Bab 48

59 4 2
                                    

"Dan. Isteri encik keguguran. Saya minta maaf"kata jua doktor itu yang sudah memandang ke lantai. Sungguh dia kasihan pada pasangan ini. Ujian yang sungguh berat.

Jakfeer sudah tidak mampu berdiri rasanya. Dia sudah mengundurkan dirinya sehingga tubuh menyandar ke dinding. Perlahan-lahan tubuhnya jatuh ke lantai.

Terduduk Jakfeer.

Semua yang melihat sudah terkejut. Apakah berita yang disampaikan pada Jakfeer. Sehingga lelaki itu terduduk ke lantai.

"Saya harap encik kuat supaya encik boleh memberi semangat pada isteri encik. Semua ini ujian buat encik. Saya minta maaf, saya pergi dahulu"kata doktor itu, meninggalkan Jakfeer yang sudah terkaku.

Bagaimana dia hendak beritahu Senrose semua ini.

" Apa dia cakap Jakfeer?" soal Stella. Wajah kerisauan. Makin risau dia apabila melihat keadaan Jakfeer.

Masing-masing sudah terkaku, mereka tahu kahbar buruk yang Jakfeer terima. Tapi apa kahbar itu?.

"Aku nak pergi jumpa Senrose" tanpa menanti balasan dari konconya, dia terus melulu masuk ke dalam bilik wad Senrose itu.

Tubuh itu masih terkaku, terbaring diatas katil itu. Perlahan-lahan kakinya melangkah menuju ke wanita yang telah bertakhta hatinya. Isteri yang dia sangat cintai dan berharap selamanya bersama. Cintanya makin hati, makin lama semakin sayang dan cintakan wanita itu. Malah, makin rindu apabila tidak bersua.

Tetapi kini bagaimana keadaan wanita itu?. Masih ada harapan sentiasa bersama?. Dia tak sanggup kehilangan isteri nya itu. Sungguh tak sanggup. Bole mati dibuatnya jika isterinya itu tiada.

Perlahan-lahan tangan sedikit kasar itu dia usap lembut. Dibawa ke bibir lalu dicium penuh kasih sayang. Wajah Senrose diusap lembut. Tangan Senrose dibawa ke dada.

"Sayang.. Rasa lah degupan jantung abang. Dia semakin berdebar. Rasa cinta ni semakin dalam, sayang. Abang tak sanggup kehilangan cinta abang.

Sayang.. Sayang kena kuat, sayang masih ada abang yang sentiasa sayang dan cintakan, sayang. Sayang.. Kita dah janji nak bersama selamanya.

Abang akan jaga sayang, abang akan sentiasa bersama sayang..

Abang.. Abang minta maaf sayang.. " terhenti seketika.

Jakfeer cuba menarik nafasnya yang telah terhalang dengan selesama kerana air matanya mula bertakung di mata.

Dia tak dapat menahan tangisan nya. Empangan air matanya pecah. Semakin sakit di hatinya apabila tangisannya tak dapat ditahan.

Teresak-esak Jakfeer menangis.

"Sayang... A.. Abang minta maaf. Abang gagal.. Abang gagal nak jaga sayang... Maafkan abang sayang.." sambil bibirnya memberi beberapa ciuman di dahi Senrose.

Sempat dia memeluk tubuh yang terkaku itu. Ikutkan hati dia tak mahu lepaskan. Tetapi keadaan Senrose dia perlu memberi ruang.

" Sayang.. Cepatlah sedar. Abang rindu bebelan sayang.. " sempat Jakfeer tertawa kecil.

Tiba-tiba kesemua ahli keluarga datang. Dari belah Senrose ke belah Jakfeer.

*********************************

DUA MINGGU KEMUDIAN

Seperti biasa. Jakfeer akan hadir bersama bunga rose putih dan merah,dengan senyuman manis dia menuju ke bilik wad Senrose. Sesiapa yang menyapa dia akan membalas dengan senyuman lebar.

Semakin hampir dengan bilik Senrose semakin ceria dia.

