Bab 17

34 4 0
                                    

"Ha!,kau baru  balik sekolah ke?" soal seorang lelaki yang seperti dalam lingkungan  usia 14 hingga 16 itu dengan wajah yang sudah kematangan dan dengan gaya pandangann,gaya berjalan dan pakaiannya sungguh elegan,sekali pandang seperti orang dewasa.

"Nampak macam adik baru nak pergi sekolah ke?"balas budak perempuan itu,rupanya budak lelaki itu ialah abangnya,mereka ialah adik-beradik.

"Okey,pergilah, hati-hati"kata abangnya memerli si adik sambil merebahkan punggungnya diatas sofa berhadapan dengan televisyen itu.

"Ada ke orang pergi sekolah jam macam ni?"soal adik itu .Geram dengan tingkah si abang,yang kerqp memerli nya.

"Ada.It's you.. kau sorang je yang nak pergi jam macam ni"balas abangnya itu sambil menghidupkan televisyen itu.

seketika kemudian kedengaran suara seperti suara anak kucing,tertoleh si abang ,mencari-cari suara itu dari arah mana,yang si adik pula sudah terkejut dan cuak wajahnya  terkejut .Lekas dia membunyikan beberapa kali batukkan .Sekadar mengalih perhatian si abang,

"huk! huk!!!!.... Oh god!! tiba-tiba adik sakit tekak, adik naik dulu okey..'kata si adik sambil lekas-lekas berlari menuju ke tingkat atas kebiliknya

Si abang mula berasa aneh,tiba-tiba adiknya berubah arah,selalunya adiknya mana mahu ke bilik selepas pulang dari sekolah. Tapi dia berasa adiknya mungkin tertukar selera,diendahkan adiknya dan dia menyambung menonton televisyen itu.

______________________________________

"WHAT?! " si adik sudah menundukkan kepala berdiam seribu bahasa,akhirnya rahsianya sudah terbongkar.

'Ni semua salah bibik!!'hatinya sudah menjerit-jerit geram. Ikutkan hatinya ,mahu sahaja dia menjerit sepuasnya dengan suaranya yang sebenar bukannya menjerit didalam hati sahaja.

Jika bukan bibiknya yang memasuki biliknya untuk mengemas dan terjumpa kotak dibawah katilnya sudah pasti ,tidak diketahui oleh mamanya seperti sekarang.

"Tapi,ma. Biar lah adik ada haiwan peliharaan.."bela si abang  terhadap adiknya itu.Matanya menjeling-jeling si adik.

Si adik mula terharu kata-kata abangnya itu,ternyata abangnya sanggup membelanya.

'Sayang abang!!' bisik hatinya.

"well...diakan ganas macam singa ,mana tahu lepas dia ada haiwan peliharaan ni hati dia ,lembut sikit.Kalau tak macam nak cekek orang"kata abangnya itu.

Serta-merta ,rasa terharu itu tiba-tiba menghilang,yang ada rasa geram.

Geram dia apabila abangnya berkata dia ganas macam singa.Bibirnya sudah bergetar menahan geram.Matanya sudah menjeling - jeling pada si abang .

"Betul juga.okey,mama izinkan.Jaga dia betul-betul.sayang dia ,jangan nak dera dia pula.faham?"

mendengar kata-kata mamanya,hatinya yang membara tadi seperti di simbah oleh air yang berais banyak.Serta-merta senyuman yang masam itu bertukar menjadi semanis-manisnya seehingga terlihat lesung pipit di pipi kirinya itu.

"wah! betul ke,ma? terima kasih mama!!!" jerit si adik sambil menuju ke anak kucingnya dan mencium anak kucing itu beberapa kali,sayang betul dia dengan kucing itu.

"Aih!! ingat sikit jasa abang.Kalau bukan singa ganas tadi mesti kau tak dapat jaga,anak singa tu.."kata si abang sambil tersengih-sengih.

"Apa?singa ganas?!!"Geram si adik sambil menuju ke arah abangnya dengan memeluk anak kucing itu ,lalu menekan tangan kucing itu sehingga memperlihatkan kuku kecil anak kucing itu.

"cakar dia,Lion.!!!"jerit si adik sambil tertawa melihat kepucatan wajah si abang apabila melihat kuku kecll anak kucing itu.

"Eh!!..jangan!!..tak nak lah adikk!!"jerit si abang sambil menyelamatkan diri ,tetapi si adik tetap tidak mahu melepaskan si abang,mereka berdua berlari ,mejar-mengejar sambil si adik mendukung anak kucing itu,sebelum kedua-dua mereka ketawa  terbahak-bahak sambil berlari-lari.Akhirnya kedua -dua mereka rebah terbaring di atas lantai dengan termengah-mengah kepenatan berlari-lari tadi.

