BAB 32

44 3 0
                                    

"Nampaknya dia dah mula ambik alih"kata  Adlien pada beberapa sosok lelaki di hadapan nya. Nampaknya ini seperti satu perjumpaan. Mereka semua satu ruang. Masing masing berwajah serius dengan mata merenung ke satu tempat, memikirkan apa yang sepatutnya.

"Macam mana Jack?. Takkan engkau nak berdiam diri?" kata seorang lelaki, ya. Lelaki yang pernah bertemu dengannya dahulu suami kepada Emylia.

"Apa pandangan Sam?. Aku.. Aku pun tak tahu..semua ni terlalu cepat. Di sebabkan Ryan. Engkau tahu siapa yang bunuh Ryan?" soal Jack. Siapa Jack?. Ohh, Jack ialah Jakfeer. Nama singkatan bila dia bersama mereka.

"Sam akan datang tak lama lagi, dia akan datang dengan seorang lagi. Kita tunggu"kata seorang lagi lelaki dengan berpakaian biasa, T-shirt Merah gelap bersama seluar jeans hitam.
------------

" Comment avez-vous obtenu leurs informations ?" (Macam mana? Engkau dah dapat sebarang maklumat mereka?).

Kata seorang lelaki yang duduk di semeja seorang wanita itu sambil menikmati chiken grill itu.

"Pas encore. Mais je ferai en sorte de l'avoir plus tard" (belum, tapi aku akan pastikan aku dapat nanti) Kata seorang wanita dihadapnya itu.

"Nampaknya dia dah jadi leader. Amacam? Tak kan engkau nak duduk diam?" kata seorang lelaki itu.

"itu memang seperti yang dirancang, jika dia layak dia dapat. By the way, aku ditugaskan untuk perhatikan mereka. Tak perlu ada kena mengena dengan emosi dan perasan di sini. Dalam kata lain aku tak perlu pun masuk campur" kata wanita itu. Rambutnya berwarna perang, mempunyai potong tubuh yang cantik, kulit berwarna sawa matang dan mempunyai mata dan bibir yang cantik.

"Tidak pada mereka. Dengan kedudukan perempuan tu, ramai musuh sedang jejak dia" kata lelaki itu sambil menyuap lagi daging itu ke dalam mulutnya.

"Yang kau nak risau terlebih ni kenapa?. Tugas kau dan aku sama ja. Jalan kerja tu paling penting. Aku dah ceritakan semuanya dekat sini. Engkau sila buat kerja kau" kata perempuan itu terus mengangkat punggung ya dan berlalu pergi.

Lelaki itu hanya menghantar pandangannya sehingga wanita itu hilang dari pandangannya.

"Semakin kucar kacir" kata lelaki itu dengan senyuman sinis di bibirnya.

__________________

"Taniah Rose!" muncul seorang lelaki sambil membawa bunga rose merah, siap tiga batang lagi.

"Engkau dah kenapa datang sini siap bawak bunga lagi. Kalau Daniel tahu macam mana?" kata Senrose sambil menjauhi dirinya dengan lelaki itu yang cuba merapatkan dirinya dengan Senrose diatas soffa itu.

"Alaa.. Chill la Rose. I datang pun sebab ini dari Daniel. Dia tak sempat hadir waktu you rasmi jadi leader. So I volunteer nak hantarkan ni" balas lelaki itu.

"Roy!. Engkau jauh sikit boleh?!" bengang Rose dibuatnya. Makin dia mengesot ke hujung soffa makin besar Roy turut mengesot dekatkan dirinya dengan Senrose.

"Rose. You pun tahu I really love you. Kenapa you layan I macam ni?" kata Roy dengan suara agak pasrah.

"Roy!. Watch your mouth!. Engkau tahu engkau bercakap dengan siapa?. I am someone's wife. Kenapa engkau masih nak kacau aku?" kata Rose suaranya dinaikkan sedikit.

"You langsung tak hargai i kan Rose. Selama tujuh tahun. Tujuh tahun i crush on you. You sikit pun tak pandang i.Susah sangat ke you nak buka pintu hati you dekat i" kata Roy yang sudah sedikit sayu dan sedih. Tetapi dia tetap sembunyikan kesedihan hatinya yang cukup merana dan koyak rabak apabila dapat tahu Senrose sudah pun berkahwin.

"Sepatutnya aku yang kata macam tu. Engkau tu yang buta. Kau tu yang tak pandai hargai orang yang suka dekat kau selama 10 tahun. Sampai sekarang dia masih simpan rasa cinta tu dekat engkau. Tapi apa kau buat? Kau kejar aku?. Sedangkan kau tahu dia sukakan kau" kata Senrose yang sudah perlahankan suara. Cuba mengawal emosinya.