Jururawat di situ menghadiahkan senyuman. Ada yang tersengih-sengih ada yang tersenyum manis sekali. Lain macam pula. Nak ngorat suami orang ke?.

Ada bisikan beberapa orang jururawat setelah Jakfeer lalu dihadapan mereka.

"Tengok tu!. Eeeeee... untungnya isteri dia. Dah lah handsome, kaya, baik pula tu. Cemburu betul aku" kata salah seorang jururawat dengam tarik mukanya itu. Muka masam melihat Jakfeer melayan Senrose itu.

Jakfeer berhenti di satu pintu, senyumannya semakin lebar. Tangannya mengetuk pintu lalu melangkah masuk.

"Morning sayang!. Sayang macam mana harini? Ada nakal-nakal tak.?. Tak?, wahh.. bagusnya isteri abang!" satu ciuman hinggap ke bibir pucat Senrose itu.

Bunga ditangan diletakkan di atas meja. Jakfeer menggantikan bunga yang berada di dalam pasu atas meja sebelah katil itu dengan bunga yang baru dia bawa tadi.

" Sayang.. Sayang abang kan?. Abang pun sayang, sayang. Hehehe eh.. Alah Aihh cantiknya dia. Tidur pun cantik. Sayang macam Sleeping Beauty Aurora tu. Tapi sayang memang princess Aurora pun. Princess hati abang" kata Jakfeer.

Sempat dia merebah kan tubuhnya ke sebelah Senrose. Walaupun ruang kecil dia dapat tetapi dia tetap ingin baring di sebelah Senrose walaupun dia berada di hujung katil.

"Sayang.. Abang tadi pergi office, buat kerja. Banyak betul kerja hari ni. Haihh.... penat abang. Tapi bila abang jumpa sayang, Hilang penat abang.. Hahaahahh abang rindu dekat sayang.." Jakfeer sempat memerhati wajah Senrose, walaupun dari tepi. Kecewa.

Tiada balasan dari Senrose. Matanya memandang semula ke atas.

"Sayang.. Nanti sayang dah sedar. Abang nak bawa sayang honeymoon lah. Heheheheheh kita luangkan masa bersama. Sayang, tadi abang singgah jumpa mama semua. Dia orang kata, dia orang rindu dekat sayang.. Dia orang ingat abang tak rindu?. Rindu ni berat sangat. Tapi abang percaya sayang abang kuat. Sayang akan sehat semula sebab sayang ada abang.. " kata Jakfeer sambil tersenyum tawar.

Hatinya sakit, sakit kerana dia seperti bercakap dengan dinding. Tiada balasan dari Senrose. Berat hatinya menahan rindu tebal.

Jakfeer menoleh memandang Senrose. Terkejut dia apabila di hujung mata Senrose ada cecair jernih turun.

" Sayang..sayang menangis?" Jakfeer rasa hatinya terasa hangat dan cair. Terharu dia melihat keadaan Senrose yang memberikan kepadanya dia balasan.

"Sa.. Sayang.. Jangan menangis. Abangkan ada. Jangan risau sayang.. Abang sentiasa abang dengan sayang.." Jakfeer mencapai lengan Senrose lalu dipeluknya. Dahi Senrose dicium bertalu-talu sebelum turun ke mata, pipi dan bibir. Kepalanya mendarat ke bahu Senrose.

Tenang dan selesa dia berada di posisi begini dengan orang yang dia cintai. Dia berharap dia akan selamanya dengan isterinya. Walau apa jua keadaan isterinya dia akan ada.

' Walaupun sayang tiada, abang pun tiada. Biar jasad bernyawa tapi hati abang tak akan bernyawa jika tidak sayang, sayang.'

Mata dipejam kan, akhirnya dia terlelap dalam posisi begitu. Lama kelamaan genggaman tangan Jakfeer pada Senrose dibalas dengan tangan Senrose perlahan-lahan menggenggam tangan Jakfeer.

BERSAMBUNG..

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢Where stories live. Discover now