Sehingga kedua-dua mereka tertawa-tawa.Jelas sekali kedua-dua mereka kelihatan tawa yang menggembirakan,sungguh manis mereka ketawa.Seolah-olah tiada hqri esok yang ingin mereka hadapi.Hanya ketawa bersama dan berasa bahagia.Si abang menuju ke adik lalu menggelitek dibahagian perut beberapa kali ,sesekali dibahagian ketiak.Si adik tidak tahan lagi ,sehingga terlepas ketawa sekuat-kuatnya sehingga matanya berair tidak tahan geli nya untuk ketawa.

Tetapi keseronokkan itu tidak berpanjangan lamanya,tiga tahun kemudian Semasa rumah mereka yang seperti syurga,bertukar menjadi strategi yang memeritkan pada si adik.Mereka berhadapan dengan perompak yang sedang merompak rumah mereka,tumpah darah berlaku antara mereka.

"Adik,dengar cakap abang!. Lari cepat ikut pintu belakang... nanti ada Uncle Ong yang ambil adik,adik jaga diri ,okey. Walau apa pun terjadi semasa adik keluar,janji dengan abang jangan toleh belakang.."hanya itu yang dipesan oleh si abang yang sudah basah kuyup dengan percikkan darah sebelum meninggalkan si adik di ruang dapur belakang.

Seperti yang dikatakan si abang,muncul seorang lelaki tua di pintu belakang,mungkin itu Unvle Ong yang dikatakan oleh abangnya.Si  adik melangkah menuju ke lelaki tersebut.Dia disambut dengan huluran tangan,si adik menyambut huluran tangan itu.Lalu meninggalkan rumah itu ,seperti yang dia janjikan dengan abangnyadia tidak menoleh kebelakang walaupun apa pun terjadi.

Si adik hanya menundukkan kepala dan menangis teresak-esak sambil berjalan menuju ke sebuah kereta.Semakin dia mendengar berdas-das tembak dilepaskan dari arah rumahnya dibelakangnya itu,semakin dia tundukkan kepalanya kebawah sambil memejamkan matanya.Dia tetap memegang janji untuk tidak menoleh kebelakang.Dia hanya mampu memandang kakinya yang melangkah pergi sambil menyapu air matanya yang laju mengalir di pipinya dan tersedu-sedu menangis teresak-esak itu.

Matanya tertumpu pada seekor kucing yang sudah terbaring dihadapan pintu pagar itu.Serta - merta hatinya terdetik satu nama.

'LION!'terjerit hatinya ,dia semakin berasa sedih,kucing kesayangannya itu sudah terbaring tidak bernyawa.Akhirnya dia menjerit beberapa kali didalam kereta itu yang hanya dia dan lelaki itu sahaja.

"ARGHHHH!!!!"
"ARGHHHHH...!!!!!!!"
"AAARRRRHHH...ARHHHHH....!!!!! !!"

Jeritnya ,sekuat hatinya dan tenaganya,melepaskan kesedihan yang terkubur di hatinya.

Lelaki itu hanya ,memandang si adik itu melalui ceremin belakang sahaja.Dia mengerti mengapa si adik terjerit-jerit dan dia hanya membiakan ia.

"ARRRRGHHHHHHHH...!!!"

Tersedar Senrose dari tidurnya,rupanya jeritan itu membuatnya sehingga tersedar dari lelapnya.

Tiba-tiba,Senrose berasa matanya berair sehingga membasi pipinya,dia menyapu pipinya itu dan mengelap matanya,terkejut dia apabila dia tersedu-sedu hingusnya,dia selesema?. lekas dia menuju ke cermin dimeja solek.

Matanya berair seperti menangis dan hampir membengkak matanya kerana menangis dan hidungnya tersedu-sedu dengan hingus selesama itu.

"Aku mimpi sampai realiti pun menagis ?aih.."katanya pada dirinya sendiri sambil mencapai tisu dihujung meja solek itu,lalu menghembus hingunya itu pada tisu,dan dia menuju ke tandas sebelum dia membasuhkan mukanya beberapa kali dengan air paip itu.

Selepas dia mengelap wajahnya dengan tuala kecil,satu nafas berat dilepaskan.Lega hatinya apabila menghembus nafas berat itu .

Dia mula termenung ,memandang satu sudut biliknya itu.Memikirkan tentang mimpinya tadi.

"Uncle Ong?" tiba-tiba terlempar nama itu dari mulut Senrose.

Matanya berlari-lari,seolah-olah memikirkan tentang gelaran Uncle Ong itu.

Sebelum,matanya terbeliak sambil tubuhnya terus berdiri tegak.

"Uncle Ong!" kata Senrose.

BERSAMBUNG....

#JGN LUPA VOTE,KOMEN AND FOLLOW MY ACC

#CIK CHAYANG♡

#JIKA ADA TYPO JGN SEGAN UNTUK BERITAHU,JGN KECAM SUDAHLAH

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢Where stories live. Discover now