Satu figura melangkah masuk dengan perlahan-lahan. Pistol di tangan digenggam dengan erat. Dia perlu bersedia setiap masa.
"Don't move" Steven sudah menghalakan pistol ke kepala figura itu.
Terhenti langkahnya tubuhnya dikakukan. Steven keluar dari ruang itu. Steven berhadapan dengan figura itu, berpakaian serba hitam. Muka ditutup oleh mask, hanya nampak mata. Mata berwarna coklat dan berkening lebat adalah standard wajah dinegara ini.
Kyra turut keluar dari persembunyiannya, baru dia hendak menghentam kepala figura tersebut. Mereka berdua telah diserang dengan beberapa buah lawan an dari figura itu.
Steven dan Kyra lekas menepis, nasib lah mereka mahir dan sempatlah mereka mengelak segala serang figura itu. Figura itu tidak mengalah malah menyerang beribu-tibi walaupun segala serangannya dapat dielak oleh Kyra dan Steven.
Mereka berdua sudah tergamam dan terkejut, serangan figura ini cukup cekap dan kemas. Segala serangannya tiada acu tidak acu. Nampaknya figura ini bukan sebarangan.
Akhirnya Kyra lekas melipas satu serangan pada lengan figura itu dengan serambitnya. Nampaknya figura itu memang tidak handal mana sebab serangan Kyra terkena. Melihat figura itu terkena serangan Kyra, Danish lekas menghentak kepala figura itu dengan lampu tidur di bilik itu. Bilik Senrose dan Jakfeer. Tubuh itu rebah ke lantai.
Kyra dan Steven sudah tercungap-cungap kepenatan.
"Penat aku.. Pantas gila dia ni serang kita... Nampaknya dia memang pandai menyerang,tapi tak pandai mengelak. Hahahaahahh" tertawa Steven. Kyra turut tertawa, ya betul kata Steven.
"Sudah. Mari angkat celaka ni" Steven sudah mengherek lengan figura itu. Melihat Steven mampu mengherek sendiri Kyra hanya membiarkan.
Sehingga mereka masuk ke bilik Steven.
**********
Seorang perempuan berada di dalam kereta, keadaan gelap itu membuatkan rupanya samar samar kelihatan. Wajah bengis tidak puas hati. Telefon di tangan melihat beberapa kali. Dalam bahasa Itali lelaki itu bersuara."Ish!, mana dia ni!" (Dove si trova?)
Bersempat dia menghentak tangan di stereng kereta, nampaknya tekaannya betul. Orang suruhan dia telah ditangkap. Tanpa berlengah dia pergi meninggalkan kawasan sepi itu.
***************
Senrose sudah tergamam. Dihadapannya ada satu meja yang dipenuhi oleh kelopak bunga ros merah dan mena itu dihiasi dengan satu lilin yang bercabang tiga, persekitaran ini di ruang alam sebuah rumah. Pelik. Tapi apa yang menarik pandangan Senrose ialah jalannya yang akan menuju ke meja itu ditaburi kelopak bunga ros merah. Sungguh dia terasa teruja. Cantik sangat dengan satu muzik romantik dimainkan.
"Mari, sayang" tangan Jakfeer disambut oleh Senrose. Mereka berpimpin tangan sehingga ke meja itu.
Jakfeer menarik kerusi memberikan Senrose duduk sebelum dia berlalu ke kerusinya. Mereka meluangkan masa bersama, saling meluahkan perasaan cinta masing-masing sambil gelak ketawa. Masing-masing terasa lapang dan berbunga cinta, gembira apabila orang yang dicintai telah miliknya.
Masing-masing bertukar cerita dari sedih, gembira dan terharu apabila masing-masing mempunyai cinta yang mendalam. Semoga pasang ini kekal hingga akhirnya.
Dari kejauhan satu pasang memandang dengan tajam. Meneliti gerak geri Senrose dan Jakfeer.
