wajah Jakfeer.Pelik Senrose melihat wajahnya dari baring kini dia sudah terduduk bersila.
"Aik.Nak sedih-sedih ni dah kenapa? esok awak kahwin kan? bukan ke orang nak kahwin ni muka macam nak masuk syurga? senyum sampai ke telinga,sengih je memanjang.Orang kata apa? mandi tak basah,makan tak lalu tidur tak nyenyak kan? betul tak? buat serba-serbi hati tak duduk diamlah..Sebab tak sabar-sabar.."kata Senrose sambil tersengih-sengih.Sempat matanya terlari memandang wajah Jakfeer.
Jakfeer yang mendengar sudah terjeling-jeling matanya memandang Senrose.Jakfeer duduk bersebelahan dengan Senrose.Kini dia juga turut merendamkan kakinya kedalam kolam itu hanya sehingga paras bawah kepala lutut sahaja.
Senrose sudah berkerut dahinya melihat wajah Jakfeer yang tiba-tiba bermasam muka dan melari-larikan matanya menjeling-jeling sekejap mulutnya menjadi muncung kedepan dah macam mulut itik Senrose lihat.
"Awak ni dah kenapa? mulut macam tu ,mata macam tu ,muka macam tu.Bukan ke orang kalau berbual soal kahwin ni hati berbunga-bunga ,duduk tak betul .Sekejap alih sini sekejap alih sana.Lepas tu mulalah merah muka tu jadinya.Tapi awak ni ,muka dah macam nak bagi kaki,dah kenapa?"Kata Senrose,tersengih dia .Mahu sahaja dia tertawa kalau bukan disebabkan situasi tegang sekarang.
"Aku tak bersedialah nak kahwin.Aku kahwin dengan Jessica pun sebab Mummy.Mummy beria-ria nak aku kahwin dengan dia sedangkan Mummy tahu apa yang Jessica dah buat pada aku dulu.Mummy hanya cakap,lupakan kisah dulu berikan dia peluang kedua.But You know what,Jessica tak pernah berubah.Walaupun nak kahwin ,kawan aku selalu nampak dia keluar dengan lelaki lain siap berpelukkan ,dah lah tu .Ada sekali tu siap bercium-cium sebelum diaorang masuk satu bilik dalam hotel.Apa yang kau akan fikir bila dapat tahu kelakuan dia masa tu?apa yang diaorang sedang buat masa tu?. Of course lah benda terkutuk tu,kan?.Takkanlah diaorang nak main tepuk amai-amai dalam bilik hotel?."
Senrose cuba menahan tawa.Mata dipejamkan sekejap sambil digigitnya lidah kuat-kuat agar tidak tersembur tawa itu.'Dalam serius ada kelakarnya' bisik hati Senrose.Mendengar Jakfeer kembali bercerita,Senrose membuka matanya semula dan memberi tumpuan sepenuhnya ada penceritaan Jakfeer.
"Bila aku cerita pada Mummy .Mummy tak percaya.Benda tu buat aku terkilan sampai sekarang.Aku jadi macam,really,Mummy?. I'm your son,kut.Makin lama makin aku tawar hati dan mati hati.Aku dapat rasakan yang aku dah tak ada perasaan lagi pada Jessica dan aku mula sukakan orang lain"Kata Jakfeer ,dihujung katanya sempat dia bercakap sambil menoleh memandang ke arah Senrose sambil tersenyum manis tetapi itu hanya sekejap sebelum dia memandang semula pada air kolam itu.
"Ohh...i see. So awak ada sukakan seseorang .Dah tu ,luahkan jelah dan kahwin dengan dia"kata Senrose dengan wajah slumber.Kata-katanya tidak tumpah kata rakan pada rakan karib.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
حركة (أكشن)Leader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...