Rupanya wajah Cik Dayang dihadapan mereka.Walaupun Cik Dayang menayang sebuah senyuman tetapi jelas sekali wajah bengang yang lebih menonjol diwajahnya itu.Mereka berdua seakan-akan dapat melihat masa hadapan.
"Seronok membawang,sampai saya berdiri depan ni pun tak perasan"kata Cik Dayang sambil memeluk tubuhnya dengan menyilang kedua-dua tangannya ke dada sambil wajahnya mencuka.
Itulah sifatnya terhadap dua orang pekerja dibawah Jakfeer itu,sungguh dia benci dengan sikap mereka berdua yang tahu mengorek hal orang dan saling bercerita sehinggap menghasilkan sebuah gosip lepas tu menghina sikap orang dan mengeji .Seolah-olah mereka sahaja manusia sempurna dimuka bumi ini.
"EH! Cik Dayang, ada apa-apa saya boleh bantu?"soal makcik bawang no.1 itu ,sambil mengangkat punggungnya di atas kerusi itu.Dengan sebuah senyuman dia cuba memberi pada Cik Dayang.Walaupun wajahnya lebih kepada gerun melihat Cik Dayang sekarang.
"Sedar diri,dari mana berasal jangan disebabkan mulut kamu berdua ni,esok-esok makan pasir"kata Cik Dayang ,matanya sudah merenung tidak berkelip pada mereka berdua dihadapannya itu.
Makcik bawang no.2 itu sudah menolak kerusinya ke mejanya semula dan berpura-pura melakukan kerjanya.Sedangkan jelas di penglihatan Cik Dayang yanng tangannya sedng menggeletar sekarang. Mereka cuba kelihatan tenang,Sedangkan mereka berdua sudah terasa nafas seolah-olah sudah terhenti seketika sekejap,dengar kata-kata Cik Dayang itu.Hampir lupa mereka yang Cik Dayang memang dikenali sebagai mulut cakap lepas lagi-lagi jika hatinya membara,memang mulutnya tidak dapat dikawal.
Wajah mereka lekas ditundukkan ke bawah dengan ketakutan .Dapat ditangkap mereka apa yang dimaksudkan oleh Cik Dayang itu. Mereka akan hilang kerja ini dan tiada pekerjaan lain,kerana Cik Dayang amatlah terpengaruh dalam industiri bussiness ini dan dengan gaya yang pandai mengatur strategi dan cekap ia sungguh dikagumi oleh syarikat lain.Mereka cemburu kerana ada pekerja seperti Cik Dayang di syarikat yang sudah pun hebat di Asia ini.
Oleh kerana itu,jika Cik Dayang sudah menceritakan seseorang pada sebuah syarikat lain.Syarikat itu pasti tidak akan mengambil orang itu bekerja dengan mereka.Lagi-lagi orang yang dibenci oleh Cik Dayang.Itu pasal tidak tentu arah mereka berdua apabila mendengar kata-kata Cik Dayang itu.
"Saya bukan nak masuk campur tetapi hanya menegur sikap kamu berdua.Ikutkan saya pun tak hingin nak menegur tapi kalau dah sampai menjejaskan respontasi pejabat dan pekerja lain lagi-lagi dibawah jagaan saya kamu berdua memang berhadapan masalah dengan saya,Tahu!"kata Cik Dayang,matanya tidak lari lagi dari memandang mereka berdua itu.Dapat dilihat dari gerak gerinya yang berdiri tegak dan memeluk tubuh itu seakan tidak puas hati terhadap orang dihadapannya itu.
Lagi tidak tentu arah mereka berdiri. Tubuh mereka seperti sudah banjir dengan peluh sedangkan duduk didalam penghawa dingin dan jantung mereka seolah-olah ingin belari keluar dan jasad.Tidak tertelan air liur mereka ,melihat gaya Cik Dayang apatah lagi mendengar kata-kata Cik Dayang.
"ka..ka... kami ,minta maaf Cik Dayang"kata mak cik bawang no.1 itu sambil wajahnya ingin sudah menangis apabila berbicara ,mukanya ditunduk lagi kebawah.
"Saya minta maaf Cik Dayang" kata makcik bawang no.2 itu dia juga turut menunduk lagi ke bawah.Kepala lututnya seperti tidak tertampung lagi tubuhnya hampir dia terjatuh kebawah nasib dia sempat memegang mejanya itu.
"Lagi sekali,saya dengar kamu berdua membawa mulut tu macam nak ke hujung dunia,tak teragak-agak saya nak.."
"Jangan!Cik Dayang!!" potong mereka berdua ,sambil menyatukan kedua-dua telapak tangan mereka menunjukkan kerayuan pada Cik Dayang.Cik Dayang yang melihat sudah menurunkan kedua-dua tangannya dari pelukkan .
"Kamu berdua tahu pun takut!!.THIS IS THE LAST WARNING!! kamu buat lagi siap kamu berdua!!"sergah Cik Dayang sambil menampar meja makcik bawang no.1 itu.Terpejam mata mereka berdua.Takut sungguh mendengar tamparan itu.Itu baru meja yang kena belum pipi silap-silap boleh terkeluar biji mata.Melihat Cik Dayang sudah pergi mereka berdua duduk ditempat asal dan menyambung membuat kerja yang terhenti tadi.
