Masing-masing sudah kepenatan mencari tempat sembunyi Ong Wei. Makin lama makin menjadi ragu dengan cadangan Senrose yang tempat Ong Wei di bangunan ini.
"Eh Senrose betul ke ni tempat diaorang?" soal Kyra dalam telefon.
"Hello..."
Suara orang lain.
Semua terkejut.
"Siapa kau?" soal Sarah.
Tiba-tiba hilang kepenatan mereka, apabila mendengar suara si dalam talian. Itu bukan suara Senrose atau Jakfeer.
"Tenang... Diaorang ada dengan aku... Hhahahaha" jawab si dalam talian.
"Datang lah sini kalau nak diaorang hidup-hidup" katanya lagi.
"Eh bodoh!. Kami tengah cari engkau lah ni. Dah penat kami cari korang!, bangsat! " jerkah Danish.
Bengang, kerana tak jumpa-jumpa lagi kedudukan musuhnya.
Panggilan dimatikan.
"Macam mana ni?" kata Steven.
"Kita kena berpecah, move!" kata Danish.
Kali ini dia jalan di hadapan sekali, hilang ketakutannya. Sekarang dia perlu selesaikan misi yang paling penting, rasa takut itu ditolak ke tepi.
"Ikut aku" kata satu suara dari belakang mereka. Masing-masing berhenti dan toleh ke belakang.
"Ryan!" semua terjerit dan tergamam.
Bagaimana bekas leader mereka berada disini.
"Hey" sapa lagi satu suara. Soffya.
"Soffya!!" Jerit lagi mereka.
Kyra dan Sarah berlari memeluk Soffya.
"Macam mana engkau ada disini?" soal Steven.
"Kita tak ada masa nak berbual, kita kena cepat" kata Soffya.
"Sudah, mari ikut aku" Ryan sudah memulakan langkah, abaikan soalan Steven tadi.
Masing-masing mengekori langkah Ryan. Mereka tahu Ryan masih hidup. Tapi tak sangka, mereka akan jumpa lagi Ryan.
***********************
"Tak guna engkau buat semua ni Ong Wei. Engkau akan mampus juga" kata Senrose yang sudah berhadapan dengan Ong Wei sambil memegang erat pistol nya. Kedua-dua dalam keadaan mengah, setelah berlawan tadi. Tapi masing-masing tidak mengaku kalah. Perang harus habis-habisan. Tiada seri. Hanya mati yang menentukan siapa yang kalah.
Mereka berdua sudah seperti satu pasangan lawan yang sedang menanti siapa yang akan jadi penyerang nya.
"Engkau silap Senrose!. Engkau yang patut mati!. Engkau dengan bapa engkau sama! Dua-dua tak guna!!" balas Ong Wei sambil menghala senjata kepada Bella.
"Aku tak akan lepaskan engkau kalau apa-apa jadi pada dia, Ong Wei!" kata Senrose sempat dia menoleh pada Jakfeer yang sudah terbaring.
Jakfeer masih tidak sedarkan diri. Sebelum ini terjadi, Jakfeer berlawan bersama seorang lelaki berbadan besar iaitu orang kanan Ong Wei. Akhirnya setelah lelaki itu dikalahkan oleh Jakfeer, Jakfeer pula yang pengsan.
"Mana Senrose?!!" satu suara muncul.
Semua memandang ke arah itu. Stella atau yang dikenali oelh Senrose ialah Salwa.
"Wa!!" terkejut Senrose melihat wanita itu berada disini. Situasi sekarang pula tu.
"Senrose. Aku datang nak tolong engkau" kata Stella sebelum memandang ke arah Bella yang menjadi sasaran lepasan peluru oleh Ong Wei.
YOU ARE READING
𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢
ActionLeader mafia perempuan?. Senjata? Bunuh? Dengan tanpa perasaan dia akan buat. Padanya orang yang bersalah memang patut dibalas begitu. Siapa sangka gadis yang tidak dikenali identitinya, sangatlah ayu dan sopan tetapi sesiapa yang mengenalinya pasti...