****************** peringatan jangan sesekali mencuba
Kyra muncul dari bilik air bersama baldi besar yang dipenuhi air dan kain tuala. Kyra lekas memandang Steven. Steven bagaikan tahu apa hendak dibuat, dia menuju ke Kyra dan mencapai tali dan menuju ke satu figura yang diletakkan di kerusi. Steven mengikat kali di bagian dada, kaki dan tangan pada kerusi itu. Setelah itu posisi figura itu dalam keadaan terlentang.
Kyra pula hanya membiarkan topeng kain tebal yang dipakai figura itu tetapi Kyra menambahkan topeng tebal lagi yang tiada sebarang lubang mata, hidung dan mulut. Lalu Kyra menekup muka figura itu sehingga menutupi seluruh kepala figura itu dengan kain tuala yang besar.
Figura itu bagaikan sudah tersedar, dia meronta-ronta untuk dilepaskan sambil bersuara. Steven meletakkan botol air di belakang leher figura itu, membuatkan Kepala figura itu mendongak ke atas. Kyra tidak menunggu masa dengan selamber dia mencapai baldi yang berat diisi air itu lalu di tuang ke wajah figura itu, tepat di tuala.
Figura itu meronta ronta dengan lebih kuat. Dia bagaikan lemas. Kyra menuang air itu cukup lama kerana dia menuang air itu dengan sederhana kuat dan menanti sehingga air habis di dalam baldi. Membuatkan figura itu benar-benar hampir mati. Sudah seminit lebih dirinya dilakukan sebegitu.
Setelah habis air di dalam baldi, mereka menunggu sebentar beberapa saat sebelum Steven membuka tuala yang sudah berat dibajiri oleh air tadi lalu membuka pula topeng yang dipakai Kyra dan topeng yang dipakai figura itu.
Terjaga figura itu, nafas sedalam-dalamnya diambil sebelum batuk dilepaskan beberapa kali. Tersedak dirinya, benar-benar bagaikan dilemaskan. Teknik waterboarding sangat mereka gemar gunakan oleh Steven dan Kyra apabila ingin mendapat tahu sesuatu jawapan.
"Così fottutamente maleducato! " (So fucking rude! Sebelum menarik lagi nafas dalam. Tercungap-cungap bagaikan baru dapat bernafas.
Kyra membalas.
"Excuse me, Do you speak English?" Soal Kyra tersenyum. Suka dia melihat orang bagaikan baru mendapat hidup.
"Miserabil!... stupid!... dannazione! " beberapa kata makian lelaki itu melempar ke arah mereka berdua.
Kyra bagaikan tahu makian itu lekas mencapai pedang samurainya dan letakkan di leher lelaki itu.
"No!" terjerit lelaki itu.
Steven dan Kyra tergelak.
"Tau pun engkau takut" tawa Kyra dan Steven.
"Who are you?. What do you want?" Soal Steven sambil memandang bagaikan tikaman pada lelaki itu.
Lelaki itu sudah gerun. Dia telah berhadapan orang yang salah.
"I'm so sorry. I'm just a errand." kata figura itu.
Kyra dan Danish memandang masing-masing.
"Who sent you here?" soal Kyra sambil menuju ke bilik nya. Sempat dia mencapai telefon nya.
"Jessica" kata figura itu. Membuatkan Steven dan Kyra berkerut. Sudah lama nama itu tidak didengari, tidak sangka nama itu ada kaitan dengan ini semua.
Satu bunyi dikedengari dari dalam seluar figura itu. Nampaknya telefon figura itu yang berbunyi. Steven terus mencapai telefon figura itu dan memandang ke Kyra. Sempat Steven menunjukkan skrin telefon itu ke Kyra. Nama Jessica terpapar.
Kyra menolak butang hijau.
"Hello!, Dove sei?!" suara itu ya memang sama dengan Jessica yang mereka kenal.
Bersambung..

ANDA SEDANG MEMBACA
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
AksiLeader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...