"Apa yang diaorang cakap dengan kau,sampaikan muka kau berubah macam baru dengar berita buruk je"kata Jakfeer yang baru tiba disisi Senrose.
Mendengar suara Jakfeer yang tiba-tiba muncul.Senrose lekas membetulkan riaksinya dan keadaannya yang sedikit terkedu tadi.
"Ha?!.Erm.. diaorang beritahu saya,jadilah isteri yang baik dan solehah.Banyak diaorang nasihatkan saya,macam saya nak bunuh awak pula kan?"balas Senrose yang sedikit tertawa kecil dihujung kata.Sebelum dia tersedar dengan kata-kata sendiri.
'Bunuh? Bukan itu ke misi kau,Senrose?.Erm... aih sekarang ni lain pula yang jadi dari yang di rancang.Macam mana aku nak beritahu Ryan semua ni.Tak pernah-pernah misi aku panjang macam ni'bisik hati Senrose.Memikirkan nasibnya yang sekarang,yang semakin membuatkan dirinya serabut.
"Hush!.Awak nak bunuh saya ke? Jikalau begitu.Bunuhlah saya tetapi jangan bunuh cinta ini pada awak itu,okey sayang"balas Jakfeer dengan suara yang lembut sambil dengan senyuman miang.Sempat dikenyitkan mata sebelah sebelum di tunjukkan bibir seakan-akan ingin mencium Senrose.
Lekas sahaja Senrose menolak muka Jakfeer kebelakang.
"Saya rasa saya kahwin dengan Tuan Jakfeer yang bengis,annoying dan langau.Awak ni siapa?"kata Senrose dengan pandangan tajam ke arah Jakfeer tetapi mulutnya sudah rersengih-sengih,tercuit hatinya apabila Jakfeer memanggilnya sayang dengan nada yang sangat lembut dan romantik itu.Mahu sahaja hatinya cair jika dia tidak sempat mengawalnya.
"Saya suami awaklah,sayang.Suami sendiri pun tak kenal"balas Jakfeer yang sudah menarik muka seperti merajuk.Bibirnya dimuncung ke depan dan tangan disilang ke dada.
"Suami saya Muhammad Jakfeer Wafiey Bin Johari Zain yang bengis,annoying dan..."
CUP!
Tergamam dan terkedu,Itulah apa yang jelas terpancar diri Senrose sekarang.Kali ini sudah dua kali Jakfeer berani mencium bibirnya.
"Yang romantik..dan penyayang.Isteri saya pula kalau awak nak tahu namanya,Nur Alina Senrose Binti Muhammad Shahmil Ahmad.Kalau awak nak tahu, orang selalu panggil dia Lily mungkin dari nama dia yang Alina tu bukan?"Lagi sekali kata-kata Jakfeer telah membuat Senrose sudah ternganga dan matanya dibesarkan.Terkejut.Tetapi Jakfeer hanya tenang berkata tadi.Sempat dihadiahkan satu senyuman manis.
"Ma...macam ..macam mana awak tahu?"kata Senrose.Wajahnya separuh pucat dan terkejut.Dia cuba abaikan perasaannya yang sudah cair dan berbunga.
"Kenapa? Pelik? Bukan ke itu nama yang awak letak diresume awak?.Peliklah sayang saya ni hari ni"balas Jakfeer yang tersengih-tersengih.
'Sumpah! Macam mana dia tahu.Sstahu aku Ryan pun tak tahu nama penuh aku.Macam mana dia tahu?.Jakfeer....awak siapa sebenarnya?'Hatinya bagaikan kertas soalan ujian peperiksaan .Sungguh banyak soalan yang tidak berjawab.Pelbagai andaian Senrose telah rekakan.Entah betul atau tidak itu dua harus mencari jawapan.
"Jakfeer,awak kenal ke...."
"Pengantin sila turun ke lantai utama.Kita ada pesta menari untuk pengantin raja sehari kita hari ini!" Suara kuat itu jelas diucapkan oleh pengurusi majlis perkahwinan Jakfeer dan Senrose itu.Selepas suara itu terhenti kedengaran bunyi tepokkan yang kuat sambil bunyi nyaring kejeritan.
Kata itu telah menghentikan suara Senrose yang ingin ditanya oleh Senrose pada Jakfeer.Mendengar sahaja mereka diseru.Jakfeer terus memeluk pinggang Senrose dengan sebelah tangannya dan menarik pinggang Senrose untuk berjalan seiring dengannya menuju ke lantai bawah.Senrose yang tersedar pinggangnya ditarik hanya mengikut langkah Jakfeer.Tubuhnya terasa seperti melekat dengan tubuh Jakfeer.Senrose hanya memberi senyuman sahaja sambil matanya sekejap menoleh memandang wajah Jakfeer.Tidak sangka,lelaki yang bengis gila dengannya kalah Ryan itu ialah suaminya sekarang.Tersenyum-senyum Senrose apabila mengingati detik Jakfeer sering bengis dengannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
حركة (أكشن)Leader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...