"Cinta tak boleh dipaksa, Rose"

"Sekarang ni kau paksa aku!. Aku isteri orang. Orang yang suka gila dekat kau tu. Tak dimiliki sesiapa pun Roy. Malah ramai yang tergila gilakan dia. Sudah jelas lagikan bersuluh, aku bukan jodoh kau tapi dia"balas Senrose yang sudah mengangkat punggung nya dan keluar dari ruang biliknya itu.

'Apa salahnya aku cuba buka hati aku pada dia kan' Akhirnya suara hati Roy bersuara. Lekas dia mendapatkan perempuan itu.

-------

"Cantik!. I suka yang ni" Kyra seorang wanita itu yang sedang membelek belek pisau kerambit yang disusun rapi di aras meja itu.

"Kyra!" panggil Roy dari belakang yang sudah tercungap cungap kerana mengah berlari.

"Erm.. Roy. You buat apa dekat sini?" Soal Kyra tersenyum senyum manis dibibirnya. Ceria wajahnya apabila melihat orang yang dia cinta berada di hadapan nya. Walaupun dia tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan.

"I nak jumpa you sekejap boleh?" Roy sedar ini bukan tempatnya. Di sini adalah tempat kawasan Kyra sudah tentu dia agak segan jika budak budak Kyra melihatnya membuak cinta di situ.

"Boleh tapi boleh tak you cakap dekat sini. Because I tak selamat dekat luar. Actually I tengah siap sedia" Serba salah Kyra hendak berkata jujur. Sebab kalau dia cakap kemungkinan Roy pergi dan itu membuatkan hatinya agak sedikit kecewa.Tapi jika dia tidak berkata begitu nanti Roy terlibat sama.

"you boleh tunggu ke..."

"i love you!"

Kyra terdiam. Begitu juga konconya yang lain.

"I'm really love you. I'm so sorry tak hargai you yang cintakan i. I'm so so.."

Cupp!!

Satu ciuman hinggap ke pipi kiri Roy. Tergamam Roy dibuatnya.

"You ni. Tak kena tempat.. Tapi.. i love you too" Balas Kyra perlahan di hujung ayat. Belum sempat dia menyembunyikan wajahnya, bibirnya hinggap di bibir Roy. Lama.

"Erm!!.. Dengar dengar musuh dah nak dekat" kata satu suara konco Kyra. Terhenti mereka berdua. Masing masing menyembunyikan wajah masing masing.

"Erm.. Sayang, mari i tolong you" kata Roy. Wajah Kyra sudah kemerahan. Pertama kali lelaki yang dia cintai itu memanggil dia dengan perkataan 'sayang'. Jujur hatinya seakan akan melayang sekarang. Berbunga indah. Arhhhhh... I'm really love you Roy. Hanya mampu berkata di dalam hati, kalau tak aishh bersambung ke pagi.

Roy menyertai Kyra dalam perang itu. Berlawan bersama Roy membuatkan hati Kyra makin blushing. Setiap kali dirinya menjadi sasaran pasti rebah orang itu dikejarkan oleh Roy. Cair. Ya itu yang boleh Kyra gambarkan dirinya sekarang..

**********************

Salwa sedang berjalan di ruang mall sambil penuh beg beli belah di tangannya.

"Haihh, sejak-sejak si Senrose jadi leader habis baju aku dia sapu. Tapi tak apa nasib dia bagi duit, heheheheheh sakan lah aku..." Dek kerana berjalan tak tengok depan, sibuk melihat beg di tangan akhirnya dia terlanggar seseorang.

"Eh!, are you Okey?"

"Eh, awak!!" tergamam Salwa. Ya lelaki tu yang selamatkan dia semalam.

Steven sudah terdiam.

"H..hey.. Bu.. Buat apa dekat sini?" dari wajah jelas wajahnya sudah kemerahan,jelas dari kulit yang putih itu.

"Ouh...saya shopping lah, sejak Senrose jadi ketua ni habis baju saya dia rajin pinjam. Awak buat apa dekat sini?" soal Salwa teruja sebenarnya.

"Steven!!" satu jeritan perempuan dari jarak jauh sedikit antara mereka berdua. Keduanya toleh memandang sosok itu. Salwa sudah berwajah masam, apabila melihat perempuan itu berjalan lenggok ke arah lelaki dihadapnya iaitu Steven.

'Cantik!.. Erm... Sesuai sangat...'

"Tak apalah saya pergi dulu, bye" tanpa berkata apa Salwa terus berlalu pergi yang Steven sudah terkial-kial nak menahan Salwa atau menanti perempuan yang baru memanggilnya itu.

Dari jauh kelihatan Rudy yang sudah terhendap itu. Rudy sudah menepuk dahi.

BERSAMBUNG

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢Where stories live. Discover now