'Kenapa aku tak nampak apa-apa ni?'bisik suara hatinya sambil kepalanya digerak-gerakkan cuba membuka onjek yang menjadi penghalang yang menutupi matanya.
'Macam guni.Kepala aku kena tutup dengan guni?'Sedaya upaya dia cuba membuka lagi,kali ini lebih kuat.Sehingga...
"Janganlah kuat sangat nanti kau jatuh pula"kata satu suara itu,dari kejelasan suara itu seperti dekat dengan dia.
"Kau siapa?"kata dia dengan nada yang bingis penuh kemarahan.
"Jessica,kau dah lupa siapa aku?"balas suara itu.Rupanya Jessica disebalik kain guni itu yang ditutup kepala kecil itu.
"Kau nak apa? kau tahu tak aku nak kahwin hari ni?!!"kata Jessica dengan bengangnya sambil meronta-ronta kain guni yang disarung menutupi kepalanya itu agar terbuka.
"Sebab kau nak kahwinlah aku nak halang kau.Kau ni nasib aku sempat halang kau kalu tak rosak,hancur.. rancangan aku"Kata lelaki itu lagi.Dapat didengar oleh pendengaran Jessica lelaki itu melangkah menuju ke arahnya.Lelaki itu membuka kain guni yang disarungkan ke kepalanya dan kali ini Jessica dapat lihat dengan jelasnya wajah lelaki itu.
"KAU?!!"terjerit Jessica dengan wajah terkejutnya,mata dibesar dengan bulatnya dan mulutnya ternganga.
"Hah...ingat pun kau dekat aku. Nous ne nous sommes pas rencontrés depuis longtemps, n'est-ce pas ?"kata lelaki itu dengan senyuman sinis dibibirnya.Dengan matanya merenung ke mata Jessica.
"Apa yang dah lamanya tak jumpa?.Baru tahun lepas kita berjumpa.Kenapa kau sampai culik aku ni hah?.Kalau Eric tahu mampus kau,kau tahu?"kata Jessica dengan renungan sinis diberikan pada lelaki itu.
"Sebab itu aku culik kau, amore"balas lelaki itu,sempat dicuitnya hujung hidung Jessica.Lelaki itu mulakan langkah ingin pergi meninggalkan Jessica yang diikat dikerusi.
"Buka ikatan ni!!"Jerkah Jessica sambil meronta-ronta sehingga membuatkan dirinya termengah-mengah tetapi lelaki itu berlalu pergi meninggalkan Jessica.
"Sandre!!"Jessica menjerit sekuat hati apabila melihat lelaki itu berlalu pergi meninggalkan dirinya.Jessica yang melihat lelaki itu tidak endahkan dirinya membuatkan dia mengeluh panjang dilepaskan.Matanya terlari-lari seperti memikirkan sesuatu yang berat.
___________________________________________________________________
"Kucing? buku cerita? dan.... bunga rose hitam?"
"Dah kenapa Lily.Kamu tak suka ka?"soal Kak Suzan sambil merebahkan punggungnya diatas katil Senrose itu.
"Kak!.Cuba tengok ni"kata Senrose sambil menunjukkan jarinya ke arah barang hantaran itu.
"Kenapa apa yang peliknya?"balas Kak Suzan sambil matanya tercari-cari sesuatu yang aneh yang telah dipandang pelik oleh gadis dihadapannya itu.
"Nilah!.Tengoklah hantaran ni semua.Pelik,bukan?.Kucing nya,dengan buku ceritanya dengan bunga rose hitamnya.Apa gila orang yang setuju nak bagi hantaran kahwin macam ni.Apa? dia ingat majlis sambutan hari lahir anak dia? tak ke pelik ni Kak Suzan"Jelas Senrose sambil membelek-belek kucing itu dan buku cerita itu.Didalam kepalanya bermain perbagai jenis ayat kata.Melihat barang-barang itu entah kenapa otaknya berfungsi laju sehingga membuatkan dia teringat akan sesuatu.
"Akak tengok tak ada pun yang...."
"Kak!,akak jangan cakap yang akan tak nampak ragu-ragu dan pelik tengok hantaran ni.Pergilah tanya mana-mana orang celah selit atas bumi ni sekalipun, tak adanya orang nak bagi hantaran macam ni.Lagi-lagi bila anak orang kaya macam keluarga Tuan Johari ni yang bagi hantaran macam ni.Sah orang kata pembohong cerita kita ni tau"potong Senrose,seakan-akan tahu apa yang bermain di minda Kak Suzan itu.
"Ish!Lily ni ada pula cakap macam tu.Orang dah bagi hantaran terima aje lah.Inikan bak hadiah untuk pengantin"kata Kak Suzan sambil licah dia bermain dengan anak kucing yang telah menjadi hantaran itu.Senrose hanya memerhatikan sahaja anak kucing itu.Sesekali dia juga turut tersenyum apabila melihat Kak Suzan tertawa jika digigit oleh anak kucing itu.
Zup! Bagaikan satu kilat diotaknya.Senrose tiba-tiba teringat akan sesuatu.Ya anak kucing itu.Senrose lekas mengamvil anak kucing itu lalu didokongnya kedalam pelukkannya.
"Sebijik macam Jingga"Apabila menyebut sahaja nama itu,buat sekian lamanya Senrose tersenyum manis.Penuh gembira dan ikhlas.Membuatkan Kak Suzan yang melihat dapat merasakan senyuman Senrose itu sangatlah ikhlas bukan dibuat-buat seperti sebelum ini.Hampir separuh cair Kak Suzan melihat senyuman Senrose itu.
Senrose membelai-belai anak kucing itu .Yang menjadi kagumnya Kak Suzan apabila anak kucing itu hanya diam dan separuh terlelap apabila Senrose yang memeluknya sambil dibuai-buainya anak kucing itu.
Berbulu lebat mempunyai corak seperti harimau wajah yang comey dan mempunyai matayang bulat.Kucing spesis cheetah atau dikenali iaitu bengal.
"Jingga.Nama awak Jingga,okey"kata Senrose sempat menundukkan kepalanya memandang ke arah anak kucing itu sambil terus membuai didalam pelukkan Senrose.
Kak Suzan hanya membiarkan Senrose dengan anak kucing itu .Hatinya terusik terharu melihat Senrose memeluk anak kucing itu dan membuainya didalam pelukkan sekali pandang seperti ingin tidurkan bayi tapi ini ingin tidurkan anak kucing.
Kucing itu seperti memahami dia turut terlelap didalam pelukan Senrose.Dapat didengari Senrose Jingga,anak kucing itu berdengkur kelelapan.
BERSAMBUNG....
#JGN LUPA VOTE,KOMEN AND FOLLOW MY ACC
#CIK CHAYANG♡
#JIKA ADA TYPO JGN SEGAN UNTUK BERITAHU,JGN KECAM SUDAHLAH

ANDA SEDANG MEMBACA
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
ActieLeader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...