Senrose yang baru ingin rebahkan tubuhnya di atas katil terhenti niatnya apabila penggera telefonnya berbunyi. Kakinya pecut menuju ke bilik rahsia.
Setelah sampai sahaja dipintu bilik itu lekas dia meluru masuk. Terkejut dia apabila melihat biliknya itu sudah dalam keadaan berselerak. Habis kertas-kertas kerjanya berterabur. Juga fail-fail habis diselongkarnya, yang bermain dikepalanya ialah satu soalan.
Bagaimana orang itu tahu akan kewujudan bilik rahsianya ini?. Muncul pula satu soalan lain. Entah-entah orang itu sudah lama mengawasinya!!. Tapi bagaimana?.
Jika hendak berfikir seribu kali siapa punya angkara sudah tentulah musuhnya. Bukan sekali dua musuhnya menceroboh rumahnya. Itu sebab mengapa Senrose wujudkan bilik rahsia ni. Tapi jika hendak fikir siapa yang tahu tentang kewujudan bilik rahsia ni, itu yang bermain difikiran Senrose.
Lekas dia menyusun semula dan mengemas biliknya yang berselerak itu dengan hati yang curiga. Pelik. Pelbagai soalan tanda tanya yang bermain di mindanya ketika itu, terutamanya bagaimana orang itu tahu kewujudan bilik ini. Setahunya biilik ini amatlah sulit dan tersembunyi.
*******************************
Senrose meletakkan cawan Coffee diatas meja kecil itu sambil fikirannya masih lagi memikirkan hal tadi."Siapalah punya angkara, eik.Pelik aku, setahu aku bilik tu aku sorang je yang tahu. Wait! selain aku. Emma pun tahu kan. Tapi tak mungkin. Emma dah meninggal tak mungkin dia kut"
sebut sahaja nama Emma masih segar difikirannya itu, tentang kenangan dia bersama rakan setugasnya itu,Emma. Semuanya bermula sejak 2 tahun lepas, ketika dia terlanggar Emma dibilik pejabat Ryan.
***********************
"OH MAK KAU!!" terjerit sedikit Senrose dibuatnya apabila dia terlanggar seorang gadis di hadapan pintu utama pejabat Ryan itu.
Gadis itu pun turut mengurut dadanya, ikutkan dia tidaklah terkejut mana tapi disebabkan latah Senrose dia turut hampir jantung terhenti."Oh God!!. I'm so sorry. I tak sedar ada orang tadi, erhh! tulah penat sangat"Kata Senrose, marahkan dirinya sempat menepuk dahi sendiri sambil tersengih-sengih, geram dengan diri sendirinya itu.
Emma yang melihat tingkah Senrose turut tersengih sedikit sebelum dia tersedar yang buat pertama kali dia tersenyum walaupun tersengih.
"No! it's okey" Tersenyum Emma membalas kata-kata dari Sensore.
Melihat tingkah Senrose, satu kesimpulan yang dapat Emma huraikan iaitu Senrose sungguh berbeza dengan rakan sekerjanya yang lain. Yang lebih serius dan tegas. Kalau nak tengok mereka senyum, ermm dalam mimpi saja jelah.
Sejak dari itu mereka salin terserempak membuatkan hubungan mereka semakin hari semakin rapat. Sehingga kesemua mereka tahu bahawa Emma dan Senrose saling rapat. Dah macam belangkas seperti best friend forever. Sehingga mereka telah menjadi roommate serumah. Hanya mereka berdua. Setelah sekian lima bulan berkenalan.
Dirinya sungguh terselah apabila dia mula rapat dengan Senrose, dia menjadi dirinya dan sungguh tidak serabut dengan kerja dan pemurah dengan senyuman. Senrose yang mempunyai perwatakkan yang peramah dan periang membuatkan orang yang pendiam seperti Emma itu tertarik untuk berkawan dengannya. Sejak itu, Emma baru sedar dia sebenarnya manis dengan senyuman apabila ketawa, lagi-lagi apabila lesung pipit nya muncul ketika tersenyum.
"U kerja dengan Ryan kan? but why i tak pernah nampak u pun sebelum ini. Apa, I ni sebuk sangat ke dengan kerja"Kata Emma sambil menjeling matanya, geram sedikit dengan dirinya yang memang tabsub dengan kerja. Sampai lupa masa untuk dirinya. Bukan Emma tidak berkerja dibawah Ryan, cuba dia fikir dahulu sebelum dia rapat dengan Senrose. Emma ingat Senrose hanya rakan sekerja dengan Ryan atau konco rakan Ryan.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
حركة (أكشن)Leader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...