Bab 1

328 9 17
                                    

BUKK!!
Tercengang Senrose melihat fail yang setebal tiga jari itu.

"Ryan, ini fail kes peguam ke apa? yang tebal nak mampus ni. Apa aku kena tukar identiti lagi ke? jadi lawyer ke?" kata Senrose bertubi-tubi.

Dia bukan rajin hendak membaca yang  nak selak sehelai demi sehelai kertas dalam fail ni. Ini dah macam nak pergi sambung belajar.

"Engkau kalau tak sembur dulu sebelum dengar penjelasan itu bukan kau kan. Ini job barulah yang dah lama tertangguh. Aku nak kau selesaikan"balas Ryan yang sedang duduk dikerusi yang dikhaskan untuk Ketua Tertinggi Group Dragon King X Nine itu.

Sungguh cantik kerusi itu yang diukir menjadi bentuk tubuh naga.Di tempat leta kedua-dua belah tangan pula diukir dua ekor naga yang beberlilit terpusing sehingga kepala mereka dicantumkan dibahagian depan peletak tapak tangan. Sungguh bersinar-sinarkan mata sesiapa yang melihat kerana kerusi yang seperti ketua itu pasti orang yang duduk dikerusi itu kelihatan sungguh hebat dan berkuasa darjatnya, tambahan kerusi yang megah itu.

"Aku kan masih ada misi, suruhlah Daniel ke Sarah ke Danish ke. Hah! tak pun Kyra dia kan baru habis dari misi dia. Kau sendiri cakap misi yang sekarang aku buat ni adalah misi terakhir sebelum aku keluar, ni apa cerita pula nak main tambah-tambah ni"balas Senrose sambil bibir dibawa ke tepi sambil matanya menjeling-jeling menyampah.

Senrose sahajalah yang paling berani nak lawan mulut dengan Ryan. Dalam kata lain Senrose ni sudah seperti bendahara pada Ryan, Pembangku Sultan. Ryan suka mengunakan pendapat Senrose kerana pendapat Senrose dalam melakukan sebarang tindakkan paling berguna dalam strategi mereka.

"Kalau aku nak diaorang kenapa aku panggil kau?!!. SUDAH! kalau aku dah suruh tu, buat sajalah! jangan nak banyak bising itu ini. Dah keluar! selesaikan misi ni juga. Dalam tu ada semua benda yang aku nak. Bukan sekadar bunuh mereka ada benda yang aku nak dari mereka tu, faham?!"kata Ryan sudah berdiri dia dibuatnya. Pantang dia bila dia suruh tetapi banyak pula songgeh tu.

"Okeylah" pasrah Senrose, keluar dari bilik itu bersama fail tadi. Ketika dia berjalan ingin menuju pintu utama vila Ryan itu kedengaran seseorang memanggilnya dari arah belakang.

"Senrose!" Tertoleh dia ke belakang, melihat gelaran itu.

"Oh kau. Ye, Soffya. Ada apa-apa saya boleh bantu" Kata Senrose hanya sekadar gurauan. Yelah siapa je yang tak nak hormat pada Cik Kesayangan Ryan ini. Kekasih Abadi katakan.

"Ish! you ni ada-ada sajalah, by the way mana Ryan? i penat tunggu dia ni, kata nak pergi lunch. Jangankan kata batang hidung dia, bau minyak wangi dia pun i tak bau" Kata Soffya sambil membuat muka sedih dihadapan Senrose.

"Hush!! macam best kan orang yang kemaruk bercinta ni. Angau dia kalah langau. Eh! pergi kahwinlah, asyik couple aja, berpanjangan tak kahwin-kahwin. I yang tengok ni rasa nak bawa you dengan Ryan pergi sarung cincin,tau" balas Senrose. Tertawa Soffya sambil menampar-nampar bahu Senrose.

Senrose yang sudah merinjakkan sedikit demi sedikit bahunya dari tamparan Soffya itu. Bukan tak sakit tamparan si Soffya ni, sakitlah juga dibuatnya.

"Ermm... you kalau nak main tampar-tampar pergi tamparlah hubby you tu. I bukan hubby you tapi i ni hamba abdi you adalah. Suruh tu suruh ni bilalah i boleh merdeka merdeka"kata Senrose sambil mengangkat tangan kanannya mengayakan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj sudah.Tertawa terbahak-bahak lagi Soffya. Geli hati mungkin,tengok si Senrose.

"Sayang... lama you tunggu?"

Berdiri tegak Senrose apabila mendengar suara itu.Terdiam terus dia.

"lamalah! you ni, sakit kaki i ni dibuatnya tunggu lama-lama"balas Soffya sambil merengek dengan memuncungkan bibir ke depan sesekali dia masih ketawa. Manja sungguh Soffya.

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢Where stories live. Discover now