"BUAT KERJA!!!"jerit Cik Dayang dari biliknya.Walaupun Cik Dayang dibahagian lain,dia tetap memantau pergerakkan kesemua pekerja syarikat ini.Terkejut mereka berdua,makin tidak tentu arah tingkah mereka seperti robot dalam kelajuan maksimam membuat kerja laju sungguh mengetaip papan kunci komputer itu yang sebelah meja makcik bawang no.2 pula sudah tidak betul,sekejap-sekejap dia membuka fail sekejap pula mengetaip dengan pantas sekali.Terkejut punya pasal dan takut dengan amaran Cik Dayang tadi.Kelang kabut dan tidak tentu arah jadinya.
"Padan muka"bisik satu suara iaitu Farah ,dari meja hujung lorong itu.Dia juga turut membenci kedua-dua makcik bawang itu ,kerana dia juga pernah dibawa cerita oleh mereka berdua.Cerita yang dia merampas kekasih orang sedangkan dia tidak melakukan itu,dia rapat dengan lelaki itu atas dasar hubungan sepupu rapat itu sahaja,tetapi lain pula yang dihebohkan oleh dua orang bawang itu.Disebabkan cerita palsu itu dia gelar perampas dan diperli oleh rakan sekerjanya yang lain,nasib sepupunya itu rakan salah satu pekerja disitu dan dia menjelaskan perkara yang sebenar,silap-silap dia boleh ingin meletakkan surat berhenti disebabkan cacian makian oleh pekerja lain disitu hanya disebabkan mereka berdua itu sahaja. Sungguh membawa perkara yang buruk hal orang sehingga menjadi fitnah dan gosip oleh orang lain,itu yang dipanggil 'membawang' digelarkan khas orang seperti mereka berdua itu 'makcik bawang' iaitu membawa hal orang .
__________
"Kenapa kau lama sangat?"soal seorang perempuan diadapan Cik Dayang,mereka terlihat seperti rapat."Aku pergi 'sound' makcik bawang yang mengata pasal kau tadi"balas Cik Dayang sambil merebahkan punggungnya ke atas kerusinya itu.
"Ha?! mengata pasal aku?! siapa?!" soal Perempuan itu.Berkerut dahinya dan sedikit terkejut.
"Aliya a.k.a makcik bawang no.1 dan kawan dia,Wawa a.k.a makcik bawang no.2 . Tak sah kalau tak bercerita hal orang,dah lah tu kalau cerita baik saja tak apa.Ini terselit dengan mengata dan menghina,macam diaorang sahaja yang perfect di dunia ni.Bukan sekali dua aku dapat tahu perangai diaorang ni,ada satu tu sampai berhenti kerja kawan tu. Aihhh..! Serabut aku memikirikan hal diaorang ni."balas Cik Dayang sambil menggelengkan kepalanya dan memicit dahinya itu.Sempat dia merebahkan punggungnya diatas kerusi miliknya.
"Asal pula kau nak masuk campur?setahu aku kau tak masak campur hal orang,lagi-lagi sifat seseorang itu,yelah! itukan diluar kerja kau.Kau kan hanya membuat kerja yang berkait dengan kerja kau,yang diluar skop kerja kau kau pandang pun tidak apatah lagi nak 'menegur' kerja tu."kata perempuan itu sambil tersenyum ke arah Cik Dayang.
"Cik Bella,kalau dah sampai menjejaskan anak buah saya,tidak perlu ke saya masuk campur? "soal Cik Dayang sambil tersengih-sengih dihadapan perempuan itu,iaitu Bella.
"HAHHAHAH,begitu rupanya,so kau nak cakap.Kalau kena pada anak buah kau itu boleh terjejas pada kerja kau?erm, ada logiknya"balas Bella sambil menggetuk-ngetuk dagunya sambil matanya dibawa ke atas,sekali gus memandang ke arah atap syiling itu.
"Pandai pun kau"kata Dayang sambil tersenyum ke arah Bella sebelum matanya tertumpu pula pada fail didalam pemantauwannya itu,dia sungguh teliti membaca isi kandungan fail itu.
"Apa hal kau nak jumpa aku ni? macam tak ada kerja lain jangan lupa dekat offcice ni aku boss kau tau."kata Dayang sambil terukir senyuman dibibirnya,sungguh manis dengan kemunculan lesung pipit dipipinya apabila dia senyum cantik sekali senyumannya itu bak kata orang manis menawan.Walaupun lesung pipit sebenarnya ialah satu kecacatan fizikal.Tapi cacat pun cantik.Terbukti bukan,cacat tak semestinya cantik.
"Aku nak cakap dengan kau tentang,Jakfeer."mendengar nama Jakfeer disebut ,matanya terus memandang ke arah mata Bella.seperti mahu tertembus pandangannya itu.Mana taknya,Jakfeer ialah bekas lelaki kesukaannya dahulu sebelum dia bertemu dengan kekasihnya yang sekarang,Selepas sedar bertepuk sebelah tangan dia berfikir baik memilih dicintai bukan mencintai dalam diam.Tetapi tidak bermakna dia akan jatuh hati pada Jakfeer semula kerana dia berkerja dibawah lelaki itu.Tidak,tetapi kerana dia sudah berkawan dengan Jakfeer.
"kenapa dengan dia?" soal Dayang,dia amat mengambil berat tentang Jakfeer itu hanya sekadar pertalian sahabat lagipun dia ialah pembantu syarikat dengan Jakfeer.Jika sesuatu terjejas pada Jakfeer ,dirinya turut terjejas kerana bapanya punya share syarikat dengan syarikat Jakfeer dan kerana itu dia cukup tegas dalam segala hal syarikat itu.
"sebenarnya...."
BERSAMBUNG

ANDA SEDANG MEMBACA
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
ActionLeader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...